4.7.13

MORSI DIGULINGKAN!

Isu panas hari ini dalam kumpulan Whatsup kami dan pastinya berita terpanas diseluruh dunia. Morsi digulingkan dan tentera telah mengambil alih kuasa 'darurat' sekarang sedang ditahan. Dahulu memang ada komplot untuk menjatuhkannya dan PM Morsi telah pun menukar ketua tentera yang baru. Nampaknya, berita melaporkan yang tentera yang dilantiknya juga BELOT!

Berita boleh diikuti DISINI dan DISINI.

Tuan suami balik lewat kerana mesyuarat terus sahaja bertanya, 'tahukah Morsi digulingkan?'. SEDIH katanya. Seluruh dunia menangisi situasi apa yang berlaku hari ini. Paling menyayat hati dan menginsafkan apabila, seorang senior di dalam kumpulan Whatsup kami, mengepilkan tulisan isteri Morsi.

Allahu! Bayangkanlah si isteri apabila tersedar malam tidak pernah melihat suaminya tidur tanpa tangisan. Saya betul-betul terpukul. Kita ummat Rasulullah SAW nanti berpecah kepada 73 puak di padang mahsyar, tetapi hanya SATU puak sahaja yang masuk syurga Allah. Terimalah kami ya Allah! T__T

Dari Abdullah bin Amr ra, katanya: Rasulullah saw bersabda: Demi sesungguhnya akan berlaku kepada umatku perkara-perkara yang betul-betul sama seperti apa yang telah berlaku kepada Bani Israil, sehingga jika ada diantara mereka orang yang berzina dengan ibunya dengan berterang-terang, nescaya akan ada dalam kalangan umatku orang yang melakukan perkara yang demikian; dan sesungguhnya kaum Bani Israil telah berpecah-belah kepada 72 puak, dan umatku pula akan berpecah-belah kepada 73 puak, semuanya akan dihumbankan dalam neraka kecuali satu puak sahaja...Sahabat-sahabat baginda bertanya: Siapa dia puak yang satu itu ya Rasulullah?...Baginda menjawab: Puak itu ialah puak yang tetap di atas jalanku dan jalan sahabat-sahabatku. (HR at-Tirmizi ) [sumber]

Saya berkira-kira sendiri. Mereka semuanya hebat berjuang dan dikurniakan SYAHID dan pastinya satu puak itu terisi dengan mereka yang mati syahid. Betapa ramainya yang mati syahid. Aku? Berjuang kepada makanan sahaja tidak mampu. Berjuang untuk bangkit malam mendoakan saudara-saudara kita yang tertindas pun kadang ya kadang tidak. Allahu! T__T

Dikongsikan dalam kumpulan Whatsup kami.

No comments: