Kursus yang betul-betul menguji tahap kesabaran kami makcik-pakcik untuk setahun. Kami ini ibarat robot lembu yang dicucuk hidung. Minggu hadapan sahaja kelas yang sama untuk selasa, jumaat dan sabtu dari pagi sampai petang. Tidak hadir perlu ganti.
Bukankah Ramadhan minggu hadapan? Kelas sehingga petang sangat menganggu perjalanan penyediaan berbuka puasa serta keletihan berterawih. Aduhai Allah, hamba terasa betapa susut nilainya rasa kehambaanku T__T.
Paling kasihan Tuan Suami. Solat Asar dibawanya panglima-panglima perang Ramadhan kami solat berjemaah bersama kerana sayangnya untuk tinggal berjemaah. Tunggu rakaat ketiga, barulah ikut imam semata-mata mahu mengelak diganggu oleh jemaah comel lagi soleh wa musleh kami T__T.
Rendang ayam organik yang sangat sihat inshaAllah! Serai dan daun limau purut segar dari kebun kecil Tuan Suami. Daun serai segar dari kebun kecil nenek. Santan dan kerisik sahaja import sebab ruangan kebun tidak sesuai untuk pokok kelapa :P.
Balik kursus semalam sampai rumah jam 6 petang. Perut sangat lapar. Tuan suami sibuk mengemas luar rumah untuk 'raudhah' yang seterusnya ;). Panglima-panglima Ramadhan kami tidur dengan berjayanya. Apa lagi, masa yang cantik. Keluarkan ayam, tanak nasi, Tuan Suami memetik daun limau purut dan menarik pokok serai. Resipi rendang 'malas' Tuan Suami. Daku belajar praktikal semalam. Sebelum maghrib, Alhamdulillah kami kenyang dengan izin Allah ;).
Sedihnya kerana kursus SETAHUN andai dihantarnya aku belajar Quran, mahunya paling tidak setengah Quran aku boleh hafal. Ini dipaksa berkursus orang putih. Tidak habis-habis mahu britishkan Malaysia sejak keruntuhan sistem kekhalifahan dan lahirlah banyak orang-orang putih berkulit coklat. Lahirlah doktor-doktor MUSLIM tetapi menolak Rasulullah SAW kerana menolak sunnah-sunnah Baginda SAW. Allahu! T__T Peliharalah kami T__T. Bertabah dan redholah wahai Ummu Muhammad T__T.
3 comments:
kegemaran saye puan..ni dah pandai..master chef aja....bukan main bengkeng lagi haha!
Rajinnya en suami. Alhamdulillah
Pandai um wat rendang & pandai amik pic kerana pic itu menyelerakn ummi..hehe..:)
Yg pnting air tgn um kn...
Post a Comment