Muhammad & Abdullah yang diredhoi Allah & Ar-Rasul ;)
Alhamdulillah doa ayah yang hampir 5 tahun mungkin telah termakbul :P. Ibunda semakin kerap ke dapur untuk santapan kita semua. Terima kasih kepada sahabat-sahabat sefikrah whatsup prochoice vax yang memang sungguh memberi motivasi dan sering memandu ibu pilih makanan-makanan yang baik untuk sahut sunnah Rasulullah SAW bahawasanya ummat yang kuat itu lebih dicintai inshaAllah.
Nasi ayah derhaka di atas pinggan plastik beraneka warna haha! Menu berbuka puasa kita tadi :D. Lihatlah ayam organik yang sungguh meng'arang' dengan berjayanya. Lebih masak dicampur dengan perapan madu :P.
Digelar nasi ayam derhaka sebab banyak bahan-bahan yang ibu derhakai. Ini ialah resipi nenda. Contohnya ayam perlu diperap dengan sos tiram. Ibu belum sempat buat sos tiram memandangkan peti sejuk kita hanya dipenuhi ayam dan ikan. Jadi, tunggulah udang, sotong, ketam sampai haha! Jadi, tidak sampai hati mencurahkan sos tiram dalam botol di dapur. Tutup mata, abaikan sahaja ;D.
Ibu bukan sepenuh masa di dapur ya anak-anak. Sekiranya kelas, kursus sampai ke petang, ayahanda memang mengambil alih tugas hakikinya yang azali :P. Sekiranya dua-dua kepenatan, kita makan luar sahaja. Kita cuba juga meminimumkan makan luar.
Sarapan pagi ibu ayah selalunya segelas air panas. Ibu selalu singgah membeli-belah kuih dan mee, nasi lemak. Namun, setelah sentiasa di'sental' dan dicuci oleh Puan Tabib Terpercaya, makanya, ibu, ayah juga banyak puasakan makanan berasaskan tepung. Beli mee sahaja. Jimat dan mengurus :P.
Sedang terbayang-bayang kuih raya tanpa berasaskan tepung. Mungkin kekacang sebagai ganti. Juga, minuman yang sihat dengan gula perang/merah. Teh 'o' atau kopi 'o'. Sayangilah saudara kita sebagaimana kita sayang akan diri kita sendiri. Masuk syurga mesti sama-sama :D.
3 comments:
noen nampak tak kerentungan nasi ayam derhaka itu..hahah punyelah nk buat plating ala2 masterchef..ayamku hangus dalam lautan minyak panas haha
ye setuju kene tinggalkan sikit tapi tulah misal musafir, banyangkanlah kite ready dengan bekalan makanan homemade...fuhhh kene bersilat ye puan-puan dgn anak2ku yang baru 2 itu :P
Waah..menyelerakanlah um... Ummi pn sanggup derhaka lau camni. Ummi lglah xde bhn sgt...hari2 derhaka..hehehe
ummi wafa: heheh mmg sentiase derake kite nikn..takde brg takyah masuk..maleh nk pk..cari ape je yg sewaktu dengannya haha
Post a Comment