EDISI MESTI BACA DENGAN MATA HATI!
Pernahkah difikirkan sekiranya bayi diberi syrup PCM atau antibiotics, mengapa mereka memuntahkannya? Sedangkan bila disuap dengan kurma, madu atau benda semulajadi lain, mereka tidak muntah? Bayi (especially yang mendapat susu ibu) adalah satu contoh yang boleh diambil untuk memahami mekanisma ini.
Pada zaman permulaan perubatan allopathy, ubatan kimia ini dikenali sebagai agen penyiksa dan sangat memudaratkan pengguna. Tapi hari ini perkara tersebut tidak lagi terjadi.Semakin ramai bertoleransi dengan ubatan kimia menyebabkan kita percaya yang ia adalah ubat.
Pada zaman dahulu, makanan bukanlah suatu yang boleh didapati dengan mudah di pasaraya atau kedai. Kebanyakannya menanam sendiri, menternak sendiri. Seseorang yang kaya pada zaman dahulu adalah orang yang mempunyai ladang yang banyak atau ternakan yang banyak. Apabila bidang industri pemprosesan makanan berkembang maka penyakit pun meningkat dan kadar daya tahan terhadap ubatan kimia juga meningkat.
Ini adalah kerana segala bahan kimia yang digunakan untuk memproses makanan (juga adalah bahan kimia) telah merencat imuniti sedikit demi sedikit. Di Malaysia, tanaman menggunakan benih GMO belum berkembang pesat lagi. Tetapi 3 bahan yang dikimiakan adalah garam halus(NaCl), gula putih (refined sugar cane) dan gandum (gandum import yang ditanam secara GMO). Ketiga-tiga makanan ini telah menjadi makanan harian rakyat dan imuniti rakyat amat membimbangkan.
[Sumber dari Puan Osem di kumpulan whatsup prochoice vax]
Di dalam Al Quran Allah mengingatkan kita bahawa manusia tidak akan boleh mencipta apa yang Allah ciptakan. Segala perubahan kimia yang berlaku dalam badan kita tidak akan serupa dengan proses kimia di dalam makmal. Ada batasan dalam teknologi. Allah menyuruh kita berusaha untuk membanyakkan hasil melalui inovasi. Tapi bukan dengan mencipta dan menyusun aturan genetik yang pada manusia jahil akan disangka menghasilkan hasil yang sama.
Contohnya campuran tanah pelbagai menjadi tapak penanaman yang subur, itulah inovasi. Tetapi sampai mengubah genetic sesuatu tumbuhan, itu adalah taghut dan harus ditentang kerana saya yakin ia akan memberikan impak yang buruk kepada badan kita.
Dengan makanan yang sebegini juga akan menyebabkan anak-anak muda kita mudah terjebak dengan gejala dadah. Menurut kajian sains gabungan ketiga2 tersebut dan produk tenusu (lembu yang disuntik dengan rBGH (recombinant bovine growth hormone) untuk menghasilkan susu yang banyak) merangsang reseptor opiate dan dopamine di otak, saraf tunjang dan sebahagian kecil di usus.
Maka apabila makanan ini yang disajikan sehari-hari kepada remaja, bila mereka mencuba dadah, ianya akan menjadi sesuatu yang pleasureable. Tapi untuk sesorang yang tidak biasa memakan ini, dadah yang dicuba tadi akan menyebabkan muntah dan kepeningan (reaksi penolakan). Individu yang benar-benar sihat susah didapati hari ini kerana gula dan tepung sudah menjadi makanan harian. Sambutan pelbagai hari menggunakan kek sudah sangat meluas. Betapa kita sudah maju.
Dalam Al Quran menyebut tentang penyusuan ibu sabagai suatu fitrah, bukan arahan, tetapi mengapa manusia hari ini perlu dipromosi untuk menyusukan bayi mereka sendiri? Ini adalah juga disebabkan oleh 3 bahan tadi. Susu ibu mengandung yang dipromosi secara meluas atas dasar keuntungan menyebabkan susu itu sudah menjadi kemestian untuk ibu mengandung.
Rangsangan reseptor yang berlaku di otak ibu menyebabkan perkara yang sama terjadi kepada anak, ditambah pula dengan opiate yang digunakan sebagai ubat tahan sakit semasa proses kelahiran. Ini menyebabkan deprivation of hormonal system ibu (menyebabkan susu lambat dihasilkan dan tidak banyak) dan juga deprivation of primitive reflex in the baby. Reduce sucking, rooting reflexes and even interfere with their breathing. Setelah tiada susu dihasilkan maka ibu pun tiada cara lain selain memberikan susu formula, maka lengkaplah proses penolakan dan kegagalan penyusuan.
Kempen-kempen yang dijalankan oleh kementerian kesihatan banyak menemui kegagalan disebabkan faktor luaran ini. Namun ibu-ibu yang berpengetahuan dan mempunyai oxytocin level yang sangat tinggi dengan iltizam penyusuan, maka penyusuan ibu akan berjaya. Namun bukan semua orang boleh dididik dengan cara ini. Insan-insan yang kurang kemampuan berfikir tidak akan dapat dimotivasi dengan mudah, jadi jika makanan tersebut boleh dijauhkan dari mereka, maka susu akan banyak dan refleks penyusuan akan normal dan memudahkan segala- galanya.
Jikalau kerajaan dapat menghapuskan gula putih (digantikan dengan raw sugar, gula semulajadi atau gula proses yang tidak melibatkan bahan kimia – gula perang, lump, jaggery), garam kimia (digantikan dengan rock salt atau natural sea salt), gandum (cuba cari gandum organic atau gandum dari bumi Anbiya’atau Jepun, atau beras rendaman semalaman, dijemur dan dikisar dijadikan serbuk) dan mulakan ternakan lembu susu tempatan tanpa suntikan hormon, maka Malaysia akan menjadi negara bebas penyakit menjelang 2020.
Kemajuan bukanlah diukur dari segi ekonomi dan menggadaikan kesihatan rakyat. Kalau dilihat dari segi konsep mesra pelabur, Negara kita akan mengaut keuntungan yang tinggi tapi keuntungan itu perlu pula digunakan untuk menampung penyakit rakyat. Jepun pun sudah menghentikan import gandum dari USA, dan pada pendapat saya Malaysia harus mengikuti contoh itu.
Dengan perjanjian TPPA yang mungkin ditandatangani, akan lebih terjejaslah kita. Kalau difikirkan mengapa Amerika terlalu mahu kita mendapatkan ubat-ubat original dan mengharamkan ubatan generik? Mereka tahu negara yang menggunakan ubatan kimia sebagai mainstream kesihatan akan bergantung dengan ubat mereka. Pada ketika itu nanti kita sudah tersepit dan tidak boleh berundur lagi. Lebih baik atas kesedaran Islam, semua doctor berusaha untuk menyihatkan penyakit dengan pelbagai tumbuhan, bekam, madu, akupunctur. Ini boleh dinamakan perubatan 1 Malaysia dimana doktor2 muslim diberi kursus bekam dan diajar profile madu dan habbatus sauda, manakala doctor cina diberi kursus akupunktur dan seumpamanya dan doctor India diberi ilmu ayurveda.
Ini akan memberikan keyakinan yang lebih kepada rakyat daripada hanya melihat setiap tahun peningkatan penyakit dan komplikasi pada tahap yang membimbangkan. Dan dengan statistic kita ini jugalah yang jujur dan tanpa konspirasi, kita harus bangkit memperjuangkan profesion doctor yang mulia. Statistik peningkatan penyakit menunjukkan system perubatan bahan kimia ini tidak berkesan. Lebih baik kita bertindak segera sebelum rakyat mula mencemuh dan memandang lekeh pada doctor dan pekerja kesihatan memandangkan ubatan kita tidak berkesan. Akhirnya nanti kerajaan juga yang akan dipersalahkan.
Wallahu A’lam.
Puan Tabib Terpercaya
No comments:
Post a Comment