Definisi:
Perubatan yang akan membawa pesakit kepada kesembuhan dan peningkatan iman sejajar dengan hikmah sesuatu penyakit itu diturunkan kecuali sekiranya Allah mentakdirkan mati untuknya.
Prinsip asas:
1. Allah menurunkan penyakit dan menurunkan juga penawarnya. Tidak patut sumber yang haram atau syubhah digunakan sebagai penawar.
2. Manusia adalah ciptaan Allah yang paling agung maka tiada makhluk lain yang boleh mendatangkan mudarat apatah lagi kematian kepada manusia.
3. Setiap penyakit bermula dari perut.
4. Pencegahan dalam Islam adalah juga merupakan penyembuhan, ditambah dengan madu dan bekam.
Bekam ialah sunnah Rasulullah SAW dalam merawat penyakit. [sumber]
5. Mengubati adalah dengan merawat punca, bukan merawat symptom.
6. Setelah mencapai kesembuhan, iman dan kekuatan sistem imun akan meningkat.
Konsep asas kesihatan dalam Islam:
1. Kesihatan Rohani – keupayaan merembes oxytocin dengan baik
- Melibatkan pemahaman manusia itu terhadap kesakitannya, apa yang terjadi dalam tubuhnya dan punca.
- Melibatkan peringatan-peringatan tentang pentingnya kesabaran, ujian dan kasih sayang Allah terhadapnya.
- Melibatkan pemikiran positif tanpa had (bersangka baik) dalam menerima mesej kehidupan melalui mata, telinga dan perasaan(hati).
- Muhasabah tentang segala kesilapan dan menaikkan semangat, memberi harapan untuk sembuh terhadap semua penyakit.
2. Kesihatan Jasmani/lahiriah (boleh dicapai dengan kesihatan rohani)
- Kesihatan luaran, diukur melalui energy dan rasa sakit yang dialami.
- Memberikan kefahaman melalui hubungkait amalan harian dan kesihatan melalui penerangan sains (maka ini dapat mengurangkan perasaan malu dalam diri pesakit untuk mengakui kekhilafannya)
- Memberi maklumat bagaimana makanan yang halal dan baik itu memberikan kesan kepada kesihatan.
Puan Tabib Terpercaya
No comments:
Post a Comment