Kita wajib beriman yang manusia adalah ciptaaan Allah yang paling agung dan sistem badan manusia ini telah diprogram oleh Allah untuk melakukan ketaatan kepadanya dan apabila manusia mengikut semua nasihat yang telah disediakan dengan ikhlas dan tidak mengikuti syaitan, akan terjadilah kesihatan. Maka sekiranya manusia memilih untuk ingkar, maka terjadilah penurunan sistem imun dan fungsi sistem neuroendokrin.
Islam memandang setiap organ dan sistem yang ada dalam tubuh badan manusia tidak pernah melakukan kesalahan dan setiap dari mereka sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk kesihatan kita. Berlainan dengan konsep perubatan Barat yang menganggap pathology sebagai penyakit, lalu ubatannya menghentikan pathologi. Islam memandang apa yang disebut sebagai pathologi itu adalah hanya fisiologi mekanisma pertahanan badan terhadap benda yang tidak baik. Jadi melalui pemakanan kita boleh membekalkan nutrient yang diperlukan supaya proses patologi itu akan berhenti kerana puncanya telah dirawati.
Semua penyakit yang terjadi adalah disebabkan kekacauan kepada 2 sistem ini iaitu sistem imun dan neuroendokrin dan kedua-duanya saling berkait dan bekerjasama bahkan sentiasa berusaha untuk menjadikan kita khalifah yang agung. Tiada satu orang pun di dalam dunia ini berjaya mengkaji kedua-dua sistem ini dengan baik dan lengkap kerana rahsianya berada di dalam Quran.
Oxytocin adalah kunci kesihatan orang mukmin
Hormone ini sangat unik. Ia dihasilkan oleh unjuran saraf di thalamus dan disimpan di ‘posterior ptuitary’. Berbanding dengan hormon2 di anterior pituitary, semuanya dihasilkan oleh kelenjar ptuitari itu sendiri. Ianya sangat mulia kerana dihasilkan oleh otak kita. Ia di sebut sebagai superhero hormone yang akan merangsang sistem imun dan endokrin seseorang manusia. Hormon ini dihasilkan oleh perasaan sayang dan kasihan.
Maka bila manusia menerima maklumat dari matanya, telinganya dan hatinya apa yang perlu dilakukan untuk memastikan hormone oxytocin dirembeskan adalah dengan bersangka baik. Hormon oxytocin dirembeskan dengan banyaknya (surge) semasa orgasm, penyusuan susu ibu dan semasa proses kelahiran. Jadi semakin banyak aktiviti-aktiviti ini dilalui maka semakin meningkatlah kesihatan kita.
[sumber]
Apabila seseorang memilih untuk bersangka buruk dalam menerima maklumat dari matanya, telinganya dan hatinya, maka dia telah menyebabkan anterior pituitary akan dirangsang dan merembeskan hormone- hormone yang biasanya digunakan untuk kecemasan iaitu ACTH, TSH dan seterusnya meneruskan rangsangan untuk rembesan hormone-hormon lain iaitu cortisol dan thyroxin dimana hormon ini memberikan kesan yang buruk kepada kesihatan pada jumlah yang tinggi.
Disebabkan rahsia inilah Allah berfirman, 'hai orang-orang yang beriman, jauhilah kamu dari kebanyakan prasangka' [Al-Hujurat:12]. Kerana kebanyakan dari prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengejek antara satu sama lain.
Bila Allah menyebut kebanyakan dari prasangka itu adalah dosa, ini menunjukkan ada juga prasangka yang benar iaitu yang tidak menyebabkan dosa, tapi Allah memerintahkan untuk menjauhinya secara total kerana perubahan hormon yang akan berlaku dalam diri kita tadi akan menyebabkan menurunnya kesihatan kita.
Hormon oxytocin ini juga dinamakan ‘love hormone’ dan saya sangat pasti yang rembesannya adalah paling maksimum sekiranya kita mencintai Allah dan RasulNya dengan sebenar-benar cinta. Dan seterusnya mencintai semua makhluk ciptaanNya.
Buktinya dapat kita lihat orang yang melayan orang lain dengan baik dan sentiasa berlemah lembut selalunya jarang ditimpa penyakit. Orang sebegini amat mudah didakwah untuk mencintai Allah dan rasulNya.
Khasiat lain untuk oxytocin yang dikaji oleh saintis:
1. Meningkatkan pain threshold lalu dapat menghilangkan rasa sakit (ini menerangkan bagaimana seorang abid dipotong kakinya dalam keadaan dia khusyuk bersolat)
2. Meningkatkan sensitiviti insulin (mengurangkan hiperglisemia)
3. Mengurangkan ketegangan otot
4. Memberikan relaksasi emosi/ketenangan yang tinggi.
5. Mempercepatkan proses inflamasi dan proses membaiki sel yang sedang berlaku dalam badan
6. Mempercepatkan proses bersalin.
Dan berbagai-bagai lagi yang semuanya adalah baik.
Menurut kajian barat, oxytocin dapat dirembeskan dengan senyuman, bersalam, pelukan dan semakin rapat sentuhan 2 manusia, semakin tinggi oxytocin yang akan dirembeskan. Kerana inilah Rasulullah menggalakkan saling berpelukan.
Rahsia ikhlas juga boleh dilihat disini kerana perbuatan itu sekiranya ikhlas, akan menghasilkan hormone oxytocin. Yang pastinya paras hormone oxytocin tidak dapat diukur di dalam darah maka benarlah ikhlas itu akan terus menjadi rahsia Allah.
Oxytocin juga adalah rahsia untuk hadis ini :
Dan sekiranya mereka mengetahui tentang kelebihan sembahyang Isyak dan Subuh, nescaya mereka akan menunaikan kedua-duanya (secara berjemaah), walaupun mereka terpaksa datang secara merangkak. (Hadis disepakati bersama oleh Imam Bukhari dan Muslim).
Mengapa Subuh, kerana oxytocin yang diterima menyebabkan kita akan mudah menghadapi hari dengan positif dan cemerlang. Isyak pula adalah kerana ianya dilaksanakan sebelum tidur, maka ketika tidur, sel badan kita bekerja untuk membaiki sistem badan kita yang rosak, maka dengan oxytocin yang tinggi ini proses baikpulih akan terlaksana dengan jayanya.
Dari Anas bin Malik ra, katanya: Rasulullah saw telah bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku menjadi seorang yang dikasihi olehnya lebih daripada ibubapanya, anak pinaknya dan manusia seluruhnya." (HR Bukhari dan Muslim).
Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: "Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri". (Riwayat al-Bukhari no.13, Muslim no.45 dan Ahmad no. 18076)
Atas sebab inilah Islam mengutamakan kebajikan dan zakat dan jika kedua-duanya dilakukan kerana cinta kepada Allah dan makhluk ciptaanNya, kita akan mendapat oxytocin yang sangat tinggi untuk kesihatan.
Jadi, semua suruhan Allah, jika dilakukan dengan cinta kepadanya maka akan mendapat kebaikan oxytocin. Dan dengan ini kita faham mengapa solat manusia hari ini yang tidak dibuat berdasarkan cinta, tidak mencegahnya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Dan kita juga patut faham yang agama adalah nasihat, maka tiada paksaan dalam beragama iaitu tiada paksaan dalam bercinta dan menerima nasihat.
Islam hari ini dibawa sebagai peraturan sedangkan manusia adalah suatu makhluk yang sangat ingkar. Tetapi dengan pemahaman bahawa Islam ini adalah suatu kisah cinta dan kasih sayang Pencipta kepada makhluknya maka ramailah yang akan tunduk dengan kasih sayang yang hebat ini.
Dalam ketiga-tiga situasi fisiologi (labour, breastfeeding dan sex) dapatlah kita lihat sumber oxytocin lelaki hanyalah sex. Sebab itu dalam Islam banyak ayat Al-Quran ditujukan kepada kaum lelaki. Ini adalah untuk memberikan kefahaman kepada mereka yang sekiranya mereka patuh kepada Allah kerana cinta kepadaNya, maka lelakilah yang akan banyak sekali menerima oxytocin dan kaum wanita hanya akan menumpahkan seluruh ketaatannya pada lelaki sebegini.
Dalam ketiga-tiga situasi itu juga oxytocin tidak akan dirembeskan sekiranya aktiviti itu tidak dibuat atas sebab kasih sayang contohnya wanita yang menghadapi labour dalam keadaan ketakutan, malu dan tak fokus pada kegembiraan mendapatkan anak, maka labournya akan obstructed. Sex yang dilakukan dengan nafsu semata tanpa rasa sayang tidak akan menghasilkan oxytocin.
Ini dapat dilihat dengan perbezaan perasaan selepas melakukan keduanya. Sex yang dimulai dengan kasih sayang akan menghasilkan kepuasan dan ketenangan yang lebih dan bagi wanita tidakmenyakitkan. Penyusuan yang dilakukan dengan tiada kasih sayang kepada bayi akan menghasilkan kesakitan pada buah dada semasa ejection reflex. Contohnya memilih untuk membaca majalah atau menonton tv dan tidak menumpukan pada wajah bayi semasa proses penyusuan.
Ini dapat dilihat dengan perbezaan perasaan selepas melakukan keduanya. Sex yang dimulai dengan kasih sayang akan menghasilkan kepuasan dan ketenangan yang lebih dan bagi wanita tidakmenyakitkan. Penyusuan yang dilakukan dengan tiada kasih sayang kepada bayi akan menghasilkan kesakitan pada buah dada semasa ejection reflex. Contohnya memilih untuk membaca majalah atau menonton tv dan tidak menumpukan pada wajah bayi semasa proses penyusuan.
Jika kita tidak memilih untuk mengeluarkan oxytocin, maka kita telah memilih untuk merembeskan ACTH dari anterior pituitary dan seterusnya merangsang kelenjar adrenal untuk merembeskan kortisol. Hormon kortisol juga dipanggil sebagai stress hormone, fungsinya meninggikan gula dalam darah dengan merangsang glukoneogenesis, merencat system imun, merangsang kematangan paru-paru bayi di masa kandungan 30-32 minggu(pada peringkat ini ibu selalu stress), menyebabkan insomnia dan pelbagai lagi.
Dengan fungsinya merencat system imun, ini menerangkan bagaimana orang yang bersifat mazmumah itu jarang sakit. Bila jarang sakit menunjukkan badannya tidak sensitif terhadap kuman dan kuman yang masuk ke dalam sistemnya tidak berjaya mencetus respon imun. Bila tiada respon imun tiadalah penghasilan antibodi terhadap kuman dan sistem imun individu itu sangat lemah.
Dengan fungsinya merencat system imun, ini menerangkan bagaimana orang yang bersifat mazmumah itu jarang sakit. Bila jarang sakit menunjukkan badannya tidak sensitif terhadap kuman dan kuman yang masuk ke dalam sistemnya tidak berjaya mencetus respon imun. Bila tiada respon imun tiadalah penghasilan antibodi terhadap kuman dan sistem imun individu itu sangat lemah.
Puan Tabib Terpercaya
No comments:
Post a Comment