21.1.13

HADIAH PEMENANG 'WW' SELAMAT DIPOS

Alhamdulillah petang tadi sekalian dengan tempahan telekong kawan kepada Puan Anna, kami telah pun pos hadiah buat PEMENANG 'WW'. In shaa Allah dalam esok sampailah hadiah tersebut kepada Puan Karisma Izzah dengan izin Allah :).

Setelah berbincang dengan ayahanda Muhammad dan Abu Bakr dan berkunjung senyap ke blog Puan Karisma Izzah, mengambil kira faktor anak-anak Puan Karisma Izzah yang lebih kurang sebaya dengan Muhammad dan Abu Bakr kami, jadi, alangkah baiknya sekiranya hadiah yang diterima oleh PEMENANG KREATIF!, dimiliki juga PEMENANG 'WW'. Bukankah misi kita semua sama untuk melahirkan lebih ramai huffaz? :D


In shaa Allah ada umur, kita gali lagi sejarah kita sebenar. Mudah-mudahan Allah kurniakan kefahaman yang mendalam tentang agamaNya dan kekuatan untuk pelaksanaan segala kefahaman tentang APAKAH TUJUAN HIDUP KITA? Hadam dan cernakan! Makcik yang menaip ini pun banyak hutang dengan kefahaman + pelaksanaan. Ya Allah kurniakan ilhamMu buat kami di masa hadapan. Teringin mengikut jejak langkah para mujahiddeen. Sesungguhnya dunia adalah tempat bersusah payah T_T.

3 comments:

Solehah Shamsuddin said...

Wah hadiah CD ye. Bertuah pada si pemenang

Karisma Izzah said...

Alhamdulillah... Terima kasih... terharu rasanya sebab dah lama nak beli tapi asyik bertangguh je.

Sekarang ni dodoi anak tidur dengan baca sendiri surah-surah lazim yang di hafal dan ayat-ayat hafalan masa sekolah dulu. tapi terhad la...huhu... terima kasih...

@LeenShamsh said...

solehah: :) nanti awak pun kene VCD Cdkan anak2 heheh kite buat genag anak yg huffaz! ewahhh!

karisma izzah: yg ini dengar je..elok memang dalam kete kalau selalu keluar masuk anta anak :)

kene cari yg VCD jugak tau sbb akak tgk Muhammad die ikut orang mengaji dalam VCD tu dgn baiknye tapi versi budak 2 tahunlah. in shaa Allah by the time anak boleh fully berckp, die boleh memuntahkan smeuenye dgn bergaye! yakin Allah tolong kite! :)

p/s: untungkan mak ayah yang haffal quran even mcm awak yg boleh hafal certain senang nk bace same dgn anak2..

noen: hehe buat saham mcm u jugak! ;)