31.1.13

PEMENANG WW SIRI 2

Menulis kali ini perasaan saya begitu tersentuh dan rasa lemah sebagai insan yang tidak punya apa-apa untuk dihadapkan dan dihujjahkan kepada Allah di mahsyar sana. Layakkah aku dengan syurgaMu ya Allah! T_T Saya pasti semua makcik-makcik telah berjaya menjejaki 2 tokoh semalam dengan sangat terkesan.

Saya mengenali 2 tokoh mujahiddeen hebat ini sekitar tahun 2006/2007 yang mana semasa itu Allah kirimkan seorang makcik (tua 2 tahun sahaja daripada saya) yang bertanggungjawab membawa saya kepada fikrah ini. Makcik ini juga yang bertanggungjawab menemukan saya kepada TUJUAN HIDUP kita di dunia ini. Kesedaran itu membawa saya mencari dan ada yang Allah bentangkan di depan mata dan tinggal baca, kaji, amal dan sebarkan sahaja. Oh Allah beratnya!

AS-SYAHID SHEIKH AHMAD YASIN
Tokoh di dalam entry WW- SIAPA KENAL? adalah AS-SYAHID SHEIKH AHMAD YASIN. As-Syahid adalah pengasas kepada HAMAS (Al-Harakatul Muqawwamatul Islamiyyah) bersama As-Syahid Dr. Abdul Aziz Rantisi pada tahun 1987. Hebatnya beliau yang lumpuh hampir keseluruhan badan dan hanya berkerusi roda sejak berusia 12 tahun akibat kemalangan, tidak pernah ketinggalan solat jemaah. Bayangkanlah! Bandingkan dengan kita yang sihat walafiat tetapi masih 'segan' mahu berjemaah. Ya Allah, bantulah pemuda-pemuda kami!

Dalam keterbatasan pergerakkan juga, beliau masih boleh membaca Al-Quran secara konsisten. Pernah anaknya yang sentiasa menemaninya, tertidur ketika rutin mereka selepas solat maghrib jika saya tidak silap ingat, dan apabila tersedar, si anaknya melihat ayahnya yang hebat ini sedang menyelak lebaran Al-Quran tersebut menggunakan mulut dan giginya. ALLAH! ALLAH! ALLAH! Sesungguhnya aku banyak menzalimi hakMu! (nangis laju-laju).

Hebat! Walaupun hanya berkerusi roda, tetapi pakcik ini mampu dengan kesungguhan dan kesedarannya, tidak pernah tinggal solat berjemaah malah dengan keterbatasannya, beliau juga digeruni zionis laknatullah! Subhanallah!

Bacalah pesanan As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin buat pemuda-pemudi! Bacalah! Dengan ilmu dan amal, kita akan dikasihi Allah dan mohonlah meraih redhoNya untuk bersenang-senang di syurgaNya (nangis lagi).

************************************************************************
WAHAI anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kamu.

TELAH tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

AKU menyeru kamu wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

WAHAI para Pemuda, aku ingin kamu menyedari 
dan menghayati makna tanggungjawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kamu untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kamu. Aku menyeru kamu supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.


AKU ingin kamu tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kamu tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

WAHAI Puteriku , aku ingin kamu berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kamu berjanji kepada ALLAH bahawa kamu akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kamu, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kamu. Haram hukumnya bagi kamu untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

KEPADA semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dgn agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dlm kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

BIASAKAN diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. Carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.


*************************************************************************
ALLAH! ALLAH! ALLAH! kerdilnya rasa diri ini. Beliau telah diburu semenjak menyatakan pendiriannya menentang zionis laknatullah dan beliau mengisytiharkan jenayah untuk sesiapa sahaja yang berkerjasama dengannya. Beliau pernah ditangkap, dipenjarakan dan dibebaskan semula pada tahun 1997 dalam keadaan matanya hampir buta!

Kemuncaknya adalah pada 22 mac 2004, beliau yang sebelum itu telah merasai (atau mungkin sudah terbau-bau syurga) telah beriktikaf di masjid dan minum segelas air masak untuk puasa sunat. Kemudian, solat subuh dan ketika mahu keluar, jemaah subuh ingin membakar tayar agar asap tayar tersebut mampu melindunginya tetapi dilarang oleh beliau.

Sebaik beliau keluar, peluru berpandu terus meluncur laju ke atas kepalanya. Anda pasti melihat keadaannya dalam keadaan kepala bocor tetapi saya tidak sanggup untuk meletakkan foto tersebut. Beliau syahid bersama beberapa orang termasuk menantunya.

AS-SYAHID DR. ABDUL AZIZ RANTISI
Kita sering mendengar kata-kata 'di sebalik seorang lelaki yang hebat, ada wanita dibelakangnya' tetapi ayat ini disanggah oleh Ummu Muhammad iaitu isteri kepada As-Syahid Dr. Abdul Aziz Rantisi iaitu tokoh yang saya maksudnya di entry WW- SIAPA PULA INI? Dengan tegasnya, disebalik kehebatan suaminya yang digelar Abu Muhammad, pastinya atas didikan ibunya. Oh para ibu, besarnya pengaruh kita kepada anak! Beginilah ayat seorang wanita yang punya tarbiyyah menjawab segala persoalan dengan penuh hikmah. ALLAH, jauhnya Ummu Muhammad yang sedang menulis ini dengan Ummu Muhammad yang hebat itu!

Abu Muhammad & Ummu Muhammad.

Menurut Ummu Muhammad yang hebat itu yang pernah ditemu bual dan anda boleh google untuk menjumpai temu bual tersebut, Abu Muhammad yang hebat itu sangat terasa dengan pemergian Sheikh Ahmad Yasin tetapi tidak menyalahkan Sharon kerana kematian itu pasti. Menurut As-Syahid Abu Muhammad, “sesiapa yang tidak mati dengan mata pedang, pasti akan mati juga dengan sebab lain, sebab kematian itu berbagai-bagai dan mati itu hanyalah satu”. Saya tidak akan lupa kalimah suami saya, dan ia amat mempengaruhi diri saya katanya, “ Wahai Syeikh! Kami pasti akan menyusuli setelah pemergianmu”. [sumber]

Dikisahkan detik terakhir semasa hayatnya sebelum bertemu syahid, Dr. Rantisi menyanyi kecil kalimah yang paling disukainya iaitu “An Tadkhulani Rabbi al jannata hadza aqsha ma atamannaa” (Tuhan! Engkau masukkan aku ke dalam syurga-Mu, inilah puncak harapanku).

Ketika itu, Akram Nasshar iaitu salah seorang pengawal yang menjadikan Dr. Rantisi sebagai guru dan ikutannya datang bertemu dengannya selepas solat Asar setelah 2 minggu tidak bertemu yang juga orang yang dikehendaki zionis. Jadi, selepas solat isyak, Dr. Rantisi dan anaknya, Ahmad keluar dengan memakai pakaian orang tua keluar dengan menaiki kereta putih jenis 'sparoow' bercermin gelap menuju tempat yang dirancangkan.

Tidak lama kemudian, Dr.Rantisi seorang sahaja berpindah ke kereta jenis 'sparoow' yang dinaiki Akram dan Ahmad Garrah, agen rahsia di Brigade Izzuddin Al-Qassam. Kereta tersebut memecut dengan kelajuan yang tinggi dan ketika itu juga datang 2 helikopter Apache milik zionis melepaskan 2 roket dan tepat mengenai kereta yang dinaiki mereka bertiga.

“Saya menyeru anda semua agar bertenang, seandainya Rantisi, Al-Zahhar, Haneya, Nazzar Rayyan, Said Siyyam dan semuanya gugur syahid (dibunuh Israel), demi Allah perjuangan kita akan bertambah gemilang dan membuatkan kita semakin mencintai jalan ini. Tangan-tangan kita yang menggenggam senapang di dunia ini, Insya’Allah akan berpelukan bersama disisi Allah SWT (di syurga nanti). Oleh itu silalah Sharon dan kuncu-kuncunya meneruskan apa yang mereka inginkan di sini, kami akan sentiasa meneruskan perjuangan ini. Jalan yang kami lalui ini memang payah, namun, inilah satu-satunya jalan yang akan menghantarkan kita semua kepada cita-cita kita (iaitu syurga). Di atas dasar inilah kita tidak akan sekali-kali merasa lemah, tidak akan menyerah dan tidak akan juga menghinakan diri kami (dengan menyerah kalah kepada Israel).” - Asy-Syahid Dr. Abdul Aziz Rantisi

Kesyahidan 3 sahabat berlaku selepas lebih kurang kesyahidan Sheikh Ahmad Yasin iaitu pada 18 April 2004. Teknik pembunuhan zionis adalah sama seperti yang terjadi kepada Abu Muhammad yang meninggal pada tahun lepas iaitu tahun 2012 ketika serangan zionis di awal bulan muharram, iaitu Ahmad Al-Jabari. Masih ingat kisah kesyahidan ketua umum, Briged Izzuddin Al-Qassam?

Antara fakta takjub berkenaan pembunuhan ini, walaupun semuanya rentung tetapi senaskah Al-Quran masih utuh tidak terbakar. Hanya hujung Al-Quran tersebut yang sedikit cedera. Subhanallah!

PERKAITAN MEREKA
Satu perkataan yang menghubungkan mereka yang dimaksudkan saya dalam entry WW- PERKAITAN MEREKA adalah HAMAS. Nampaknya hanya ada seorang makcik yang menjawab dengan tepat, jitu dan padu ketiga-tiga soalan entry WW. Malah makcik tersebut sememangkan lebih HADAM dari saya sendiri!

Berukhuwwah fillah sampai syurga.

Walau bagaimanapun, tahniah kepada semua makcik-makcik! Saya kagum dengan anda semua kerana anda semua telah menunjukkan kecintaan yang mendalam untuk mengetahui tokoh-tokoh  yang telah pasti syurga bahagian mereka. Allah! Allah! Allah! Mudah-mudahan kita semua punya cita-cita untuk mati syahid! Dengan ini diumumkan, pemenang untuk WW minggu ini, milik  Makcik...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
In shaa Allah pemenang WW siri 2 minggu ini bakal memenangi barangan dari imaNiaga iaitu

Kain pelekat anak. Pilih sahaja mana hendak ;)

Sambung balik :P..
Pemenang WW siri 2 minggu ini dimenangi oleh

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

UMMU IKRAM

Tahniah makcik ummu ikram! Sila hantarkan nama, alamat dan no telefon anda untuk urusan poslaju hadiah daripada kami ke email attuffahumairah@gmail.com. Kepada semua jangan bermuram durja, ada rezeki dan kelapangan, kita main jejak-jejak tokoh lagi in shaa Allah dengan izin Allah pastinya :D. Selamat menyambut penghulu segala hari dan khatam surah Al-Kahfi!

7 comments:

OneSimpleMother said...

subhanallah.. bergetar hati, bergenang airmata membaca pesanan sheikh ahmad yassin. terkena sangat dnegan batang hidung sendiri. terasa diri ini terrrrrrlalu kerdil. banyaknya kekurangan diri. lemah iman dan sebagainya lagi.. astaghfirullah... :'(

Marlina Mohtar said...

Alhamdulillah....tahniah kepada semua yang berjaya iawab soalan. Terima kasih BAi atas perkongsian ilmu yg sangat bermakna

Unknown said...

perkongsian ilmu yang cukup hebat & bermakna...terima kasih UM...

Karisma Izzah said...

Sungguh menyentuh Jiwa kisah mereka berdua. Betapa kerdilnya terasa kerana saya tak sekuat itu untuk menempuh jalan syahid.

Tahniah kepada Ummu Ikram.

ummu ikram said...

ALHAMDULILLAH....

boleh ajar ikram pki ikut baba ke masjid lepas ni.. mesti ikram suka sangat..

jzzk ummu muhammad

Ruse Sulaiman said...

Kisah yg menarik. Mmg hidup dan mati mereka kerana Allah. Maaflah mmg tak sempat pun tgk WW UM. Tahniah pada yg beroleh rezeki.

mummyrinazone beauty said...

tq sudi share yea UM..terasa banyaknyalah hai kealphaan di dunia nie=(