20.6.13

SOS TIRAM HOMEMADE

Alhamdulillah dengan izin Allah semenjak apa yang diidamkan menjadi kenyataan walaupun bajet ciput, maka semangat dari hormon OXYTOCIN menyelubungi diriku untuk ke dapur beraksi! Haha! Gembira betul rasanya berkawan dengan rakan-rakan sefikrah dalam kumpulan Whatsup prochoice vax fillah hehe :D. Sambil menaip, sambil berwhatsup :D.

Belajar hormon OXYTOCIN yang terhasil apabila kita semangat dan berharap hanya pada Allah. Hormon DOPAMIN, hormon yang terhasil kerana semangat tetapi bukan kerana Allah. Keduniaan semata. Juga, selitan hadis ghulam untuk perjalanan dakwah kita hari ini ;).

Semalam saya timbulkan persoalan tentang hadis berkenaan kismis dan kurma tidak boleh bersatu dalam suatu bekas kenapa? Kemudian, soalan saya lagi, kenapa Allah perintahkan HARAM hukumnya lelaki memakai emas dan tidak pada wanita. Kenapa kita perlu solat diawal waktu. Persoalan ini sememamngnya membuahkan kupasan yang sungguh menarik apabila pakar dalam kumpulan kami ini bercerita tentang kimia. Subhanallah mabruk!

Kembali kepada tajuk utama, antara perbincangan kami adalah tentang pemakanan yang mengganggu gugat kesihatan kita hari ini. Jadi, dalam kumpulan kami ini, kami membincangkan perkaitan serta kaedah alternatif bagi menggantikan makanan-makanan yang mengandungi bahan kimia yang banyak hari ini. Jadi, antara soalan saya kepada yang pakar, bagaimanakah membuat sos tiram homemade asbab saya baru sahaja memasak makan tengah hari menggunakan sos tiram.

Ayam masak ujang resipi Makngah Muhammad. Hari Jumaat lepas ambil cuti rehat khas asbab Cik Anis ada urusan.

Pakar-pakar dalam kumpulan kami, mencadangkan untuk menggantikan sos-sos seperti sos cili, tomato, tiram, lada hitam dan kicap serta pelbagai lagi dengan buatan sendiri yang mana bahan-bahannya dalam kawalan kita dan paling sihat tanpa awetan kimia yang memudaratkan kesihatan. InshaAllah ilmu ini perlu dikongsi kerana masuk syurga seorang diri terasa kesunyian. Ramai-ramai barulah meletop! Haha!

Resepi sos tiram buatan tangan:
1. Ambil air rebusan makanan laut contohnya udang, ketam, sotong dan sebagainya selain tapak sulaiman dan kuda laut.
2. Air rebusan itu dimasak bersama gula merah/perang.
3. Garam bukit.
4. Lada/cili sedikit dan bawang putih mengikut citarasa.
5. Sedapkan ramuan mengikut rasa.
6. Pekatkan dengan tepung ubi kayu. Sekiranya tidak mahu pekat pun tidak mengapa.
7. Cuka buah sebagai pengawet supaya tahan lama.
8. Sejukkan dan simpan dalam botol kaca seperti botol sos kita.
9. Simpan dalam peti sejuk.

Baiklah saya belum berkesempatan untuk cuba. InshaAllah ada kesempatan masa dan waktu yang berkat mahu juga menggantikan sos tiram yang tidak sihat kepada sos tiram sihat lagi penuh kasih sayang sampai syurga :D. InshaAllah ada masa ingin juga kongsikan berkenaan tepung jagung mengandungi GMOs yang digunakan sebagai agen pemekat diganti dengan yang lebih sihat :D. InshaAllah segalanya pasti dengan izin Allah!

6 comments:

NoEn said...

lama dah masak tak guna sos tiram(semenjak ada anak) sbb nk min msg tersembunyi dlm masakan...nampak gayanya kene buat sendiri la kan kalau nk guna balik...

sos cili, sos tomato pun lama tak guna dlm masakan...kalau guna pun untuk cicah2 cekodok..

@LeenShamsh said...

tu kate puan pakar selalunye sos tiram nak bagi sedap goreng2 mee kan..jadi osemlah resepi ni heheh

p/s: tengah menanti cuti berserta kerajinan untuk membuat sos2 beraeka sos homemade utn mengganti sos2 yg ade..muge Allah bagi kerajinan tahap superb! :D

Unknown said...

dah buat nanti jangan lupa update :p kalau menjadi, boleh la jadi mentor kami ;) ;) :)

@LeenShamsh said...

Dee inspektor sahab beteh!! Trnga semangat kat dapo..pahni nk cari makan kunyah2 kekacabg bagai buah2 lain dr kek kueh roti utk family n kurgkan makan diluar serte berkebun tu dinaik taraf haha tak lupe juge utk betbekam sebgai amalan sunnah buat toksin badan yg jahat itu jomm gengg!! Kite n anak prochoice vax malah mampu menjana ummah berkualiti hidup tinggi dgn taqwa yg mantop!

Unknown said...

umur brapa boleh stat masuk tahfiz medik kluang tu? nk kene queue x? jom. semoga niat suci Mama nk jadikan Rizqi pakar perubatan Islam dimakbulkan Allah s.w.t.

@LeenShamsh said...

dee: sebelum masuk mmg ade tapisan dee..umo 9 tahun sellaunye die ambek tapi kalau basic kuat 8 tahun da diterime mcm ank ummi muhammad..best tgk silibus..muge lahir alim ulama professional yg akan mrtabatkan perubatan gaya Rasulullah SAW..bukan blaja british sistem alias ziois sistem n bekam pun tak tau paling sadis ckp 'stupid young mother', 'bitch', 'put in jail'..muge lahirlah para duktur hebat ilmu serta berkhlak mulie