Inilah asbab lama tidak membelek-belek blog iman kami ini :D. Acara kemas-kemas! Projek dapur. Selama ini saya susun tupperware keluar masuk di rak kayu yang saya beli di ikea. Nampak memudahkan apabila beli ayam orgnik banyak untuk stok seminggu lebih kurang 4 ekor. Dibahagikan kepada beberapa bekas untuk memudahkan sekali masak, keluarkan sebekas. Begitu juga ikan, sotong dan sebagainya.
Takdirnya, Allah datangkan Cik Ti (baca: tikus) yang rupawan membuang air besar dan kecil sesuka hati di mana sahaja. Jadi, mahu atau tidak, kami tiada pilihan. WAJIB RAJIN! Kami perlu basuh dapur dan semua perkakasan dapur. Pendek kata, saya punggah kabinet, buang mana yang patut dan letakkan tupperware dan rempah-ratus masakan dalam kabinet di dapur kering. Dapur basang dikosongkan.
Alhamdulillah, Cik Ti yang kecil molek itu telah selamat diberkas! Zauji melepaskan dia ke semak jauh dari perumahan untuk dia terus hidup. Makhluk dicipta Allah dan hanya Allah selayaknya memanggilnya kembali ;D.
Tupperware keluar masuk isi bahan basah dan sebagainya.
Tenang mataku :D. Lega dapat kemas dapur yang tertangguh sekian lama.
Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana menghadirkan Cik Ti yang menjadi asbab kerajinan kami berkemas. Asbab dapur pun telah bersih dari anasir tidak sihat Cik Ti, saya kembali baking haha! Seruan ke dapur ibu kembali lagi! Projek bakar kek, MACoo yang tertunggak sekian lama.
MACoo hasil kerjaan mak dan kibarul masyayikh sebagai aktiviti sekolahrumah kami. Ada tempahan 2 balang.
Kek krim ngences! Ini tempahan pelanggan setia, Puan Anna ;D.
Selain itu juga, mood saya lari ke buku-buku untuk dibaca. Alhamdulillah telah khatam Anekdot Madinah tulisan Prof Kamil dan sedang bedah buku Dr Maszlee Malik. Kali pertama baca buku ini, saya hampir tidak boleh baca. Bahasanya terlalu tinggi! Dengan sedikit review oleh zauji, saya cuba untuk katamkan juga. InshaAllah ada kelapangan saya mahu kongsikan juga intipati menarik yang terdapat dalam 2 buku ini dan pemikiran Dr Maszlee yang pada saya perlu dikembangkan ke peringkat global inshaAllah!
Zauji pesan - baca, baca buku juga, surah-surah yang telah hafaz, jangan dibiarkan lupa. Berdosa T__T.
5 comments:
Kak Leenn, teringat biskut MACoo tu.subhanallah.sedap dan wangi.
buku anekdot tu kisah apa eh?
kisah kehidupan prof di madinah. MashaAllah bace dalm keadaan meremang sentiasa, Sungguh buku ini ditulis dgn hati dan smapai ke hati.
tapi bile bace buku tulisan bahasa tinggi dr maszlee kita akan tahu apekah penyelesaian masalah kepada kehidupan dunia yg terlalu porak perande ini..
kene bace santai sebb ayat nk kene faham. bahasa profesor buku dr ni :D
Biskut MACoo boleh pos kah? Teringin juga orang Selangor nak rasa.. ;-)
kak zefa maukah?inshaAllah nk buat juge ni..cutikan wrge JDT hehe..tapi tengah tunggu telur ayam organik..ingat nk buat pagi ni..tengok2 telo hbs..runner tolon belikan hehehe
leen kek krim tu agak2 ley pos selangor takk...adei sedapnya tgk...
-mek aza-
Post a Comment