14.6.14

RESEPI NASI IMPIT SIHAT

Alhamdulilah semalam Allah memberi kesempatan kepada chef yang dirahmati Allah Bayt Al-Iman kami untuk mempraktikkan resepi nasi impit yang diturunkan oleh Cik Siti Aminah, sahabat dunia jiran di syurga saya semasa di tempat mencari rezeki sebelum ini ;). Resepi arwah ibunda Cik Siti. Katanya, terkenangkan kami yang mesti telah lama tidak makan nasi impit asbab kisah nasi impit segera yag pernah saya catatkan di entry BELAJAR ANYAM KETUPAT.

Caranya terlalu mudah:
1. Kebiasaan menanak nasi cuma, airnya dilebihkan banyak seperti masak bubur.
2. Apabila nasi bertukar menjadi bubur, masukkan minyak dalam kuantiti yang jangan jangan takut untuk dibanyakkan kerana menurutnya, ianya dengan izin Allah menjadi asbab nasi impit cantik terbentuk.
3. Gaul dengan kayu seperti senduk kayu besar sehingga semacam empuk.
4. Tutup api, masukkan garam dan gaul serata.
5. Pindahkan ke dalam bekas plastik yang terpercaya selamat dari rembesan kimia ataupun guna perkakasan kaca dan padatkan serta tindih sehingga sejuk.

Menu malam tadi. Takdirnya agak lembik tetapi inshaAllah khasiat mantap! :D

Menu yang menggamit rindu Ramadhan saban tahun. Menu raya! Nasi impit, kuah kacang dan rendang ayam. Berkisar tentang persediaan menanti Ramadhan, kami ke masjid semasa Maghrib dan Isyak untuk program semarak Ramadhan kami sendiri untuk melihatkan keadaan anak-anak di masjid untuk tujuan terawih.

MashaAllah! Nampak gayanya saya perlu terawih dengan pak shaikh kabir Abdullah sahajalah nampaknya. Memang zaman Abdullah. Petik dan matikan suiz kipas berdiri kerana kesukaannya melihat bilah-bilah kipas berpusing. Pak shaikh terlihat sungguh kagum dengan objek berpusing. Subahanallah katanya.

Kesukaannya ini amat menarik minat makcik-makcik yang risaukan keselamatannya. Hampir semua yang datang menegur pak shaikhku kerana bimbangkannya. Belum lagi beregu dan bersatu padu dengan kekandanya. Allahu! Pengsan kami :D.

Promosi Ramadhan 1435 dari imaNiaga dan inshaAllah nantikan istimewa Ramadhan tahunan dari blog iman kami untuk anda. Mana tahu rezeki Ramadhan anda ;).

Jazakillah Mek Siti. Semoga mengalir saham jariah berpanjangan buatmu selagi mana kami makan nasi impit menggunakan resepi warisan bondamu dan dengan tubuh yang sihat bertenaga, Allah mengizinkan kami semua mampu istiqomah beramal dengan amalan-amalan ahli syurga. InshaAllah mudah-mudahan dapat makan nasi impit versi syurga secara berjamaah dalam talam indah nanti. Allah! Kumpulkan kami dalam syurga firdausMu tanpa perlu bersusah payah T__T.

2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah..syok baca..terbayang mungkin juga arwah bonda nya menerima saham tersebut walau beliau telah berada di sana kan...

~Kak Min_Ipoh, Perak~

@LeenShamsh said...

kakminnnnn!!!!! mashaAllah rindunyee!!! rindu mak2 jlos!!! i tk boleh nk join lagi..hihih..inshaAllah dtg semule nnt menjelme :D