Isu coklat, rokok dan vaksin yang hangat muktahir ini. Antara fatwa dan kesahihannya. Keduanya ada hujjah dan semuanya adalah pilihan yang Allah berikan. Fahaman saya yang jahil agama berkenaan fatwa Dr Yusof Qaradhawi, fatwa disimpulkan berdasarkan negara Eropah yang tidak boleh tidak yang kebanyakkan makanan mereka adalah melalui unsur babi.
Jadi, untuk negara kita yang bahan makanannya, banyak lagi yang berkhasiat, pelbagai pilihan, seperti kata Ustaz Zaharuddin menyimpulkan kemas, pilihlah yang jauh dari syubhah. Kami memang lama tinggalkan coklat, kami juga bukan perokok serta memilih untuk tidak vaksin anak-anak.
Semuanya pilihan. Tiada salah atau benar.
Allah lorongkan kami bertemu sahabat-sahabat yang memilih untuk hidup sederhana tanpa makanan sedap tetapi berkhasiat. Tidak vaksin tetapi mengambil langkah pencegahan melalui kesan pemakanan yang sihat dan selamat. Satu perkara yang paling memberi bekas kepada jiwa, sungguh amalan pemakanan yang sihat, sangat memberi kelunakkan jiwa yang mashaAllah dahsyat!
Terasa nikmat hidup beragama. Terasa bahagia hidup berumah tangga. Hati-hati mudah dilunakkan. Hati ini adalah masalah paling besar kepada tubuh manusia. Rosak hati, silalah masuk neraka. Baik hati, kesannya juga menyeluruh. Hati yang bebas prasangka. Bebas dendam. Bebas mengumpat. Hati yang memandang sesama manusia hanya dengan kasih sayang. MashaAllah sweetnya Allah ;).
Berbalik kepada cerita. Rokok juga telah dinyatakan ahli kesihatan dan ahli agama sebagai 'makanan' yang memudaratkan tetapi masih ramai yang ketagihan. Masalah ketagihan ini hanya dapat diatasi dengan semangat dan iltizam dari dalam seketul hati itu. Tanpa semangat dari seketul daging itu, bawalah makhluk dari planet manapun, ianya tidak memberi kesan. Hanya ada satu kuasa yang mampu membolak balikkan hati.
Mohonlah kepada ALLAH.
Kisah sahabat saya yang saya cintai kerana Allah. Suaminya seorang kasar dan baran. Selalu tinggi suara dan perokok tegar. Sekian lama, Allah temukan kami semula. Melalui zauji, zauji menyarankan kepada saya untuk diberitahu kepada sahabat saya ini, berdoa secara spesifik untuk suami sahabat saya itu berhenti merokok. Rokok adalah masalah besar!
Jadi, selama lebih kurang sebulan dua sahabat saya yang baru juga mendirikan baitul muslim ini, bangun malam bertahajjud, munajat kepada Allah supaya suaminya berhenti daripada merokok. Sahabat saya punya cita yang sama dengan kita semua. Mendirikan baitul muslim di dunia untuk jabatan kesenangan meraih redha dan syurga Allah tanpa perlu bersusah payah. Kami mahukan anak-anak kualiti jiwa hamba.
Jiwa-jiwa yang taat dan patuh kepada Allah. Mencitai sunnah Ar-Rasul!
Alhamdulillah. Allahuakbar! Sungguh Allah sangat dekat dengan kita. Rintihan sahabat saya Allah perkenankan. Kasih sayang Allah sungguh tidak bertepi dan dalam apa sahaja bentuk. Bergantung kepada penerimaan dan tanggapan kita. Disangkanya bala, maka rosakkan hati. Disangkakan ujian sebagai kasih sayang, maka kasih sayanglah yang kita dapat.
Suaminya disahkan menghidap sakit tekak teruk yang menjadi asbab suaminya meninggalkan rokok sepenuhnya. Saya tanya, apakah perubahan besar selepas suaminya meninggalkan rokok. Suaminya bertukar menjadi seorang yang lembut berkata-kata dan banyak perubahan besar yang berlaku.
MashaAllah! Kesan berkasih sayang dengan Allah di sepertiga malam.
Maka, wahai isteri-isteri budiman yang penyabar. Percayalah yang Allah anugerahkan suami masing-masing untuk kita lebih dekat kepada Allah. Rezeki suami yang perwatakan dan sifat yang berbeza-beza. Jangan sentiasa zikir kejian, keluhan. Bersyukurlah! Untuk yang merokok, spesifikan atau perincikan khas doa-doa anda untuk mereka semua berhenti dari ketagihan rokok. Allah kurniakan suami perokok untuk anda doakan dan bimbing mereka sama-sama ke syurga Allah inshaAllah ;).
Jika, tidak jumpa kami di syurga, mohon seru nama kami dan tariklah kami duduk bersama-sama anda dalam syurga Allah T___T.
Maka, wahai isteri-isteri budiman yang penyabar. Percayalah yang Allah anugerahkan suami masing-masing untuk kita lebih dekat kepada Allah. Rezeki suami yang perwatakan dan sifat yang berbeza-beza. Jangan sentiasa zikir kejian, keluhan. Bersyukurlah! Untuk yang merokok, spesifikan atau perincikan khas doa-doa anda untuk mereka semua berhenti dari ketagihan rokok. Allah kurniakan suami perokok untuk anda doakan dan bimbing mereka sama-sama ke syurga Allah inshaAllah ;).
Jika, tidak jumpa kami di syurga, mohon seru nama kami dan tariklah kami duduk bersama-sama anda dalam syurga Allah T___T.
Alhamdulillah tinggal beberapa hari sahaja Ramadhan Al-Mubarak yang dirindui berkunjung tiba. Allah! Sampaikanlah kami dalam RamadhanMu. Ramadhan. Umpama sekolah membentuk rohani. Ramai perokok yang mahu tinggalkan tabiat merokok mereka tetapi tiada kekuatan dan suasana untuk berubah juga mungkin menyumbang kepada faktor.
Marilah kita sama-sama mendoakan perokok-perokok yang mungkin dari kalangan ahli keluarga kita, kawan-kawan kita Allah tiupkan kekuatan hati-hati mereka dan kita untuk tolak semua perkara-perkara syubhah, perkara-perkara yang ditinggalkan lebih elok, supaya kita kembali kepada Allah dalam keadaan amanah tubuh, rohani dan jasmani sihat dan kuat kerana Allah inshaAllah.
[sumber]
Selamat membuat anjakan paradigma sempena Ramadhan 1435 ini. Semoga kita lulus sekolah Ramadhan kali ini dengan keputusan yang mumtaz disisi Allah! Sungguh kami cinta kalian semua kerana Allah.
2 comments:
Katakan tidak kepada rokok!
ramai je kwn2 sekerje perokok..mudah2an Ramadhan kali ini cahaya bagi mereka untuk mujahaddah lawan kehendak hati mereke T___T
Post a Comment