Sahabat dunia, jiran syurga saya Puan Anna kata, 'bila mahu update blog?' Alhamdulillah Abdullah baru tidur. Muhammad dan ayah mereka sedang bertasmik antara satu sama lain. Surah Sajadah, Al-Insan dan Lukman. Mereka di ruang tamu. Saya di Raudhatul Jannah bersama Abdullah yang tidur kekenyangan. Saya dengar masing-masing berlawanan baca. Masing-masing tidak mahu kalah ;D.
Saya tertarik untuk berkongsi kebiasaan yang saya telah saya tinggalkan beberapa tahun yang lalu. Semasa praktikum. Umur pun baru 21 tahun ketika itu. Walaupun saya mengajar English, saya terapkan juga Islam yang cantik dalam subjek yang saya ajar.
Teacher: How are you?
Pupils: ALHAMDULILLAH, I'm fine, thank you!
Ini kisah beberapa tahun sudah. Sampai masa, tempat saya bertugas kali pertama, saya tidak mengajar subjek English. Saya cukup bersyukur kerana saya bukan orang yang tepat untuk mengajar subjek ini. Tambahan pula, dikalangan suasana sekolah yang bukan Islam, ianya hanya diperam sebagai pekasam. Tidak dipraktikkan.
Allah Maha Tahu.
Masuk tahun kelima, saya ditakdirkan keluar ke tempat bertugas yang majoritinya Islam dan mengajar semula subjek English. Walaupun permulaan yang sedikit tegang, Alhamdulillah Allah lapangkan hati saya dan sejujurnye, saya semakin gembira disana. Bergembiralah dengan apa yang Allah takdirkan buat kita inshaAllah ;).
Saya kembali teringatkan amalan-amalan ringkas ini semasa mengajar. Antara perkara-perkara yang sering kita lakukan ialah tidak berlapik semasa bercakap. Tidak memulangkan segala kepandaian anak-anak kepada Yang Memberi pandai. Contohnya,
Teacher: How are you?
Pupils: I'm fine, thank you.
Langsung tidak ingat Allah.
ATAU
Teacher: How are you?
Pupils: I'm fine, thank you. Alhamdulillah.
Allah tempat terakhir pula.
Seringkali juga kita memuji anak-anak kita seperti,
PANDAI!
BETUL!
BIJAK!
Hakikatnya, kita terlalu perlu sedar dan berlapik ketika berkata-kata dengan memulangkan segala macam kebolehan, kepandaian kepada yang selayakNya. Tanpa izin Allah, semuanya tidak pandai. Semuanya tidak betul dan semuanya tidak bijak.
Maka, saya perlu biasakan lidah ini untuk selalu berlapik ketika anak-anak saya yang ramai ataupun KABIRUL MASYAYIKH saya melakukan perkara yang pandai, betul dan bijak.
MASHAALLAH, well done!
SUBAHANNALLAH, pandai!
ALHAMDULILLAH, bijak!
MASHAALLAH, mumtaz!
Bukan mudah sebenarnya. Satu guru mahu mengawal 35-40 orang anak-anak. Sedangkan di rumah anak-anak 2-3 orang juga, mak sudah menjadi tarzan. Apatah lagi anak-anak 35-40 orang. Jaga-jaga jangan sampai ada yang kepala berlubang, tangan patah, kaki bengkok. MashaAllah memang sangat cabaran.
Terapi hijau. Pokok keladi air yang mententeramkan jiwa setiap kali mata memandang ;).
Kesimpulannya, saya sedang cuba untuk istiqomah meletakkan ALLAH di tempat pertama paling selayakNya DIA. Semoga anak-anak saya yang ramai itu dan KIBARUL MASYAYIKH saya sentiasa meletakkan ALLAH tempat paling istimewa, tempat selayakNya DIA.
2 comments:
Alhamdulillah, satu entry peringatan yg sgt baik. Apa2 pun, Allah kena di hadapan.. :D
inshaAllah nampak simple tapi besa impaknya ;D
Post a Comment