27.6.14

MACoo UKHUWWAH

Selepas Subuh dan baca Al-Kahfi, saya sambung buat kek krim keju. Kali ini khas untuk adik-beradik syurga bulatan gembira saya. Meraikan semarak Ramadhan yang inshaAllah tinggal beberapa jam sahaja lagi. MashaAllah berkat penghulu segala hari, amalan soheh sunnah Ar-Rasul iaitu merutinkan Al-Kahfi terasa barakahnya satu hari ini.

Selepas selesai kek, saya uli donut pula. Dalam masa yang sama sempat juga buat MACoo untuk mereka rasa nanti. MashaAllah dalam masa 3 jam sebelum 930 pagi, semuanya selesai bersama zikir Al-Mathurat. MashaAllah rahmat Allah. Ambil sedikit masa untuk Allah, kerja selainnya, Allah mudahkan. Sifir yang cukup mudah.

Bahagiakan Allah ;).

Semuanya homemade. InshaAllah selepas ini kita cuba pizza pula ;D.

Hadiah semarak Ramadhan saban tahun daripada Makcik (baca: naqibah), sekotak kurma. Jazakillah khairan Makcik.

MACoo dihidangkan di saat akhir asbab saya hampir lupa. MACoo hanya sempat satu dulang sahaj dan baki adunan saya cadang sambung selepas Zohor nanti. Sebagaimana slogan 'Ukhuwwah teras perpaduan', adunan MACoo selepas Zohor tadi tidak mahu ditekan dengan garfu. Ianya berlerai. Mereka mahukan kesatuan. Bulat. Tekad nan satu! Bekerja hanya untuk raih redha Allah! Harapan kami adik-beradik bulatan gembira.

Limited edition. MACoo UKHUWWAH. Kebiasaannya MACoo kami terdapat garisan bekas garfu. Kali ini MACoo ini dibiarkan membulat dengan jayanya tanpa tekanan :P.

Sebalang tempahan untuk Puan Asmara dan sebalang masih available. 

Sebelum itu, saya bukan pembuat dan penjual kuih raya :D. Saya hanya buat sekiranya saya lapang. Semua pelanggan imaNiaga faham polisi kami. Sungguh penantian pelanggan kami, adalah pahala disisi Allah :D. Ini kerja suka hati saya sahaja.

Saya sungguh berhajat untuk menghadiahi bondaku telekong masturah biru jahit dengan penuh kasih sayang :D. Sekali lagi, hari yang penuh barakah. Allah izinkan telekong untuk bondaku siap lebih kurang jam 6 petang tadi untuk dirasmikan pada Ramadhan 1435 inshaAllah maghrib nanti. 

Alhamdulillah puas!

Tinggal selesaikan untuk telekong Ramadhan diri sendiri. Nama sahaja si penjahit amatur telekong tetapi telekong sendiri tidak berganti. Saya sudahkan dahulu. Semoga anda semua telah selamat juga khatamkan Al-Kahfi. Mudah-mudahan amalan ini menjadi asbab kita dan generasi anak cucu cicit dan seterusnya terpelihara daripada fitnah dajjal laknatullah inshaAllah!

1 comment:

Ibu Yusuf Maryam said...

Oooo, ini kisah bulat dan leper ye? Ye kami faham dgn polisi imaNiaga. Hehe..