15.2.14

KEK MANGGA KRIM KEJU BANTAT

14 Rabi'ul Akhir 1435
14 Februari 2014
Jumaat

Minat membaking semakin menebal ;). Siapa sangka saya yang dahulu, yang sangat kekok dengan dapur, akhirnya terjebak juga dengan dapur. Begitulah seketul hati. Hati ini milik Allah. Dahulu hati saya tiada langsung ke dapur tetapi Allah kurniakan hati yang baru untuk saya. Hati yang sentiasa bersemangat untuk sediakan bekalan berkhasiat lagi barakah buat anak-anak. Baiknya Allah T__T.

Jadi, kesinambungan dari entry semalam. Saya cuba buat kek mangga krim keju bertopping mangga yang resepi asalnya saya ambil di blog Di Lesung Pecah. Permulaan yang banyak cacat celanya dan penuh kederhakaan haha! Saya cuba sesuaikan dengan resepi sihat kami.

Kek mangga krim keju tetapi cheese tidak meleleh ;D.

Bahan kek span:
1. Tepung gandum Intasir - 125g
2. Brown sugar - 125g
3. Telur ayam organik - 3 biji
4. Air masak - 25ml
5. Minyak masak cap saji - 50ml
6. Mangga potong - 4-5 hirisan
7. Natural bikarbonat soda - 2 sudu teh

Cara penyediaan:
1. Pukul gula dan tepung sehingga kembang.
2. Masukkan tepung, air, mangga potong dan soda bikarbonat.
3. Masukkan minyak.
4. Letak dalam loyang kegemaran
5. Bakar 160 darjah selama 40 minit.

Hasilnya, kek span saya bantat! Asbab saya terlepas pandang arahan penyediaan di blog berkenaan. Saya masukkan semua bahan sekaligus! Kemudian, ada bahan yang saya derhaka. Contohnya ovalet saya ganti natural bikarbonat soda. Perasa mangga/lemon saya ganti buah mangga sebenar :D.

Bahan cream dan topping:
1. Cream cheese cap T'ja dan cap Tatura - 200g
2. Susu lembu segar (ganti whipping cream) - 100g
3. Brown sugar - ikut manis masing-masing
Pukul semua bahan sehingga sebati.

Cara penyediaan:
1. Saya potong kek span menjadik 4 hirisan nipis.
2. Letak satu hirisan dan lapiskan dengan cream cheese tadi.
3. Saya buat 2 bekas dan setiap bekas dapat 2 layer.
4. Akhir sekali, letak buah mangga potong.
5. Sejukkan untuk kenikmatan dunia sementara :D.

Selepas siap kek saya, saya mendapatkan respon dari mak organik, mak kepada Shaikh Imaad yang mengambil jurusan food tech science semasa di universiti dahulu. Memang beliau tempat rujukan saya :D. Setiap kali mahu beli barang atau telah beli contohnya cheese, cream cheese dan sebagainya, saya akan mendapatkan kepastiannya sama ada baik atau tidak berpandukan kandungan bahan yang tertera.

Orang makanan akan lebih faham bahasa makanan. Mana yang sistem tubuh mampu kenal pasti dan mana yang tidak contohnya milo. Saya memang bukan penggemar MILO sejak azali kerana terlalu manis pada saya dan selepas itu, saya tolak sepenuhnya kerana boikot produk zionis. Mudah-mudahan tanda sayang saudara Palestin saya menjadi amalan paling ikhlas untuk ke syurga Allah T__T.

Rupanya menurut beliau, dalam MILO tersebut ada satu bahan MALTODEXTRIN atau bahasa senang faham ialah simple sugar yang mudah diserap terus oleh darah. Gula biasa memerlukan proses dalam perut tetapi MALTODENTRIN akan terus serap ke saluran darah tanpa perlu proses yang kesannya ialah kita akan cepat kenyang kononnya. Hakikatnya, maltodentrix ini sangat bahaya kerana ianya meningkatkan kandungan gula dalam darah dan boleh menjadi asbab kencing manis dengan izin Allah.

Berbalik pada cerita kek, saya pun bentangkan dengan terperinci apa yang terjadi dengan hasil kek saya untuk tujuan penambah baikkan kepada mak organik kesayangan fillahku ;)
1. Mak Shaikh Imaad mencadangkan untuk perah lemon di mangga kerana apabila manga sudah terdedah kepada udara/oksigen, ianya akan menukarkan warna. Jadi, lemon adalah proses alami untuk melambatkan mangga yang telah dipotong teroksia.
2. Gunakan cream cheese yang sumbernya daripada binatang kerana susu yang akan jadi keju. Padanya, pelik apabila minyak menjadi keju.

Pernah saya beli keju dan beliau minta untuk cek semula kandungan bahan sama ada tertera nama HYDROGENATED yang sekiranya terdapat pada label kandungan sesuatu makanan proses, maka tidak usahlah makan. Memang tidak sihat.

Kusangkakan pendek sahaja kisah kek mangga krim keju bantatku, rupanya panjang berjela :D. Semoga ada info berguna dan mudah-mudahan bermanfaat untuk ummah.

Wahai orang-orang beriman, berhentilah minum MILO dan marilah sama-sama kita mencari makanan yang bersih, suci dan bebas syubhah. Mudah-mudahan lahirlah generasi anak-anak kita yang perkasa tubuh, kuat ingatan dan kental emosi dengan berkat sedikit berhalus menjaga pemakanan inshaAllah!

2 comments:

Fizah said...

milo mmg dah boikot...alhamdulillah...tp vico blh tak kak?

pastu kek tu nmpk ok je...bantat tu maksudnya tak naik ke cmne??

-budakbarubelajar-;p

@LeenShamsh said...

fizah: hehe tgk kek tu mcm kudut je tak kembang mcm span beli kat kedai tu..atas die keras..ke bukan name die bantat? :P

tadi tnye da, vico tak pasti pasal tak tengok kandungan..cer awak tengok kandungan die pahtu bgtau akk :)