20.2.14

UBAT NYAMUK ALAMI

MashaAllah, ajaib!

Semalam entry Puan Alya, mak organik yang sedang membuyung berkenaan penghalau nyamuk yang mujarab dan selamat telah berjaya saya praktikkan dengan semangatnya malam tadi dengan izin Allah memandangkan di rumah iman kami ada lemon dan bunga cengkih sebagai bahan alami menghalau nyamuk.

Bunga cengkih dicacakkan di atas belahan lemon.

Memang musim panas ketika ini, nyamuk pun pestaan! Beberapa hari lepas, saya dan Abdullah hampir tidak mampu tidur sepanjang malam. Kami sedeqah darah kepada para nyamuk dengan ikhlasnya :D.

Bangun pagi, hampir 10 kesan bintat di dahi Abdullah tidak termasuk di lengannya. Walaupun sebelum tidur saya telah spray bilik dan memasang ubat nyamuk elektrik, Allah izinkan para nyamuk bersuka ria juga. Rezeki mereka ;).

Alhamdulillah petua lemon dan bunga cengkih ini mashaAllah sangat mujarab! Nyamuk memang tiada malam tadi! MashaAllah! Benar kata Puan Alya, dari segi saintifiknya, saya pun tidak tahu bagaimana bunga cengkih berkerjasama dengan belahan lemon untuk menghalau nyamuk.

Allah! Zalim saya selama ini. Pernah dibincangkan dalam perbincangan Whatsup mak organik, JLo tentang bahaya ubat nyamuk elektrik dan spray penghalau nyamuk tetapi saya sendiri buntu untuk mengatasi masalah nyamuk yang bernyanyi-nyanyian di telinga ketika mahu tidur. Belum lagi hal menggaru sepanjang malam.

Dari segi kemanusiaan, saya telah bertindak zalim kepada mereka. Spray nyamuk memang menyakitkan mereka sehingga terbunuh T__T. Belum lagi hal nyamuk-nyamuk saya kejar sehingga pecah perut mereka T__T.

Mudah-mudahan Allah ampunkan kami atas kesalahan membunuh makhluk Allah dengan sengaja T__T. Rupanya Allah telah sediakan cara sopan dan penuh lemah lembut mempersilakan mereka keluar dari bilik kami dengan penuh terhormat tanpa perlu menyakitkan nyamuk-nyamuk sekalian.

Wahai para nyamuk, ampunkanlah kami. Kami pun halalkan darah yang Allah pinjamkan kepada kami untuk makanan kalian selama ini. Kita berdamai. Kalian tidak perlu hisap darah kami dan kami tidak perlu membunuh kalian ;).

0-0.

4 comments:

Home4health said...

Alhamdulillahh..

Kita berdamai ye nyamuk.comel ayat mak Muhammad ni :))

@LeenShamsh said...

alya: mek ade care alami ke utk halau natang mcm lipas..semut-semutan pun sedang berkampung senang hati di rumahku..gembire bitul mereke sume

Fizah said...

igtkn ni petua utk halu lalat...nyamuk rupanya ya kak? klu lalat guane plop?

@LeenShamsh said...

fizah: lalat tak tau pulak..akak pun nk tau petue halau semut sebb die gigit hehehe