25 Rabi'ul Akhir 1435
25 Februari 2014
Selasa
Astagfirullah. Menggeletar urat sendi saya menerima mesej dari email mahupun dari Whatsup. Sesungguhnya wahai mak-mak yang diredhoi Allah sekalian, saya tidak layak. Allah pilih kalian untuk kesedaran generasi anak cucu kita inshaAllah. Mudah-mudahan Allah mengampunkan segala khilaf dan silap kita yang telah lepas, hari ini dan akan datang.
Doakan saya untuk kelapangan masa yang berkat untuk siapkan teks ringkas seterusnya berkenaan kepentingan pemakanan ke arah melunakkan hati kerana Allah. Hati yang bersih inshaAllah menjadikan badan yang sihat dan tenang. Badan yang sihat dan tenang mengembalikan fungsi tubuh yang seimbang dan inshaAllah anak-anak kita semua adalah anak-anak yang genius!
Satu perkara besar yang saya cuba buang bermula tahun 1435 hijrah ini adalah cuba untuk menunaikan hak Allah seawalnya terutama waktu Zohor yang mana saya masih di dalam masa bekerja. Selalunya waktu Zohor, saya langgar kerana dunia, dengan alasan susah mahu berurusan dengan tandas dan lantai. Astagfirullah! Bagaimana kita mahu Allah tunaikan permintaan kita, sedangkan kita sentiasa mengecewakan DIA T__T.
Saya mulakan dengan buang perangai buruk saya dengan tidak menyalahkan lantai dan tandas seperti sebelum ini. Saya risau penyapu yang digunakan untuk menyapu bilik sama dengan yang digunakan untuk menyapu kawasan bernajis. Mungkin bersih pada zahirnya tetapi ianya tidak suci.
Itu hanya alasan. Sebenarnya sayalah yang bersalah. Bersalah kerana tidak bersusah payah mencari Allah seawal waktu. Penyelesaian ada dalam diri sendiri. Saya seperti menjadi hamba dunia. Hamba kepada lantai dan tandas. Hamba kepada anak.
Dahulu, ada masa juga saya lewatkan waktu solat saya semata-mata menyusukan anak. Kini, sekiranya Abdullah belum tidur, saya bangun dan tinggalkannya dengan 'suara azannya yang mendayu' untuk menghadap Ilahi. Saya hanya hamba kepada Allah. Tuhan sekalian alam dan bukan hamba kepada yang lainnya T__T.
Kasut getah ini dibeli ketika persediaan menyambut kelahiran Abdullah.
Kasut ini fungsinya untuk tutup kaki saya ketika keluar masuk ke bilik air hospital pada mulanya. Aurat juga adalah hak Allah T__T. Kini, ianya sangat berguna untuk saya keluar masuk tandas bagi menyiapkan diri menghadap Ilahi seawalnya di tempat bertugas. Masalah saya yang perlu saya atasi adalah lantai bilik tempat beribadah.
Selipar bilik.
Selepas selesai di bilik air atau tandas, saya melompat dari kasut getah tadi terus ke atas selipar bilik ini tanpa memijak lantai bilik saya. Kaki saya basah dan lantai kering. Jadi, saya menuju ke atas sejadah terus untuk menunakan fardhu Zohor seawal waktu.
Nampak susah tetapi percayalah khasiat solat di awal waktu ini sangat nikmat. Ianya salah satu proses untuk melembutkan hati-hati yang keras. Buatlah paling kurang 40 hari secara istiqomah, inshaAllah Allah akan gantikan hati yang baharu buat kita semua inshaAllah. Hati yang lebih sensitif kerana Allah dan menyebabkan tunduknya ego. InshaAllah kita menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya T__T.
Salah satu tips untuk merawat anak-anak yang nakal dan degil adalah solat berjemaah di awal waktu selama 40 hari. InshaAllah soleh solehah anak-anak tadi dengan izin Allah.
Buku santai yang mengajak kita menjadi orang baik.
Saya mula terkesan dengan hadiah buku MMR, Mudahnya Menjemput Rezeki daripada sifu kesayangan fillah saya. Dalam salah satu bab di dalam buku itu, kisah sahabat yang sedang membina rumah. Hanya tinggal satu sahaja batu bata untuk selesaikan kerjanya tetapi si sahabat ini berhenti ketika azan berkumandang dan bersiap sedia untuk menghadap Allah. Walhal hanya tinggal SATU sahaja batu bata yang tinggal.
Apabila ditanya, si sahabat menjawab kurang lebih ayat di dalam buku tersebut yang saya ingat, AKU HAMBA KEPADA ALLAH, BUKAN HAMBA KEPADA BATU BATA.
Bayangkanlah masa-masa lalu, bagaimana kita mempersembahkan solat-solat kita kepadaNya? Walaupun kita lalai, leka, Allah tetap Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah tetap biarkan kita bernafas dengan oksigenNya secara percuma. Allah tetap bagi kita makan sampai kenyang. Allah tetap kurniakan pelbagai rezeki. Sayangnya Allah kepada kita T__T.
5 comments:
Allahurabbi.
Peringatan Allah datang ke hati-hati kita dalam pelbagai bentuk.
baru nak tanya apakah sifat buruk yang dibuang, atau, bagaimana membuang sifat buruk. Memang banyak sangat dalam diri.
InsyaAllah. Biiznillah.
Syukron Jazilan, wahai jiran di syurga insyaAllah..
T___T
Mmg tak lari cuai bab2 kewajipan agama ni :(
Terkesan lagi ayat syurga dr UM untuk berubah...Ya Allah, andai diri ini leka,satukanlah hatinya bertaut kepadaku, sekurang2nya aku x lalai dlm mencari redhaMU. Apa yg dicari selama ini byk terbongkar dengan penulisan k'leen.. Alhamdulillah...syukur pada Allah selayaknya..
aza: byk lagi sifat buruk diriku T__T sbb tu solat tu perkare pertama Allah nk tanye sbb bile kite buat sebaiknya inshaAllah otometik Allah lunakkan hati utk jadi baek..byk hikmah T__T
UI: malu dgn Allah..nk mcm2 tapi diriku sentiase culas suruhanNya tepat masa..T__T
reen: T__T mudah-mudahan kita mati dalam keadaan plg bersedie dan tetap dalam iman dan islam T__T
salam, puan minta watsapp saya no 013-3904546(zu)untuk saya ketahui didikan al-quran cara puan lebih mendalam.terima kasih.
Post a Comment