22.2.14

KATA 2

21-22 Rabi'ul Akhir 1435
21-22 Februari 2014
Jumaat-Sabtu

Persetujuan bersama semalam. Selepas solat Jumaat tepatnya. Hanya kata dua. Pertama, boleh dedahkan tetapi saya perlu tanggung segala macam kemungkinan dari A smpai Z. Kedua, sesiapa yang berminat ingin mengetahui lebih terperinci tentang didikan Al-Quran kaedah Muhammad & Abdullah boleh sahaja email saya di attuffahumairah@gmail.com atau Whatsup sahaja.

Sebenarnya tips kaedah ada sahaja saya sebutkan sebelum ini dalam entry-entry yang lepas. Bezanya, 0-3 tahun adalah masa menanam dan umur selepas itu adalah musim-musim menuai yang mashaAllah sungguh mengujakan. 

Alhamdulillah semalam sahaja Muhammad telah sambung bacaan Al-Baqarahnya dari muka surat 17 sehingga 38 dan hafiz Al-Baqarah pasa hari ini. Allah izinkannya telah cerna 2 juzuk dan hampir melengkapkan juzuk ke-3 di usia 3 tahun 7 bulan.

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan? T__T

Menanti buah dari sebatang pokok yang kita tanam memerlukan kesabaran dan keikhlasan.

Alasan suamiku yang tercinta fillah:
1. Hati. Seketul daging ini bukan senang mahu dijaga rapi.
2. Dirinya mahukan privacy hidup berkeluarga. Asbab itu sehingga kini, kami tiada akaun FB, dia sendiri memang tiada laman sosial di telefon bimbitnya seperti whatup dan yang lainnya. Tidak ada satu foto saya mahupun rupa sebenar anak-anaknya di blog ini. Semuanya identiti dirahsiakan. Ianya sangat eksklusif kerana Allah. Maka, saya hormati pendirian dan permintaannya.
3. [Tunjuk dada]. Tanyalah di sini, tanya dengan perasaan paling dalam. Apa sebenarnya yang kita mahukan. Dia lebih suka tidak dikenali penghuni dunia tetapi anak-anaknya cukup mahsyur dikalangan penghuni langit.

Saya terkesima lagi.

Jika ada 50 orang. Dia telah bertemu dengan 48 orang dan saya hanya pernah bertemu 2 orang sahaja. Jika ada 100 orang. Mak saya telah bertemu 98 orang dan dia hanya baru bertemu 2 orang sahaja. Analogi pengalaman mematangkan diri seseorang.

Katanya, apa yang dia nampak hari ini, saya tidak nampak kesannya akan datang. Benar, nasihat suami ketika saya berusia 25 tahun, hanya selepas saya berusia 28 tahun, saya nampak kesan pantang larangnya. Kami pernah tersalah perhitungan. Apabila ianya melibatkan jodoh, jika tiada jodoh, terlalu bersalah rasanya. Maka, belajarlah dari pengalaman.

Bukan merahsiakan, ianya sama sahaja kaedah seperti Puan Lina Karim ajarkan dan penekanan Ustazah Aishah, cuma skopnya lebih besar kepada 30 juzuk Al-Quran sejak bayi dan dari segi penjagaan hati. Allah gantikan hati yang baharu buat saya. MashaAllah, saya sungguh bahagia dengan hati yang baharu ini.

Untuk mendapatkan hati yang baru, saya melalui pelbagai proses secara berperingkat sehinggalah Allah izinkan rezeki anak-anak saya menghafal tidak tersekat-sekat asbab kelemahan saya dalam pengurusan hati. Uniknya hati ke hati. Hati ibu kepada hati anak-anak.

InshaAllah mungkin saya boleh berkongsi perangai-perangai buruk saya yang saya belajar kikis dan buang terus dalam diri saya yang menjadi asbab turunnya rahmat Allah buat anak-anak pula. Ianya memerlukan proses dan konsisten. Hanya selepas lebih kurang 40 hari, mashaAllah ianya sangat berkesan.

Hanya ada solat dalam solat. Hanya ada doa dalam doa. Tiada selainnya. Ini bukan mudah. Belajar untuk suka dengan apa yang Allah bagi kepada kita atau erti kata lain bersyukur. Allah turunkan ujian dengan beriringin hikmah dan rahmat. Maka, usah pernah mengeluh. Betapa Allah terlalu sayang pada kita semua.

Baiki dan rawatlah hati. InshaAllah rahmat dan kasih sayang Allah sangat dekat T__T.

5 comments:

mamawana said...

Assalamualaikum

Indahnya kehidupan di sini dan di sana andai punya anak2 yg hafiz Al Quran.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam UM,semoga anak2 UM akan menjadi Al HAFIZ seperti mana impian UM & Suami.Aaminnn


Okey,Resepi Tiramisu



1 peket biskut marie Munchy perisa capucinno/original (320gm kalau tak silap)
500gm cream cheese
2 biji telur
1 cawan gula pasir- kisar bagi halus
1 1/2 cawan whipped cream
1 sudu kecil esen vanilla
sedikit lemon zest-optional

2 cawan air panas*
1 sudu besar serbuk nescafe*

bahan hiasan:
serbuk koko secukupnya
buah-buahan pilihan

cara2:
- satukan bahan bertanda *. ketepikan
- dengan mixer. putar cream cheese dan gula kisar hingga kembang ie bertukar warna
- masukkan telur. putar sebati. masukkan pula whipped cream. putar hingga sedikit kental
- sediakan loyang kaca atau gelas2 kecil
- celupkan biskut marie dalam bancuhan air nescafe tadi
- susun dalam loyang, hingga menutupi dasar loyang. tutup lapisan biskut marie dengan adunan cream cheese.
- ulang proses layering tadi hingga biskut marie habis dan ditutpi dengan cream cheese pada permukaan paling atas
- ayak sebuk koko dan hiaslah dengan buah-buahan pilihan. sejukkan dalam fridge..lepas 3 jam baru makan!

@LeenShamsh said...

mamawana: mashaAllah mudah2an al hafiz yg beramal dgn apa yg dihafalnya inshaAllah ;)..semoga anak2 kita semue kak ;)

kaktie: ameen! jazakillah kaktie..sekut kene buat dgn serbuk nescafe ganti coklat ke kan heheh..iduk pernah ade nescafe :P

raihana said...

Ummu muhammad,boleh email saya kaedah yg pn praktikkan utk hafalan quran anak2? Blh on bg no wapp jg?lbh mudah utk bertanya..jzkk.iji email saya..eastlah@yahoo.com

@LeenShamsh said...

sy email ;)