17.5.13

HADIS PALSU POTONG KUKU

Jumaat yang barakah! Allahukakbar! Allah gerakkan saya post tentang kebiasaan Jumaat saya dan anak-anak setiap hari Jumaat dan Allah jugalah gerakan insan-insan yang lebih 'alim untuk menegur berkenaan hadis palsu memotong kuku.


Saya terus menghubungi sahabat saya yang mana zaujnya merupakan penyarah hadis dan penulis buku 40 hadis palsu untuk kepastian. Adat manusia yang lemah seperti saya, sudah menulis barulah mahu membuat rujukan ;D. Maafkanlah hamba. Menurutnya, hadis yang sahih tentang amalan hari Jumaat adalah berkenaan mencukur bulu ketiak ;).

Sebelum itu, saya sempat juga google berkenaan hadis dhoif tersebut. Allah! Selama ini beramal dengan hadis dhoif rupanya T__T. Allah masih sayang dikirimkan saudara-saudara seislam untuk saling ingat dan berpesan-pesan.


Boleh google tentang soalan hadis palsu contohnya seperti di blog ummuabdullahsyakir.blogspot.com. Di penghujung Jumaat ini, saya mengucapkan terima kasih dan salam ukhuwwah fillah buat Puan Nihlah yang sudi menegur kerana ianya bukan sahaja bermanfaat buat saya tetapi mungkin ada pembaca blog BAi yang tidak tahu tentang ini. Moga saham jariah terus mengalir selagi mana orang-orang lain mendapat ilmu daripadanya serta beramal dengan hadis-hadis soheh inshaAllah!

Pemberitahuan: Untuk mengelakkan kekeliruan, entry sebelum ini saya mansuhkan ;).

7 comments:

FADLUL & FIFAH said...

ha ah..hr tu dgr yg ust.don..dia pun kta takde hadis yg ckp pasal urutan tu..

Anonymous said...

http://muslimafiyah.com/sehat-dan-sunnah-mencabut-bulu-ketiak-kalau-sakit-gimana.html

Sis tiada hadith cukur bulu ketiak hari jumaat cuma ada hadith cabut bulu ketiak..

Maaf atas salah faham di msg...

NoEn said...

tapi kalau buat juga menjadi kesalahan ke tak?

Unknown said...

Tq UM..baru ku tahu..selama ni mmg ikut turutan tu..huhu...

IntaNBerliaN said...

ooo kalu g2, yg org share sblm ni tu sl la yer

kruzz said...

Hukum beramal dengan hadis dhoif...
UAI http://www.youtube.com/watch?v=LvKfjG10mik

ruslina said...

Memang tidak ada hadith ttg cara potong kuku. Yg ada disunnah potong hari Jumaat. Berhati2 lah menyebarkan benda berkaitan agama. Nabi saw mengharamkan dusta atas nama baginda (sebar hadith palsu).