26.4.12

Contest Ibu Kau Inspirasiku

Bayt Al-Iman telah ditag oleh Puan Myda Ahmad ;)

Klik foto untuk berukhuwwah fillah insyaAllah! ;)

'doakan mak panjang umur untuk melihat kehidupan kau akan datang. Siapa suami dan anak-anak kau jadi apa'

Menitis air mata remaja saya ketika itu. Alhamdulillah dengan apa yang saya ada hari ini, boleh saya katakan semuanya berkat doa seorang mak. Bukan mendabik dada mengatakan saya baik, Alhamdulillah sepanjang kehidupan saya lebih-lebih zaman kritikal remaja, saya cukup tidak menyusahkan hati seorang ibu sehinggalah saya menamatkan zaman remaja saya seawal usia 22 tahun lagi dalam keadaan mak yang cukup payah melepaskan.

Fasa Bayi
Mak adalah inspirasi saya! Saya merupakan anak ketiga dari 5 beradik. Jasa mak yang paling besar dan saya tidak akan mampu membalasnya sehingga saya mati sekalipun adalah air susunya. Saya disusui emak sehingga dan berhenti sendiri pada suatu masa kerana menurut mak, mak mengandungkan adik lelaki saya, anak keempatnya ketika saya berumur setahun 3 bulan. Selepas itu, saya tidak mahu pula menyusu dengan susu lain membuatkan badan saya kurus kering dan berkepala besar ;). Asbab itu apabila sejarah itu berulang seperti saya sekarang yang hamil anak kedua ketika anak pertama saya setahun 2 bulan, mak berleter menyuruh mencari susu lain supaya anak saya mendapatkan zat yang secukupnya dan tidak mengulangi sejarah badan kurus kepala besar ;). Ketika mengandungkan 2 orang kakak saya, pembacaan dan pengetahuan mak terbatas tentang kepentingan susu ibu, jadi mereka berdua tidak sempat merasai puas menyusu dengan susu ibu seperti saya. Kedua adik lelaki saya pula, puas menyusu sehingga 4,5 tahun lamanya. Namun pembawakan saya seorang dalam keluarga memang berbeza dengan 2 situasi kakak-kakak dan adik-adik saya. Ini bukan fakta tetapi pemerhatian mak sendiri. Jadi, mak adalah inspirasi kami adik-beradik perempuan terutama saya dan kakak kedua saya yang sememangnya mengamalkan penyusuan eksklusif selagi mampu sehingga target 2  tahun walaupun kami berkerja. Alhamdulillah saya bersyukur kerana saya mampu setakat takdir yang Allah tentukan untuk menyusukan anak pertama saya dengan sokongan padu suami dan berkat doa dan tunjuk ajar mak pasti dengan izin Allah.

Fasa Remaja
Dari segi pembelajaran pula, saya bukan pelajar cemerlang dengan minda cepat kelas pertama. Begitu juga kehidupan sosial saya. Saya cukup berpegang dengan pesan mak, lelaki dan perempuan umpama magnet. Jangan biarkan lelaki sentuh sebelum berkahwin. Alhamdulillah asbab pesan mak yang saya sentiasa ingat, saya menjalani kehidupan remaja yang biasa-biasa juga. Saya juga beruntung dikurniakan teman-teman yang baik-baik dan ditempatkan di dalan suasana tempat belajar yang sihat. Dalam pembelajaran pula, saya seorang yang study hard dan tidak smart. Saya masih ingat saya kerap sakit kepala zaman belajar SPM. Mak saya walaupun seorang yang garang dan berpewatakan 'bengkeng', namun mak tidak pernah jemu menghantar air susu sebagai teman saya belajar. SPM saya biasa-biasa sahaja, dihiasi A dan B. Dengan kelas minda yang saya ada, mak memang mengharapkan saya menjadi seorang pendidik. Berkat solat hajat dan doa mak berpanjangan, saya berada ditempat saya hari ini. Tidak kaya dan tidak pula miskin kerana seorang pendidik tidak mungkin akan kaya-raya.

Fasa Ibu
Hari ini, saya adalah seorang ibu sama seperti mak. Allah izinkan saya merasa lelah membawa perut walaupun baru mahu masuk 2 orang. Allah izinkan saya merasa sakit bersalin sama seperti mak saya. Saya juga antara anak yang paling susah keluar. Normal tetapi dengan kaedah 'forcep'. Saya yang bersalin normal sekalipun sudah merasa sakitnya jihad bersalin apatah lagi mak yang bertarung nyawa mengeluarkan saya yang seberat 3.9kg dengan kaedah 'forcep' dengan memasukkan besi. Mak selalu berkata, apalah perjanjian engkau dengan Allah sehingga payah sangat mahu keluar. Rupa-rupanya saya betul-betul terasing daripada adik-beradik yang lain.

Hari Ini
Alhamdulillah perjalanan kehidupan saya sehingga hari ini tampak mudah asbab doa mak buat saya yang berpanjangan. Walaupun saya dibesarkan dalam keluarga bukan roh orang beragama dan bukan disekolahkan di sekolah agama, namun pembawakan saya cukup berbeza. Pembawakan saya banyak bertentang dengan persekitaran dan cara saya dibesarkan. Kedegilan asbab fikrah yang terbentuk berbeza dengan suasana, saya berdoa Allah kurniakan suami yang lebih kuat pegangan agamanya berbanding saya kerana saya cukup sayang dengan taufik dan hidayah Allah buat saya. Alhamdulillah asbab doa mak 'doakan mak panjang umur untuk melihat kehidupan kau akan datang. Siapa suami dan anak-anak kau jadi apa', Allah kurniakan suami soleh buat saya yang mudah-mudahan kekal sampai syurga. Sehingga hari ini juga, apabila saya keletihan dan sakit, penawarnya selalu ada pada mak. Belaian dan gosokkan tangannya sahaja, sudah memadai untuk melegakan sagala kesakitan urat saraf. Aduhai mak! Sungguh kau inspirasiku!

Akan Datang
Saya berdoa supaya anak-anak saya membesar sebagai orang yang mengamalkan hidup beragama jauh lebih baik dari kehidupan saya sekarang. Cara hidup para ulama' yang AMAL. Mak juga tidak sabar menanti perjalanan kehidupan cucu-cucunya pula. Bila Muhammad mahu cakap, nenek nak dengar Muhammad mengaji, ayat mak yang selalu dikatakan kepada putera sulung saya yang sememangnya faham matlamat baitul muslim saya dan suami. Walaupun berbeza cara berfikir, mak cukup hormat kepada pendirian kami sekeluarga. Oleh itu, saya cukup percaya dengan kekuatan doa seorang ibu yang memang tiada hijabnya. Segera dimakbulkan dan doa-doa mak cukup memberi inspirasi dalam kehidupan saya sehari-hari. Betapa seorang ibu perlu berhati-hati dalam percakapannya kerana semua yang keluar dari bibirnya adalah DOA. Sebutlah perkara yang hebat-hebat buat anak-anak kita dan mudah-mudahan mereka semua bakal menjadi insan hebat terutama disisi Allah insyaAllah! Mudah-mudahan dengan amal baik saya dan seterusnya generasi cucu dan cicitnya sehingga ke akhirnya, menjadi asbab emak mudah masuk syurga tanpa dihisab. Mak sesungguhnya kau inspirasiku!

Bayt Al-Iman suka hatinya tag blog Jemari Asmara, KAMIIntan Berlian ;D.

7 comments:

IntaNBerliaN said...

mcm best je.. nak join gaklah nanti.. cr idea dulu..hihii

Ruse Sulaiman said...

Good luck! Besar juga UM masa baby ya. Doa seorang ibu adalah senjata utama buat anak. Saya percaya yang itu dan memang setiap ibu akan doakan yang terbaik buat anak mereka

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam ummu Muhamad..sedih & sebak baca kisah n3 ini..begitulah pengorbanan seorang ibukan.
Good Luck..semoga ada rezeki Muhammad & 'adiknya'..Aminnn

Ibu Yusuf Maryam said...

Saangat tacing baca n3 ni.. semoga berjaya UM. Ibu Yusuf masih gagal dalam karangan walaupun SPM dulu BM tak failed.. hehe..

Ps: Fuh, tarik nafassss lepasss.. 3.9 kg?

@LeenShamsh said...

intan: mak org yg dekat dgn kite tapi kdg2 nilaian seorang mak tu tak mampu nk diterjemahkan habis dengan kate2 ;)

ummi iman: kite pun sgt percaye dgn doa ibu..betapa Allah mengangkat mulia yang namanya ibu walau ape sekalipun bawaan die

kaktie: yg menaip nipun sebak kaktie.. T_T

ibu yusof: hohoo dakulah yang paling beso..dah masuk hospital ingat sakit nak bersalin dah bukak 2cm, pastu tak sakit keluar hospital balik, mak sempat makan sate dengn abah..baru masuk semule..tu yg mak kate ape perjanjian yang susah sgt nak keluar tuh ;)

NoEn said...

waa..so touching la bila bca posting ummu muhammad ni..

aish...kita bab wat karangan ni fail la..

@LeenShamsh said...

noen: lepas buat entry ni..boleh nangis kenangkan mak mase drive nak pegi keje jumaat lepas..feeling sorg2 dgr lagu kat ikim ;)