21.7.13

PERUBATAN ISLAM (6) l MENCAPAI MDG4 DAN MDG5 (REDUCE CHILD MORTALITY AND INCREASE MATERNAL HEALTH)

BACA! EDISI IBU HAMIL!

Pada pendapat saya adalah tidak adil memberikan zat besi kepada ibu mengandung tanpa membetulkan semua keadaan ini pada mereka. Kebanyakan ibu mengandung tidak boleh menerima ferrous fumarate yang diberikan kerana mereka mempunyai usus yang sihat. Atas sebab inilah kadar intolerance kepada ferrous ini berlaku pada penduduk luar bandar yang banyak memakan makanan semulajadi.

Ada juga ibu yang tidak muntah tetapi mengalami sembelit dan tahi kehitaman. Ferouslah yang memberikan warna hitam pada najis .Ini menunjukkan zat besi tersebut berkumpul di dalam najis dan tidak diserap. Apa yang membimbangkan adalah pesakit yang memakan ferrous fumarate dengan baik tetapi najisnya tidak berwarna hitam. Ini menunjukkan ferrous telah diserap ke dalam sistem peredaran.

Ferrous fumarate ini tidak bertindak sebagai zat besi semulajadi, ia akan dianggap sebagai bendasing dan akan cuba disingkirkan, biasanya renal tidak dapat melakukan kerja ini , maka zat besi ini akan terdeposit ke otak dan hati. Ini jugalah pada pendapat saya etiologi kepada gangguan sistem pembekuan dalam ibu mengandung dan HELLP syndrome dan post partum hemorrhage.

Sama ada percaya atau tidak adalah lebih berbaloi kerajaan menyediakan sumber kurma dan madu asli kepada semua ibu mengandung dan ini boleh dijadikan sebagai kajian dan ianya tidak memudaratkan asalkan tidak diambil berlebihan.

Saya juga percaya kepada kelahiran tanpa intervensi dan percaya dalam Al-Quran bilamana Maryam mengasingkan dirinya untuk melahirkan anaknya Isa adalah satu yang patut difikirkan dan saya sudah mengolah teknik natural birthing in Islam. Kelahiran sebegini tidak berisiko langsung dengan syarat pesakit berjumpa dengan doktor yang mengamalkan perubatan Islam ini dari awal mengandung.

[sumber gambar hiasan]

Puan Tabib Terpercaya

3 comments:

NoEn said...

tahukah anda bahawa pil asid folik untuk ibu mengandung dan bakal ibu mengandung adalah tidak bagus? hehe...tgh makan REAL food yg contain high folic acid ;p

@LeenShamsh said...

heeee puan noen lain mcm je makanan u tu..2014 kan? :D

ape tu real food contain acid folic??

@LeenShamsh said...

heeee puan noen lain mcm je makanan u tu..2014 kan? :D

ape tu real food contain acid folic??