10.3.13

LAHAD DATU VERSI MONGGOL (5) BANDINGKAN!

Assalamualaikum WRT, 

Mencelah penulisan UM. Tertarik pula dengan `sejarah yang berulang`. Kita sendiri pun sebenarnya sedang mengulangi sejarah manusia-manusia terdahulu. Tanyalah diri kita sejarah manusia mana yang kita sedang ulang? Adakah sejarah manusia yang taat pada perintah Allah atau sejarah manusia yang ingkar perintah Allah? Jika amalan harian kita menelaah definisi, erti, maksud Al-Quran satu muka surat sehari, PASTI sekali kita akan jumpa sejarah manusia-manusia terdahulu yang kesahihannya tidak boleh dipertikai dan kita perlu ingat Al-Quran itu releven, sesuai hingga akhir zaman bermakna sejarah manusia yang dinyatakan di dalamnya akan berulang hingga akhirnya.


PENGULANGAN SIKAP/SIFAT MANUSIA dan kejadian serta kesannya sama. Manusia yang zalim, manusia yang sembah berhala, manusia yang tamakkan harta, manusia yang menipu/bohong, manusia sombong, manusia munafik, manusia yang menggunakan agama, manusia yang derhaka ibu-bapa/suami, manusia yang belasah isteri, manusia penzina dan berjenis-jenis lagi manusia yang ingkar perintah Allah, lihatlah bagaimana Al-Quran menceritakan sejarah mereka dan bandingkan dengan sejarah manusia yang berada di depan mata kita.

Kejadiannya sama, kesudahannya serupa. Penting juga saya rasa kita ambik masa sekejap untuk merenung dan memikirkan manusia disekeliling kita yang pernah bersama kita sama ada masih di sini atau sudah kembali ke ALAM yang kekal. (saya cadangkan sejarah hidup yang boleh kita kaji, jangan cari yang susah-susah. Cuba kaji sejarah manusia yang suka tengok tv yang melalaikan dengan manusia yang suka baca al-Quran. Manusia yang asyik bersukan dan langsung tak kenal masjid dengan manusia yang bersukan tapi selalu ke masjid) Bagaimanakah sejarah hidup mereka? dan yang lagi PENTING kita renung dan fikir sejarah hidup kita yang sedang kita tulis sekarang dan kita dah boleh jangka kesudahanya nanti bagaimana. Baca dan cuba fahamkan Al-Quran jawapannya ada di sana.

Moga bermanfaat dan sebarang kesalahan mohon diperbetulkan.

2 comments:

mamawana said...

Assalam,

Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya); (7) Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu? (8) Dan puak pihak kiri; alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu? (9) Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak)
Al-Waqiah


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? Ar-Rahman

syiela said...

tq atas perkongsian