4.5.12

EPISOD 24: MASJIDIL HARAM

Hari 8, Isnin
21 Rabiul' akhir 1433H : 19 Mac 2012
Makkatul Karamah

Muhammad & adik hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Balik dari ziarah kedua kita ke Arafah, Muzdalifah dan Mina di entry Imaginasi Haji yang lepas, ibu memang tersangat letih sehingga tidak mampu untuk berjalan ke masjid untuk Zohor. Hanya ayah sahaja yang memang penuh berjemaah di Masjidil Haram tanpa ponteng walaupun jarak pejalanan memang jauh. Mudah-mudahan 'hati masjid' seperti ayah yang mana pemuda yang hatinya terpaut kepada masjid termasuk di dalam 7 golongan yang menerima arash Allah di padang mahsyar nanti, dicontohi oleh panglima-panglima Allah yang telah dan bakal keluar dari rahim ibu insyaAllah! Ibu duduk di majlis ilmu pagi tadi untuk yasin dan tazkirah 7 golongan yang dijanjikan perlindungan Arash Allah di padang mahsyar nanti.

Asar
Alhamdulillah dengan sisa kekuatan yang ada, ibu gagahkan kaki untuk Asar pula. Mengenangkan amat rugi untuk tidak ke Masjidil Haram walau untuk iktikaf yang entah bila lagi ada rezeki kita ke sana. Dengan usia kandungan yang telah 5 bulan setengah ketika itu, matlamat ibu tidak menggunung tinggi untuk solat di hijir ismail, mengucup hajaatul aswad mahupun membuat umrah berkali-kali. Apa yang ibu set sejak awal hanya untuk iktikaf disamping mengenangkan Muhammad dan adik. Biarlah Muhammad dan adik berlama-lamaan di dalam masjid supaya cinta akan masjid telah sebati sejak di alam rahim ibu lagi insyaAllah!

Mekah vs Madinah
Apabila dibandingkan Mekah dan Madinah, benarlah apa seperti yang didakwa blogger-blogger yang pernah ke sana bahawa Madinah lebih tenang berbanding Mekah. Patutlah juga Prof. Kamil memilih Madinah sebagai tempat menetapnya. Suasana Madinah dan Mekah memang berbeza. Sekiranya menyoroti sirah kita, dakwah awal Rasulullah SAW sememangnya tidak diterima di Mekah dan hanya segelintir yang beriman walau Baginda telah berdakwah 13 tahun lamanya menanam iman dan taqwa. Kemudian, Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah dan tertubuhnya sebuah kerajaan pertama di dunia ini dengan mudah. Setelah itu, barulah tertubuhnya sebuah negara di Mekah. Oleh sebab itu Madinah mendapat jolokan kerajaan pertama manakala Mekah pula disebut sebagai kota yang tertua di dunia. Jadi, tidak pelik sekiranya atok Oman yang kita temui di dalam kapal terbang mengatakan orang Madinah adalah orang terbaik di dunia. Bahasa dan riak muka mereka lebih halus melambangkan keterikatan yang begitu erat antara Ansar dan Muhajirin ketika hijrah Rasulullah SAW ke Madinah.

Ka'bah
Walau bagaimana tenang sekalipun di Madinah, Mekah tetap lebih istimewa kerana di sanalah tempat perhimpunan ummat Islam di seluruh dunia dengan niat semata-mata hanya untuk beribadat kepada Allah. Binaan gah ka'bah pasti memukau sesiapa sahaja yang datang. Rumah Allah yang merupakan kiblat ummat Islam diseluruh dunia pasti menggamit-gamit jemaah untuk datang lagi dan lagi tanpa jemu. Cuma satu yang perlu kita pasti, ka'bah hanya suatu binaan dan bukan sembahan. Ibu teringat yang di atas langit juga terdapat Baitullah yang dipanggil Baitul Makmur untuk para Malaikat. Sahabat ibu di Gombak yang mana keluarganya biasa menunaikan umrah ketika bulan puasa yang mana ganjarannya seolah-olah mengerjakan ibadat haji, memberitahu yang pada malam lailatul qadar, langit di atas ka'bah terbuka dan memancarkan cahaya yang berkilau-kilau yang tidak pernah dilihat abangnya yang ketika itu menunaikan umrah dan segera menghubunginya di Malaysia untuk siap menyambut lailatul qadar. InsyaAllah itulah malam lailatul qadar yang dinanti-nanti oleh semua umat Islam. Mungkin kilauan cahaya yang berwarna-warni memukau indah itu adalah malaikat-malaikat yang turun ke bumi. Subhanallah!

Aduhai! Rindunya ya Allah!

Keistimewaan Mekah
Masjidil Haram terlalu banyak barakahnya. Bayangkanlah masjid pertama ummat Islam. Ibu tidak berhajat untuk menceritakan secara details sejarah pembinaannya dari semasa ke semasa sehinggalah hari ini. Apa yang pasti kerajaan Saudi terus menerus melakukan pengubahsuaian demi keselesaan jemaah. Terbaru, kawasan tawaf akan dibesarkan lagi seperti mana yang diwar-warkan oleh berita baru-baru ini. Sekali lagi tanpa jemu ibu sertakan kajian dari sudut saintifik berkenaan ka'bah yang pernah ibu kepilkan di entry UMRAH PERTAMA sebelum ini. Antaranya keistimewaan Mekah dan Ka'bah:

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. Semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka'abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Selipar/Sandal Baru
Selepas Asar, kita berjalan pulang ke apartment dan singgah di sebuah kedai yang menjaul kasut. Aduhai harganya. Si peniaga yang boleh berbahasa Melayu kita mengatakan ayah BELIT dan ibu TIDAK BELIT. Sahaja untuk mengambil hati. Bayangkanlah selipar yang umpama selipar jenama crocodile ibu yang dibeli dengn haga 40 ringit lebih yang hilang tempoh hari, berserta dengan selipar untuk ayah, semuanya adalah 150 riyal saudi dalam keadaan kualiti seperti selipar crocodile ibu yang hilang itu. Si peniaga sempat menjeling kasut kulit yang sedang ibu pakai sambil berkata sesuatu kepada pekerjanya. Ayah pula hanya berselipar tandas, pinjam daripada fuang. Penghabisan tawar menawar, kami perlu bayar 100 riyal untuk selipar dan sandal ayah yang menurutnya diperbuat daipada kulit unta. Kata dia daripada kulit unta ;). Alhamdulillah ada juga selipar atau sendal yang selesa buat ibu dan ayah.

Kenangan Makkatul Karamah yang masih ada sehingga kini ;).

Hari ini hari ke-8. Maghrib nanti masuk pula hari ke-9 kembara kita di tanah haram. Hari ke-10 selepas jamak qasar zohor dan asar di dalam waktu zohor, kita akan terbang semula ke tempat kita. Begitu padat dan singkatnya masa berlalu selama 10 hari itu, rasa ingin pergi lagi ;). Masuk hari ke-9, ada lagi nikmat ujian yang menanti ibu. Namun, ibu cukup percaya dengan segala ketetapan Allah itu ada hikmahnya. InsyaAllah ibu kembali mencatat kembara kita di episod akan datang insyaAllah pasti dengan izin Allah!

7 comments:

Ruse Sulaiman said...

Muhammad selesa juga ya berpakaian ihram. Takde rezeki agaknya selipar hilang dan mungkin ujian Allah di sana. Cantik juga selipar baru tu. Ayah iman dah biasa jalan pakai selipar tat seng ;) beli yg mahal2 memang cepat hilang. Selipar saya murah je takde org nk ambil ;) walaupun dalam hati tengah fikir2 nk beli yang mahal sikit

Ibu Yusuf Maryam said...

Baca 2-3 kali nak faham, tp tak faham2 juga. Hehe.. apa makksud belit tak belit tu?

@LeenShamsh said...

ummi iman: selipar yg hilang tu dalam bakul stroller pun cap pingpon..selipar ayah muhammad 10 ringit seliper getah hehe..ibu muhammad punye pulak crocodile yg dah pakai bertahun tak ganti2..tahan jugak walau 40 ringgit lebih..hilang dgn stroller sekali..ujian Allah..kami kurang sedeqah agaknye ;D

kak zefa:peniage tu letak harge tinggi..kami pun bincg2lah mane boleh mahal sgt mcm tuh..tu yg bile tawar2 die cakap ayah muhammad belit..kite tak belit..ayat pak arab mangayat hehe..die tak tau si ibu muhammad ni lagi brutel..jgn main2..dapatlah 100 riyal..

p/s: mcmmane nak terng pun tak taulah heheh

NoEn said...

subhanallah...istimewanya kaabah

p/s: muhammad kelihatan sungguh cute dlm pakaian ihramnya

@LeenShamsh said...

istimewanya di hati noen ;) memang org kate hujan batu di negeri sendiri dan kita yang biase dgn warne hijau pokok2 akan nampak kelabu je di tanah arab, namun istimewanya di hati..ka'bah yang sgt istimewa menggamit hati siapa sahaja utk pergi dan pergi lagi ;)

mummyrinazone beauty said...

teringginnya nak pegi,harap Allah beri rezeki lebih n permudahkan urusan ke sana insyaallah

@LeenShamsh said...

nurul: amin mudah2an ade rezeki merah dgn sofoa untuk dapat doa mama di sana ;)