11.5.10
HIBURAN MELALAIKAN
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1. Disebut dalam kitab/buku الحيق المختوم: بحث السيرة النبوية علي صاحبها الصلاة والسلام
Al-Rahiq Al-Makhtum. Sirah Nabawiyyah S.A.W yang ditulis oleh Safiyyu Al-Rahman Al- Mubarakfuri:
Dalam riwayat oleh Ibn’ Abbas menggambarkan bahawa al-Nadr telah membeli beberapa orang penyanyi wanita. Pantang dia mendengar ada seorang lelaki yang cenderung kepada nabi Muhammad s.a.w maka dihantarnya salah seorang penyanyi itu untuknya, agar hilanglah kecenderungannya kepada Islam. Terhadapnya, Allah menurunkan firmanNya:
“Dan ada di antara manusia: orang Yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan Yang melalaikan; Yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah”.(Luqman:6)
2. Para pembaca boleh menyemaknya pada muka surat 133 kitab/buku ini terjemahan Bahasa Melayu. Meneliti perkara ini tidakkah kita terfikir bahawa kaedah ini yang digunakan oleh musuh Islam sekarang untuk melalaikan kita daripada Islam. Hiburan dihidangkan semahunya dan bermacam-macam cara untuk memesongkan hati umat Islam supaya jauh dengan cara hidup Islam.
3. Satu contoh yang boleh difikirkan bersama iaitu televisyen. Televisyen menyiarkan program agama, dimana ia boleh mengajak hati kita cenderung kepada Islam, takut kepada Allah, rasa mula hendak insaf dan sebagainya. Tetapi selepas siaran agama tersebut apa pula yang disiarkan? Program hiburan, nyanyian, perempuan seksi yang mengasyikkan, kisah-kisah cinta, tahyul dan sebagainya. Tidakkah ini akan membalikkan semula hati kita yang tadi telah cenderung kepada iman, takut kepada Allah dan rasa hendak insaf? Tidakkah ini mempunyai persamaan seperti apa yang dilakukan oleh al-Nadr terhadap dakwah Rasulullah.
4. Susah jugak untuk mengatakan tidak pada televisyen kerana kita berhadapan bukan sahaja dengan orang yang tidak faham agama tapi juga mereka yang faham agama dengan pelbagai alasan. Ada yang akan melebelkan kita ini syadid sangat. Ada yang akan cakap nanti anak-anak kita akan pergi rumah orang lain tengok tv. Hidup tidak ‘update’. Sama-sama kita fikir dan bandingkan dengan contoh-contoh lain seperti telefon bimbit yang boleh menyimpan pelbagai hiburan, majalah hiburan dan sebagianya.
5. Kenapa kita susah untuk berubah walaupun kita telah mendengar pelbagai nasihat agama, diberi pelbagai petua agama untuk berubah menjadi baik, sehinggakan kita pernah menangis menyesal atas perbuatan jahil kita, tapi penyesalan itu tidak kekal. Sekejap cuma keinsifan kita tadi.Kenapa? salah satu puncanya ialah HIBURAN yang melalaikan.Fikirkanlah kisah yang berlaku kepada Rasulullah dan ayat Al-Quran tadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Assalamualaikum..
Memang betul apa yang adik katakan di atas. Terlalu banyak lambaian-lambaian yang melalaikan anak-anak kita dan masa yang sangat berharga berlalu begitu sahaja. Kita boleh buat peraturan agar anak-anak kita hanya memilih rancangan tv atau rancangan astro yang memberi kebaikan dan pelajaran sahaja. Tetapi adakah kita akan sentiasa ada peluang untuk mengekang mereka? Bagaimana pula bila mereka berada di luar dari kawalan kita? Kita sering terdengar cerita pelajar sekolah agama yang berkelakuan kurang sopan bila mereka sudah mula hidup sendiri dan jauh dari kawalan ibu bapa. Pokok pangkalnya adakah mereka kenal dengan sebenar-benar kenal Tuhan yang mencipta alam ini dan kesedaran yang mendalam untuk apa mereka dilahirkan di atas muka bumi ini. Bila mereka kenal Allah, mereka akan cinta dengan sebenar-benar cinta. Apa yang ada dalam diri mereka inilah yang akan menolak yang bathil tak kira di bumi mana mereka berada. Jadi adalah tanggung jawab ibubapa untuk menanam akidah yang mendalam hingga tida galang gantinya hatta nyawa mereka. Atas kesedaran inilah kami buat homeschooling anak-anak dan cucu-cucu. Kita dapat memilih sendiri ilmu apa yang perlu untuk anak kita tanpa membuang masa dengan sesuatu yang dipelajari hanya untuk lulus peperiksaan sahaja dan selepas itu....buku kemana dan mereka tak dapat apa-apa untuk dipraktik dalam kehidupan mereka.
Wallahualam bi sawab.
-HAFIDZ GUIDANCE-
waalaikumusaalm..saya sangat tertarik dgn kaedah homeschooling yg pade saye lagi logik..prof hafiz boleh tahu yg mana satu? ;)
itulah sebabnye kami di bayt al-iman memang tk mahu tv..sebenarnye lebih utk kami..kurag sikit maksiat mate+telinge+mulut ;)
saye sgt support homeschooling insyaAllah!
Assalamualaikum...
Saya suka bacsa post saudari...sy pn sekarang br bermula dengan tiada tv di rumah....harap saya dan keluarga boleh beristiqomah macam awak....
Waalaikumusslm puan mama..setakat hari ni lebih 5 tahun kawn dan 5 taun jugak tnpe tv
ianye sihat :D. anak2 senang mengapal dengan izin Allah tanpe unsur gangguan mcm tv ;)
Post a Comment