21.5.10
KAMU ANAK JANTAN!
“Aku ingin menyampaikan dakwah ini sampai kepada janin di perut ibunya.” -Hasan Al-Banna-
Sukar!
Suatu pencarian yang sukar buat ayah
Memerlukan pemerhatian dan penelitian
Hanya kerana mahukan mujahid ibu dan ayah
Dibesarkan dalam roh Islam
Bukan muzik mengasyikkan menjadi halwa tidurmu
Bukan dedahan aurat menjadi tatapanmu
Bukan udara najis menjadi oksigenmu.
Mujahid ayah!
Carta hidupmu sedang dalam lakaran ayah
Ayah mahu dirimu mendapat tarbiyyah terbaik
Ayah mahu hatimu terisi dengan ayat-ayat cintaNya
Ayah mahu kamu mahir pelbagai bahasa
Ayah mahu kamu mahir segala teknik peperangan
Ayah mahu kamu hidup berlandaskan syiar Islam
Agar hidupmu terarah mulia
Agar hatimu berjiwa pahlawan
Agar langkahmu gagah menegakkan kalimah Allah
Supaya kamu menjadi insan lebih baik daripada dirinya.
Mujahid ibu!
Setibanya kamu tiba di kampung sementara ini nanti
Ketahuilah tempat ini persinggahan cuma
Perjuangan dalam kehidupan adalah sunnatullah
Berjuanglah kamu menegakkan kalimah Allah dengan berani
Berperanglah kamu dengan musuh-musuh Allah
Janganlah kamu gentar dan takut
Mohon dan yakinlah pertolongan Allah
Kerana kita diajar rindukan syurga idaman!
Kita diajar memburu syahid!
Dan kita diajar cintakan akan kematian!
Mujahid ibu dan ayah!
Kamu adalah anak jantan!
Kelahiranmu kelak sudah diwaqafkan atas nama Islam
Muliakanlah ibu dan ayahmu ini
Dengan kesyahidanmu kelak
Pakaikanlah ibu dan ayahmu
Dengan gelaran 'ummu dan abu syuhada'
Segala puji bagi Allah!
Kumpulkan kami di syurga penuh kenikmatan
Ya Rabb!
Izikanlah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
kalau susah cr mujahid yg mcm tu, lahirkanlah yg sebenar~~~~
insyaAllah setakat termampu dell,ibu dengan ayah die pun sentiasa berusahe perbaiki diri,selebihnya kerja Allah Dia nak pilih rahim-rahim ibu mane nak dimuliekan..kami hanya mampu berdoa dan berusahe nak ke arah itu.kite pun tak tahu takat mane Allah nak bagi pinjam..mungkin bagi pinjam dalam perut je..mungkin bagi pinjam sampai berape tahun je..hanya mampu berdoa ;) dell bile nak join d team? tambah lagi satu mujahid o mujahidah insyaAllah..moga dipermudahkan ;)
insyaAllah tengah dalam pencarian mencari pengasuh mujahid dell..ayah die tengah risau nak cari mane rumah org skarag takde Tv,suami tak merokok n org jage waktu..risau ;)
syukurkan leen ats ape yg tejadi pd awk skrg..sy pun happy sgt...nak join team 2 hv a great mujahid n mujahidah?mmg sgt2 tringin skrg ni....njoy tgk khidupan kwn2...mine is still enjoying...sy pun bersyukur sgt...ni ujian ...Allah blum kurniakan lagi supaya kami lebih2 lgi sabar n taqwa...ujian ni masih boleh diharungi,,,hrp2nye ade rezeki nanti.
semua dah tertulis...nk jd rahim terpilih tu, mmg mengharapkan ihsan dariNya je...
smoge mujahid or mujahidah awk sempurna, sihat n dapat teruskan dakwah mcm ibu ayahnye~congratz!
pengasuh,,,yep!sbahagian mase anak dihabiskan dgn pengasuh...so, smoga jumpe ape yg dicari,,mudah urusannye~
Post a Comment