Selain sibuk menguruskan TTM -Tadika Tahfiz Muhammad-, Allah selitkan masa-masa kualiti saya untuk merasai sendiri sunnah anjuran Ar-Rasul supaya berbekam semasa cuti sekolah baru-baru ini. Satu perkataan yang mampu saya katakan selepas berbekam adalah, SUBHANALLAH luar biasa!
Selama ini, ketika untuk bangkit daripada sujud, seakan rasa ada sesuatu beban di lapisan paling atas kulit bahagian belakang badan. Lenguh-lenguh. Saya panggil ia sebagai lapisan malas. Lapisan ini menjadi asbab kita tidak bertenaga.
Alhamdulillah, mashaAllah, subhanallah, selepas merasai sendiri sunnah berbekam ini, terasa begitu ringan badan ketika bangkit daripada sujud. Seakan hilang lapisan malas tersebut dan rasa seperti tiada bendalir beban seperti selalunya.
Apa yang saya rasa, saya kongsikan bersama suami. Keesokkan paginya, saya bekam suami pula.
Darah tidak diperlukan badan.
Kenapakah kita perlu berbekam?
Menurut PTT -Puan Tabib Terpercaya-, badan manusia ini umpama bumi. Apa yang kita makan seharian pula umpama plastik. Plastik adalah susah dilupuskan oleh bumi. Maka, hanya dengan bekam sahaja boleh mengeluarkan toksin-toksin yang berkumpul dalam badan kita yang boleh menjadi asbab pelbagai penyakit kronik di umur bersara kita.
InshaAllah sakit seperti darah tinggi, kencing manis, strok dan sebagainya inshaAllah ada penawarnya melalui bekam.
Kesan makanan yang kita makan hari ini, bukannya mudarat serta merta. Ianya juga memerlukan masa. Menurut PTT lagi, selepas bahan-bahan yang tidak boleh lupus dalam badan kita dibawa keluar melalui bekam, inshaAllah barulah badan kita boleh subur semula.
MashaAllah saya merasai kebenaran analogi PTT kami.
**************************************************************
Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wa Salam besabda :
الشِّفَاءُ فِيْ ثَلاَثَةٍ: شَرْبَةِ عَسَلٍ وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ وَكَيَّةِ نَارٍ وَإِنِّيْ أَنْهَى أُمَّتِيْ عَنْ الْكَيِّ
“Kesembuhan itu berada pada tiga hal, yaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan dengan api (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku (berobat) dengan kay.” (HR Bukhari)
Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wa Salam bersabda :
إِنَّ أَمْثَلَ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ وَالْفَصْدُ
“Sesungguhnya metode pengobatan yang paling ideal bagi kalian adalah hijamah (bekam) dan fashdu (venesection).” (HR Bukhari – Muslim)
[sumber]
***************************************************************
Marilah sihat kerana Allah dengan mengamalkan sunnah berbekam inshaAllah!
No comments:
Post a Comment