7.9.14

PENDIDIKAN SEKS

Alhamdulillah semalam saya menghadiri LDP linus 2.0 dan kemudian penyebaran maklumat tentang pendidikan seks di sekolah. MashaAllah wah! Isu yang mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan daripada semua lapisan masyarakat. Ianya menjadi gurauan yang melucukan tidak kira pakcik ataupun makcik.

Kami -saya dan zauji- pernah membincangkan isu pendidikan seks ini setelah zauji menghadiri seminar tersebut baru-baru ini juga. Zauji sendiri berasa malu di dalam mesyuarat tersebut apabila lelaki dan perempuan tanpa segan silu bergurau berkenaan isu ini. Kalau kita perhatikan isu seks ini sering dijadikan bahan ketawa sesama rakat sejawat.

Pernah dengar, membina generasi beradab itu bermula dengan tok guru yang hebat?

Biah (baca: suasana) di sekolah sendiri hari ini tidak mengamalkan suasana syariat yang sebenar. Ikhtilat (baca: pencampuran lelaki dan perempuan) berlaku tanpa ada batasan yang sepatutnya. Sekiranya saya, saya akan marah jika diajak bergurau tentang seks. Ianya adalah maruah. Maruah saya. Maruah suami saya.

Pendidikan seks BUKAN penyelesaian masalah utama kepada masalah sosial yang kritikal hari ini. Punca UTAMA ialah kita semua adalah ummat yang tidak kembali kepada Allah dan Ar-Rasul. Masalah AQIDAH yang goyah dan rapuh menyebabkan generasi hari ini ketempangan arah.

Adalah lebih baik, anak-anak kita diterapkan dengan 1MURID1DHUHA. Bukannya sibuk 1MURID1SUKAN. Kita ajak anak-anak kita solat, kembalikan hati hanya pada yang SATU. Merutinkan solat berjemaah tepat pada waktunya. Ustaz ustazah memang tidak menang tangan.

Islam bukan agama untuk ustaz ustazah sahaja. Kalau Islam ini hanya untuk ustaz ustazah, makanya, syurga itu selayaknya buat mereka. Islam ini bukan juga agama warisan yang diwariskan dari tok nenek moyang kita, tetapi, Islam ini adalah agama penghayatan. Jika kita menghayati dan faham ilmu, maka akan lahirlah semangat beramal soleh dengan amalan yang soheh. Tidak kira siapa pun kita, selagi kita bernafas dalam keadaan Iman dan Islam, maka bersyukurlah. Baiki diri dengan mencari ilmu, menghayati dan beramal serta paling penting, sebarkan untuk manfaat ummah.

Masuk syurga berjemaah itu bukankah lebih menyeronokkan?

Berkaitan isu pendidikan seks yang kami bincangkan bersama, isu ini bukannya penyelesaian masalah. Kita tidak memerlukan kursus seks untuk mendirikan rumahtangga. Ianya adalah naluri dan fitrah insaniah yang Allah beri kepada manusia dan haiwan. Pandai dengan naluri yang Allah bekalkan. 

Kita terlalu mengikut Barat yang memang telah terlalu rosak. Ianya umpama pemandangan belon yang cantik tetapi apabila dicucuk, rosak keseluruhan strukturnya. Ianya juga ibarat melihat pandangan zoo yang damai dengan haiwan, cubalah masuk kandang singa bersama, barulah kita tahu tajam atau pendek kuku si singa.

Tenat.

Pendidikan kita yang terlalu tenat dan jauh dari Allah, menjadi punca masalah serius anak-anak generasi sekarang. Gangguan gajet, dan semua kecanggihan teknologi jika tidak dikawal dengan SEKETUL DAGING yang bernama HATI itu, maka jahanamlah generasi anak-anak kita hari ini. HATI itu ubatnya hanya kembali kepada Allah dan Ar-Rasul.

Itu sahaja.

2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah di sekolah zauji murid2nya memang ada 2 waktu rehat..rehat yang 1 untuk solah dhuha...rehat yang ke 2 untuk makan..waktu dhuha tiada yang terkecuali untuk tunaikan..geng1010

@LeenShamsh said...

geng1010 - sek ugamakah?sini byk buat program yang besa2 tapi byk tak capai matlamat..kadangkale taktau ape fokus setiap program..kate nk lahirkan atlit pun tak juge..fening!