12.9.14

RESEPI ROTI BUTTERSCOTCH

Semalam dan hari ini yang agak meletihkan. Kemuncak senaman otak. Sempat juga saya belek mesej mak-mak jelitawan organik dan terpandang satu link khas untuk saya dari Jlos Puan Noen kesayangan fillah. Link berkenaan resepi roti butterscotch. Terus teringat roti butterscotch cap gardenia yang telah lama kami sekeluarga tinggalkan.

Zauji (baca: suami saya) seakan teruja dan anak-anak pun telah beberapa hari request roti mereka. Alhamdulillah kepala pula semakin baik malam semalam dan tepung juga ada. Saya gagahkan untuk meroti resepi butterscotch yang semestinya derhaka resepi asal. Ikut apa adanya dalam rumah iman kami.

Sos butterscotch: 25g butter, 1/2 cawan gula merah, 1/2 cawan whipping cream.

Kanan roti butterscotch untuk zauji dan kiri untuk kibarul masyayikh.

Resepi asal doh untuk butterscotch sepatutnya menggunakan yogurt dan baking powder tetapi saya hanya gunakan resepi saya selama ini. Resepi doh roti ala Bayt Al-Iman:

Bahan dan cara:
1. Gula merah organik 1 sudu makan.
2. Garam bukit merah jambu 1 sudu teh.
3. Natural yis 3 sudu makan.
4. Air suam secawan penuh.
5. Gaul sebati semuanya.
6. Butter organik 3 sudu dan gaul rata.
7. Masukkan tepung sehingga tidak melekit di tangan.
8. Biarkan doh mengembang bergaya lebih kurang setangah jam dan tumbuk.
9. Panaskan oven 180 darjah api atas dan bawah.
10. Ambil doh dan bulat-bulatkan. Susun dalam loyang sehingga penuh.
11. Tabur biji bunga matahari, kacang walnut yang telah dikisar dan kismis organik. (apa yang ada dalam stok kami).
12. Biarkan doh yang dibulat-bulatkan mengembang 2 kali ganda dari asal.
13. Laraskan suhu kepada 180 darjah dan bakar selama 10 minit api bawah sahaja. 5 minit kemudian dengan api atas dan bawah.

*********************************************************
Semasa doh dibakar, sediakan sos butterscotch. Sos kali pertama ini derhaka kerana saya lupa baca langkah demi langkah. Saya campur semua sekali dan panaskan. Resepi sos asal:
1. Cairkan butter dan masukkan gula.
2. Tuang whipping cream sedikit demi sedikit.
3. Ensin vanilla dituang selepas semuanya sebati (saya tidak guna ini).
4. Sejukkan sos.

**********************************************************
14. Curahkan sos butterscotch tadi di atas roti yang panas keluar dari oven.

Ini dia rupa percubaan pertama roti butterscotch ala Bayt Al-Iman.

Habis setangah loyang sepantas kilat :D.

Ini pula roti kibarul masyayikh. Roti butter gula dan coklat cip sos butterscotch.

Jazakillah kepada JLos Puan Noen kerana memberi inspirasi untuk mencuba resepi baharu untuk tekak-tekak yang boring dengan roti gulaku. Sebenarnya saya teringin buat dan makan karipap. Lama pendam perasaan kepada karipap. InshaAllah resepi karipap jelita JLos Puan Fifah menyusul. Sila puan Whatsup resepi karipap anda yang jelita kepada saya :D.

2 comments:

ruslina said...

Sedapnyaaa...
Bole bg list jenama barangan harian yg puan gunakan?

Unknown said...

Rajinnye meroti ..sdap nie..in shaa Allah..kak nak cuba buat juga..