Alhamdulillah selepas cuba resepi roti butterscotch, Allah tiupkan saya semangat untuk cuba berkaripap pula keesokkan harinya. Saya pun lupa kali terakhir saya makan kuih karipap. Dengan sepantas kilat Puan Fifah bersama resepi karipapnya yang jelita dan resepi-resepi karipap jelita daripada mak-mak organik yang sentiasa jelita :D.
Resepi asal Puan Fifah untuk membuat doh, sekilo tepung digaul rata bersama sedikit garam dan secawan air sehingga sebati. Derhaka resepi memang sinonim dengan saya :D. Menurut Puan Alina, boleh dicampur dengan sedikit butter untuk kerangupan karipap. Saya pun tambahkan sedikit butter bagi tujuan itu. Alhamdulillah dengan izin Allah hasilnya:
Garfu pengganti tangan bangkuku :D.
Karipap pertama dalam sejarah.
Inti pula seperti masak kari. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak sehingga naik bau. Masukkan sedikit serbuk kari daging sehingga garing. Saya gunakan cap Adabi. Kemudian, masukkan ayam yang telah direbus dan dipotong kecil. Masukkan kentang yang telah direbus dan tunggulah sehingga sebati semuanya. Akhir sekali, imbangkan garam dan gula. Siap!
Trip kedua.
Pada saya, bukan senang buat karipap. Dohnya lebih payah untuk diuli daripada doh roti. Inti pula perlu bermain masak-masak di dapur basah. Selama saya menguli dan membuat inti, saya selami perasaan makcik-makcik yang membuat kuih untuk mencari rezeki. 3 biji hanya RM1. Allahu! Sungguh membuat karipap kali pertama ini menginsafkan saya.
Semakin tidak sabar asbab menguli untuk meleperkan kulit karipap kerana ianya bukan mudah. Saya ambil jalan pintas buat karipap gergasi yang tidak diambil rupa persembahannya. Jadi, tepung tetap tidak habis. Jadi, lebihan doh disimpan.
Idea suami ianya cuba untuk buat biskut kering pula.
Pelbagai rupa dan bentuk.
Ada rupa biskut kering bukan?
Pada pendapat lidah saya, mungkin perlu ditambah tepung jagung untuk kerangupan biskut ini. Walau bagaimanapun, biskut kering saya ini Allah izinkan juga rangup bukan asbab tepung jagung tetapi asbab lebih bakar!
Ada apa pada rupa :P.
InshaAllah selepas ini, Allah lebih mudahkan saya untuk menguli. Doh karipap, doh donut, doh pizza. Pejam mata, tidur dahulu, bangun sahaja terus siap. Kurniaan dari Allah untuk meringankan beban rumahtangga para suri isteri solehah. InshaAllah entry lain pula untuk kisah doh yang magika!
No comments:
Post a Comment