22.9.14

ROTI KURANG KASIH SAYANG

Saya berhutang satu entry berkenaan cara membuat doh roti, donut, karipap dan sebagainya yang magika. Pejam mata, tidur dan bangun sudah siap :D. Alhamdulillah perkenalkan permainan terbaru dalam dapur saya, bread maker! Dengan tidak membuat sebarang survey harga, saya terus beli cap Cornell untuk clearance stock di pasaraya Eonbig yang berharga RM299.

Ahlan wa sahlan ya BM! :D

InshaAllah ianya adalah untuk TTM. Sebagaimana anak-anak saya, anak-anak huffaz saya di TTM pun mesti sukakan roti. InshaAllah ini juga sebagai alternatif menyediakan snek sihat untuk anak-anak saya nanti kerana ada juga yang sampai petang asbab ibu ayah kerja waktu pejabat. InshaAllah roti cap TTM sebagai ganti snek sihat buat mereka.

Doh cantik.

Doh mengembang dengan jelita :D.

Roti ini keras seperti roti John tetapi rasa seperti roti whole meal cap gardinia. Resepi roti ada disediakan di dalam manual yang terdapat dalam kotak.

Baki beberapa keping, saya sapukan butter dan tabur gula dan panaskan kembali. Roti bakar yang mashaAllah sedap! Inspirasi resepi bonda Puan Hafizah Salleh. Jazakumulullah.

Roti terbaru malam tadi yang berkuahkan butterscotch.

Mungkin asbab saya curahkan kuah butterscotch ketika doh sedang naik, ianya tidak meresap ke dalam roti. Saya cucuk doh supaya kuah tidak melimpah dan kuah meresap ke dalam doh. Doh tersebut jadi jatuh pula seperti dalam gambar.

InshaAllah cuba jaya seterusnya, saya mahu campur ketika ulian kali kedua. Saya juga sedang melakukan eksperimen penggunaan bread maker ini. Setelah 4 kali cuba, 2 kali gagal dan 2 kali berjaya, Allah izinkan saya kesan juga beberapa elemen yang perlu diperbaiki.

InshaAllah selepas ini, untuk mengurangkan kekerasan roti di permukaan, saya perlu mengurangkan masa yang diambil seperti yang disarankan dalam manual manakala untuk mendapt tekstur yang lebih lembut bahagian dalam, saya perlu tambahkan butter seperti roti buatan tangan saya selama ini.

Walau bagaimana canggih pun mesin ini, roti buatan tangan sebelum ini, Allah izinkan lebih sedap dan lembut. Benarlah kata mak-mak jelitawan organik, penggunaan bread maker menghasilkan roti kurang kasih sayang :D.

2 comments:

gokurinbulma said...

UM!!dah beli??wah!! saya minggu ni dgn mgu lepas dah search2 kat intenet...berkira2 nak beli juga....x sangka UM pun beli!!takdirnya..semuanya sebab terpanggil nak buat roti sendiri mcm UM....baiklah..akan terus mencari...plan nak beli Kenwood bm250 atau bm cosway...tengah intai tabung gajah ni...hehe

Wa said...

Bestnya ada bread maker.. dari dulu nak beli..tak terbeli2....nampak sedap je smua roti tu..