4.5.11

MULUT CELUPAR

Sebelum Muhammad dilahirkan, kekerapan kami berhalaqoh suami isteri hampir setiap hari disamping waktu subuh yang cepat. Jadi, suami pun balik berjemaah awal dan sempatlah kami untuk berhalaqah sekejap kerana 630-640 pagi kami perlu sedia untuk bertolak dari Bayt Al-Iman. Namun, pertambahan ahli di Bayt Al-Iman disamping masa subuh yang lambat, membuatkan program baitul muslim kami agak terbantut. InsyaAllah kami mengambil masa dihujung minggu manakala pada hari biasa, kadangkala halaqah kami berlangsung semasa perjalanan bersama Muhammad insyaAllah! ;)

Mulut Celupar
Pagi semalam semasa di dalam perjalanan menghantar Muhammad ke rumah Cik Aniznya, suami membawakan cerita dari Kumpulan Cerita Ajaib, Aneh & Mencuit Hati oleh Abu Hikmah Al Husni, sebuah buku yang baru dibelinya. Kisah mengenai seorang tukang mandi mayat perempuan yang bermulut celupar sedang memandikan mayat seorang wanita muslimah (perempuan yang baik). Ketika sampai dibahagian kemaluan mayat perempuan baik itu, tukang mandi mayat tadi dengan celuparnya berkata "inilah kemaluan yang melakukan zina!"

Tangan Melekat
Tiba-tiba tangan si pemandi mayat tadi melekat pada kemaluan mayat perempuan baik tadi. Pelbagai cara digunakan untuk melepaskan tangan si pemandi mayat tetapi gagal. Seorang ulama datang dan menyuruh tangan si pemandi mayat tadi dipotong manakala datang ulama kedua menyuruh bahagian badan mayat tadi yang dipotong. Namun setelah pelbagai cara difikirkan mencapai kebuntuan, datanglah Imam Malik untuk merungkai permasalahan.

Menuduh Zina
Imam Malik bertanya kepada si pemandi mayat "Adakah kamu ada berkata yang tidak baik kepada mayat ini?". Tukang mandi mayat ini pun mengaku apa yang pernah dikatakan kepada mayat tersebut. Jadi, Iman Malik mengatakan hanya hukuman yang ditetapkan Allah untuk orang yang menuduh zina tanpa membawa 4 orang saksi yang adil dapat merungkai dosa menuduh zina tadi.

80 Kali Sebatan
Dan orang yang menuduh wanita yang baik-baik (melakukan zina) kemudian mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka (yang menuduh itu) lapan puluh kali sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang yang fasik. (Surah an-Nur, ayat 4)

Akhirnya, setelah disebat 80 kali sebatan, tangan si pemandi mayat tadi terlepas dengan sendirinya daripada kemaluan mayat perempuan muslimah tersebut. Begitulah kekuasaan Allah yang jangan kita pandang enteng segala suruhanNya!

Baik Diam Dari Berkata-kata
Hari ini terlalu ramai manusia yang menempah saham neraka dengan sengaja atau tidak, seolah-olah mereka nampak dengan mata mereka sendiri. Keberanian mereka melempar tuduhan zina semacam lupa akan hukuman Allah. Bayangkan Allah menunjukkan kekuasaanNya seperti yang berlaku di zaman Imam Malik pada hari ini, pastinya manusia takut untuk melakukan kemungkaran. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Duduk berseorangan lebih baik dari duduk bersama orang yang tidak baik, duduk bersama orang soleh lebih baik dari duduk berseorangan, berkata-kata perkara baik lebih baik dari diam, diam itu lebih baik dari berkata-kata perkara yang tidak baik. (Riwayat Baihaki dari Abi Zar)

Pesan Suami
Suami berpesan supaya jauhi membuat sebarang ulasan berkenaan isu-isu semasa kini kerana khuatir terjebak di dalam neraka sebab mengiyakan, menyampaikan sama ada sengaja atau tidak. Hanya Allah Maha Mengetahui! Wallahu'alam.

8 comments:

MamaYatie said...

terima kasih kerana mengingatkan..semoga kita bukan dari golongan hamba2Nya yg lalai & leka

puan nina said...

silence is golden =D

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

as salam, tue ler mulut tue celupar sangat tengok kat dunia tuhan dah tunjuk kat kita kan?

@LeenShamsh said...

mamayatie: kitekan bersaudare.. ;) same2 mengingati untuk menjauhi kemurkaan Allah

nina: yes u r right! ;)

@LeenShamsh said...

kak BSBku: kelakalah akak..tulah mulut celupar ni bahaye sangat..dulu Allah bagi pap! kene terus..sekarang Allah tangguh lagi nak turun azab..sebenarnye kite disini tengah tempah malapetake je..fitnah sangat2 berleluasa..mudah2an andai Allah timpakan tazkirahnya, kita berdoa mudah2an mati kita dalam iman ;)

GreenWhite said...

2 la skrg dah byak fitnah..senang2 ja fitnah dah 2 xda tindakan plak..boleh plak menghalalkan fitnah jika ia menguntungkan sebelah pihak.
Ayoh bangun wahai umat islam malaysia..jdkan malaysia negara islam yg sebenar..bkn negara islam separuh.bg yg bukan islam ketahuilah bahawa ada akan selamat&sejahtera dibawah pemerintahan islam.

@LeenShamsh said...

org islam sendiri banyak jahil hukum islam sebab tu ramai yg takut bile kate mahu wujudkan sebuah negara islam. kesedaran individu itu penting untuk tahu yang Allah suruh ummat islam bangunkan semula pemerintahan islam di bawah sistem kekhalifahan islam.

Ruse Sulaiman said...

betul. kalau tak tahu perkara sebenar tak boleh terus menghukum. dengar melalui orang lain juga belum tentu perkara itu benar jika ianya suatu fitnah. lebih baik diam dari berkata perkara yang kita tidak ketahui kesahihannya.