11.10.11

AYAM OH AYAM

Alhamdulillah. Masih ingat entry berkenaan HAB HALAL SOUQ? InsyaAllah dikesempatan ini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang fakta ayam yang dipasaran Malaysia hari ini dan kepentingan mengetahui sumber halal atau haram ayam mentah sama ada kita memakan ayam disembelih ataupun bangkai ayam yang kita makan selama ini. Menurut Dr. Mohamad Zainol Bin Ahmad Haja, Ketua Penyelidikan dan Pembangunan Pusat Inovasi iaitu pengasas produk Az-zain, dianggarkan pengambilan ayam oleh rakyat Malaysia dianggarkan sebanyak 1.3-1.5 juta ekor sehari dan 97% industri ayam dikuasai oleh penguasaha Non Muslim. Maka, tidak pelik kita sering digemparkan dengan ayam tidak halal yang dijual dipasaran Malaysia, Selain itu, ribuan ayam berpenyakit dan mengandungi antibiotik yang tinggi yang boleh memudaratkan kesihatan dijual kepada umat Islam setiap hari.

Maksud Halal Dan Toyyib
(a) Halal = sesuatu yang halal adalah terlepas daripada ikatan bahaya duniawi dan ukhrawi.
(b) Toyyib = dari segi bahasa bererti lazat,baik, sihat, mententeramkan dan paling utama pakar-pakar tafsir ketika menjelaskan kata ini dalam konteks perintah makan menyatakan bahawa ia bererti makanan yang tidak kotor dari segi zatnya atau rosak atau, dicampuri benda najis.

Mengapa Perlu Ragu?
1. Berdasarkam amalan standard industri memproses ayam di Malaysia, usus ayam hanya dikeluarkan setelah ayam siap diproses. Air panas yang digunakan untuk melembutkan bulu ayam dicemari dengan najis daripada usus dan darah. Air panas pada suhu 75 darjah celcius menyebabkan air bercampur najis dan darah ayam berjaya menembusi daging ayam. Keadaan ini bukan sahaja menjadikannya haram untuk dimakan oleh muslim, malah turut membahayakan kesihatan.

2. Najis ayam merupakan punca beberapa jenis penyakit yang disebabkan bakteria dan virus. Jangkitan penyakit berlaku disebabkan oleh pelbagai organisma pathogen yang terdapat di dalam najis dan usus. Antara penyakit berbahaya yang boleh menular daripada najis ayam kepada manusia adalah seperti berikut:
(a) virus H5N1- virus yang sangat pathogen dapat bertahan hidup, dalam najis ayam selama 6 hari. (sumber: pertubuhan kesihatan dunia (WHO))
(b) campylobacter- penyakit yang disebabkan oleh bakteria dalam najis ayam
(c) E. COLI 0157: H7- e. coli ialah salah satu jenis bakteria yang paling umum terdapat dalam saluran usus dan najis ayam
(d) salmonella- sekumpulan bakteria yang hidup dalam saluran usus dan najis ayam

3. Virus dan bakteria ini boleh menular kepada manusia hingga boleh menyebabkan kematian. Jangkitan E coli pada kanak-kanak dan orang tua boleh menyebabkan kematian atau komplikasi seperti radang usus.

4. Setelah manusia makan ayam yang tercemar dengan bakteria ini, bakteria dapat hidup dan bertahan pada manusia dan didapati cukup memadai untuk menyebabkan penyakit yang tidak boleh diubati dengan antibiotik biasa. Rujukan: PLoS Medicine, Public Library of Science, July 2005. Maka tidak hairanlah apabila statistik kementerian kesihatan yang memaparkan bahawa umat Islam yang berusia 40 tahun ke atas mula diserang pelbagai penyakit kronik.

Amalan Memproses Ayam Di Malaysia
1. Tidak kira jenis keadaan ayam termasuk ayam yang berpenyakit dan bermasalah turut disembelih demi keuntungan.
2. Menggunakan stunning (proses melalikan ayam dengan kejutan elektrik sebelum disembelih). Kebanyakkan ulama luar negara mengharamkan penggunaan stunning untuk menyembelih ayam, lembu dan kambing. Stunning yang tidak dikawal rapi boleh mematikan ayam dan dikhuatiri ayam menjadi bangkai sebelum disembelih. Larangan memakan bangkai sangat jelas di dalam Al-Quran.
3. Usus yang penuh najis tidak dikeluarkan sehingga ayam siap diap diproses.
4. Darah dan najis dibiarkan sehingga dapat mencemarkan daging ayam.
5. Ayam dimasukkan ke dalam air panas yang pekat dicemari oleh najis dan darah ayam.
6. Amalan standard industri menetapkan suhu air 75 darjah celcius. Pada suhu yang tinggi ini air yang penuh dengan najis dan darah boleh menembusi daging ayam.
7. Ayam dimasukkan ke dalam air ais yang dicampur dengan klorin supaya ayam kelihatan segar untuk beberapa hari apabila dijual dipasaran.
8. Teknik water induce (proses mendorong air) ke dalam badan ayam untuk menambahkan barat badan ayam.
9. Ayam dihantar ke pusat jualan, pasar basah, pasaraya, kedai runcit dan pasar malam.
10. Kebiasaannya ayam diangkut dengan lori dan van yang tidak ada kemudahan sejuk beku, sekali lagi ayam dicemari dengan bakteria.

Serbuan. Amalan penyembelihan dikebanyakkan tempat penyembelihan yang begitu meloyakan. Lihat disini untuk keterangan lanjut.

Bahaya Hormon Tumbesaran
1. Amalan industri pertanian moden yang memaksa sehingga 20 ribu ekor ayam ditempatkan dalam satu reban yang sangat kotor kerana dicemari najis. Keadaan ini kerap menyebabkan pelbagai penyakit terhadap ayam. Pelbagai antibiotik dan hormon tumbesaran yang digunakan penternak rakus sangat berbahaya terhadap kesihatan manusia. Disamping antibiotik dan hormon 'blood meal' atau protein darah adalah haram kepada umat islam tanpa mengira darah babi atau haiwan lain.

2. Union of Concerned Science (UCS) 'non-profit organization' yang bekerja untuk persekitaran yang sihat dan selamat di dunia bersama pakar perubatan menganggarkan bahawa kira-kira 70 peratus atau lebih kurang 8 juta tan antibiotik yang dihasilkan di dunia digunakan untuk membesarkan dan menggemukkan ayam. Kadar ini ialah 7 kali ganda daripada antibiotik yang dimakan oleh manusia. Rujukan: PLoS Medicine, Public Library of Science, July 2005.

Bahaya Ayam Telur (Ayam Pencen)
Ayam telur diternak sehingga 70 minggu (16 bulan) di dalam reban yang penuh dengan najis dan sudah pasti kotor. Pakar perubatan seluruh dunia mengesyaki ayam pencen ini menjadi sumber kepada bakteria Salmonella enteritidis (SE) yang sangat berbahaya kepada kesihatan manusia. Penjualan ayam pencen telah diharamkan di Singapura dan negara barat tetapi bebas dijual di Malaysia. Isi ayam pencen MENJADI KEGEMARAN PENGUSAHA DI MALAYSIA KERANA MURAH untuk menghasilkan burger, sosej, nugget dan makanan dalam tin. Isi ayam pencen juga banyak digunakan di restoran-restoran yang menggunakan ayam dalam hidangan seperti restoran tom yam.

InsyaAllah ini sahaja yang mampu saya taip setakat ini. Fakta sebenar tentang pemprosesan ayam di Malaysia yang kebanyakkan kita ambil enteng. Ketahuilah, perananan makanan dalam kemashlahatan keruntuhan moral, sosial, akhlak, pembuangan bayi, penagihan dadah memberi impak terhadap muslim keseluruhannya. Ianya juga menjadi asbab mengapa doa kita tidak diterima. Sebelum ini saya pernah juga menulis perihal ayam di entry TIKUS PUTIH dan saya menyeru dan merayu, tolonglah boikot ayam-ayam segera seperti KFC, McD dan pelbagai lagi diluar sana kerana implikasinya sangat dahsyat. Ayam mentah yang dijual murah dipasaraya-pasaraya pun perlu diberi perhatian dan kita perlu mencari tahu sumber ayam dipasaraya-pasaraya tersebut dari mana puncanya. Google sahaja pasaraya-pasaraya yang pernah mempunyai 'kes' sebegini. Saya akui memang payah kerana saya juga sedang bermujahaddah dan ianya pasti memakan masa dan menguji keimanan ditambah kita memerlukan kos yang lebih sedikit untuk mendapatkan makanan-makanan yang halal dan toyyibah. Sayangilah diri dan keluarga anda kerana Allah dengan sedayanya cuba untuk mencari makanan yang terbaik untuk mereka. Semoga ada imbalan lumayan disisi Allah dengan mengurniakan anak-anak membesar sebagai insan beragama dan berguna kepada pembangunan ummah insyaAllah!

8 comments:

kayzie said...

nauzubillah..buat sy yg mmg tgh loya ni semakin loya..kalau bapak sy mmg lnsung tak pernah makan ayam, dia hnya mkn ayam kg..kena jadi cam bapak la camni

NoEn said...

terbuka minda!!!rasa loya la plak bile pk ayam yg kita mkn tu dia melalui proses mcm tu..O_O

@LeenShamsh said...

kayzie: mak mertue kakak kite tak makan ayam..alhamdulillah sampai sekrg memang bebas penyakit..mak kite pulak kalau makan ayam mulelh naik gatal2..kalah dgn ubat dalam ayam tu agknye..

noen: mase dulu buat tak tau jugak mase ayah Muhammad hulur pamplet bnd ni..lepas tu barulah Allah gerakkan terbace..alhamdulillah semakin kuat utk tolak makan ayam kat luar sane..patutlah suami begitu kukuh pendirian tak makan ayam..bace pun dah loyekan..

PROFESSIONAL CHEFF said...

Salam sejahtera BAi
Terima kasih atas info yang sangat berguna ini. Walaupun mungkin tak ramai yang sambut tapi input telah masuk ke dalam otak untuk diproses para pembaca. Hasilnya insyaallah akan ikuti juga setelah berkali-kali hati diketuk. Memang begitulah naluri manusia. Termasuklah diri ini. Sudah buat percubaan berkali-kali untuk meninggalkan ayam dan daging. Sebulan dua, gagal balik apabila tengok yang sedap-sedap . Apalagi kita yang jadi tukang masaknya. Nak arah semua orang tak makan ayam, tak adil kerana kesedaran berbeza. Untunglah BAi kerana ahli yang kecil. Senang nak kontrol. Semoga berjaya hingga ke akhir. Tapi rasanya dah cukuplah ayam buat diri ini. Dulu tengok dalam youtube bagaimana orang proses daging hancur. Diproses seekor-ekor termasuk tanduk dan segala najis. Terus tak makan sampai sekarang. Bila tengok gambar ayam terendam darah dan najis tu....rasanya dah cukuplah untuk hati ini menolak. Sama-samalah kita berdoa agar ditetapkan pendirian.

@LeenShamsh said...

FCU, same juge dgn saye sendiri, melihatkan abu muhammad yg begitu teguh dgn pendirian tak makan ayam sebarangan, saye jadi termotivasi walau die tak pernah pakse..begitulah carenye sye dididik..alhamdulillah memang sudah begitu lame meninggalkan burger, nugget, yang segera..kadg memang teringin juga tapi bile terkenagkan buat ayam tepung mcm kfc lagi senang goreng dirumah..hati terpujuk sendirinya..sedap pun sedap..lagi satu nak sedapkan hati, ini hanya mujahadah di dunia..sabarlah sedikit utk mersa nikmat di syurga..mudah2an syurga destinasi utama kita wahai FCU! ;)

ruszainura ustati said...

Tumpang lalu bertanya...(maaf kalau keluar tajuk) ... Kalo di selangor/kajang-bangi...kat mana boleh cari hab halal souq ni? Berminat tp x tau lokasi :)

Dyan Mustakip Lee said...

dekat sabah lagi dasyat kak lelen.. nk carik ayam benar-benar sahih halalnye amatlah payah.. pernah sekali tu.. dyan dalam bus then bus tu beriringan dengan sebuah lori dan dalam lori tu ada ayam yang da disembelih dan lebih meyedihkan ayam-ayam tersebut ditempatkan sekali dengan khinzir2 yang da disembelih jugak.. start dari hari tu dyan da takut nak makan daging ayam.. takut sangat

@LeenShamsh said...

zura: ni name kedai die tp kalau nk cari ayam..try google ayam organik azzain..insyaAllah jumpe pengedar die..

dyan: memg kesian org islam...kite perlu ade kesedaran je nk selamtkan diri..mudh2an org lain yg dekt dgn kite.. ;)