14.8.11

MUHAMMAD SETAHUN RAMADHAN GIVEAWAY

* entry auto-publish

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah atas nikmat kurniaan Muhammad putera sulung, pinjaman agung kepada kami. Alhamdulillah ketika ini (maghrib), kita telah pun masuk pertengahan Ramadhan 1432H. Hanya tinggal beberapa jam lagi usia Muhammad menginjak setahun mengikut perkiraan tahun hijrah iaitu pada 15 Ramadhan 1432H pada jam 12.08 tengah hari.


Bersempena ulangtahun kelahiran Muhammad yang pertama, Bayt Al-Iman berbesar hati ingin membuat satu giveaway mudah sebagai tanda kesyukuran kami lebih-lebih lagi di dalam Ramadhan bulan penuh keberkatan insyaAllah.

Syaratnya cukup mudah iaitu:
1. Anda hanya perlu meninggalkan ucapan kelahiran ringkas buat Muhammad di kotak komen entry ini sahaja. 
2.Hantarkan nama, alamat dan nombor telefon ke email attuffahumairah@gmail.com dengan tajuk email: MUHAMMAD SETAHUN RAMADHAN GIVEAWAY.
3. Bagi pengunjung setia Bayt Al-Iman yang tiada blog, komen/ucapan anda dialu-alukan dan anda juga berhak menyertai Muhammad Setahun Ramadhan Giveaway dengan menggunakan nickname atau anonymous dan email details anda kepada kami.
4. Hanya satu komen yang diterima bagi yang terhantar lebih.
5. Komen-komen anda insyaAllah hanya disiarkan bertepatan hari kelahiran Muhammad yang setahun iaitu pada isnin, 15 Ramadhan 1432H pada waktu petang mengikut masa kami sampai di Bayt Al-Iman.
6. Hadiah dan penentuan komentar bertuah mungkin dikira berdasarkan nombor bertuah. Bergantung kepada bilangan komentar insyaAllah ;)
7. MUHAMMAD SETAHUN RAMADHAN GIVEAWAY tamat sejurus semua ucapan-ucapan disiarkan dan Bayt Al-Iman menutup rasmi sebagai komen terkahir.

Mudah bukan? Hanya tinggalkan ucapan dan titipan doa buat Muhammad. Mudah-mudahan doa-doa antum terbias kembali mencari antum semua sebagai manfaat kita dalam melahirkan generasi yang bakal memimpin dunia seperti generasi zaman awwal. Semoga Allah mengurniakan kita semua, malam yang kita sama-sama nantikan. Malam yang lebih baik dari seribu bulan. Lailatul qadar yang mudah-mudahan segala doa-doa kita yang penuh keikhlasan termakbul dengan izin Allah insyaAllah!

Dengan lafaz
Bayt Al-Iman membuka rasmi MUHAMMAD SETAHUN RAMADHAN GIVEAWAY.
Silakan ke ruangan komen dengan gembiranya ;D

20 comments:

cikgu adilla said...

Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul,
Selamat ulang tahun pertama...
Sedarlah Muhammad beruntung tinggal di kampung sementara ini bersama ibu dan ayahmu yang sentiasa mencari redho Allah dan Rasul.
Semoga Muhammad kekal sihat, cerdas dan zuhud untuk menegakkan kembali sistem Islam.
Mudah-mudahan dengan redho Allah dan Rasul yang sering didoakan oleh ibu dan ayahmu bakal menjadi kenyataan, InsyaAllah.
Tahniah Muhammah mujahid hebat!

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt.

"Semoga Allah mengurniakan kita semua, malam yang kita sama-sama nantikan. Malam yang lebih baik dari seribu bulan. Lailatul qadar yang mudah-mudahan segala doa-doa kita yang penuh keikhlasan termakbul dengan izin Allah insyaAllah.."amin Ya Rabbal Alamin..

okay tante pc mahu ucapkan selamat hari lahir kepada muhammad yang comel.dah setahun muhammad tengok dunia yang penuh debu dosa ni rupanya. semoga muhammad menjadi anak yang soleh yang akan memberi syafaat diakhirat kelak kepada ummu dan abu. semoga dapat mengikut jejak langkah ummu dalam menyebarkan keindahan Islam. menjadi muhammad yang mencontohi keteguhan dan kemuliaan Muhammad s.a.w dalam segenap aspek kehidupan.dan semoga muhammad berjaya menjadi rijal islam dalam erti kata sebenar nanti.amin Ya Allah..

p/s: jangan nakal2 tau, kecian ummu^^

~MAWAR~ said...

Hari ini...pada 15 Ramadhan iaitu bulan ramadhan yang mulia...
Muhammad kecil yang diredhoi Allah dan Rasul telah pun menginjak ke 1 tahun umurnya..

wahai Muhammad..
Yang diredhoi Allah dan Rasul..
Perjalanan di hadapan masih jauh
Onak dan duri yang diharungi
Semakin sempit menggigit diri..

Hari ini...tanggal 15 ramadhan..
Usia itu bukan hanya angka
tapi satu yang bermakna
Hiasilah usia itu
Dengan keindahan yang bermakna
Untuk kehidupan ini..........
sanah helwah untuk mu
Yg ke-1 tahun ya Muhammad Soleh..


p/s acik ut muhammad yang diredhoi Allah dan Rasul.

acik doakan semoga Muhammad menjadi seorang anak yang soleh kpd ibu dan ayah..

doa acik juga,semoga Muhammad menjadi seorang mujahid islam..yang mampu memimpin dan membela agama islam kita..Insyaallah wahai Muhammad..acik yakin.dgn didikan ibu dan ayah Muhammad.serta keizinan Allah..Muhammad mampu melakukannya suatu hari nanti..

semoga Muhammad kecil yang diredhoi Allah ini..sentiasa diberkati dan diredhoi oleh yang maha pencipta..


ameen ya robbal a'alamin..

Amri dan Aishah said...

SELAMAT HARI LAHIR YG PERTAMA BUAT MUHAMMAD. SEMUA TERUS MEMBESAR DALAM KEBERKATAN ALLAH DAN MENJADI PEMIMPIN BAGI PARA MUTTAQIN..
DI DOAKAN AGAR KELUARGA INI SENTIASA BAWAH NAUNGAN RAHMAT DAN KASIH SAYANG ALLAH..

Dari Ummu Abbudey, Abang Abdul Rahman dan Abang Abdullah.

puan nina said...

selamat hari ulangtahun Muhammad sayang =D

semoga sentiasa diberkati dan dimurahkan rezeki ^_^

NoEn said...

dh setahun dh muhammad..dh besar dh pun anak teruna ummu muhammad ni

Dear muhammad,
Selamat hari lahir buat muhammad. Semoga membesar dengan sihat, cergas dan cerdas. Menjadi penyejuk hati menawar duka ibu dan ayah.

Love,
mama alya

Anonymous said...

salam..
sanah helwah ya Muhammad..
semoga menjadi anak yg soleh buat ibubapa..
semoga menjadi pejuang yang berani shahid untuk agama..
insyaAllah..

sekejap je masa berlalu kan..da setahun pn Muhammad..


:: hani ::

Naziffa said...

SELAMAT ULANG TAHUN RIJAL RABBANI HARAPAN AGAMA
Lahirmu di bulan Ramadhan yang mulia
Penuh barakah dan rahmat
Diiring doa harapan penguat semangat
Moga engkau menjadi kuat
Sekuat rijal yang sangat diharap,
Hadirmu islam diangkat...

" Moga Muhammad menjadi rijal islam yang sangat hebat, selamat setahun
"

Z said...

happy birthday, Muhammad! Semoga Muhammad membesar dengan iman
yang mantap, tenaga yang kuat, pemikiran yang hebat, rezeki yang tak kunjung sejat dan penuh berkat!

nanti kita belajar Quran sama-sama ye, Muhammad -Aziz & ummu Aziz-

PROFESSIONAL CHEFF said...

15 Rhamadhan tarikh istimewa
Bulan purnama sealam benua
Muhammad setahun Ramadhannya
Mujahid Hebat Allah Rasul redha

Nenda pohon segala kebaikan
Nenda mengharap segala keunggulan
Sentiasa menitip rahmat pembesaran
Pasti dirimu mujahid kebanggaan

kayzie said...

Alhamdulillah setahun sudah Muhammad yang bijak dan soleh di lahirkan ke dunia menghiasi hari-hari kedua ibu bapa Muhammad. Selama setahun juga, ummu dan abu Muhammad mencanting Muhammad yang di ibaratkan sebagai kain putih,semoga segala ajaran akan melengkapkan lagi diri Muhammad sebagai hamba ALLAH dan pengikut pesuruh-Nya, Nabi Muhammad saw..Selamat Hari Ulangtahun yang pertama, salam penuh kasih sayang dari ibu Faris..:)

myamyza said...

alhamdulillah, muhammad hebat dan berusia setahun, semoga muhamamd menjadi ape yang diharapkan oleh ibu bapa muhammad dan sentiasa diberkati dan dicintai oleh Allah dan rasul...aminn

::Mama Annaufal♥Aunie:: said...

Buat lil daie kecil
Sanah helwa ya dudu...semoga hidupmu diberkati ILLAHI.
mama doakan:
~moga muhammad menjadi anak soleh
~Hamba,ummat&insan cemerlang dunia akhirat
~mewarisi akhlak dan ketaqwaan insan terpuji MUHAMMAD SAW,bersesuaian dgn anugerah nama yang diberi.

INI PESAN MAMA DAN BABA..
HIDUP BIAR MISKIN HARTA
JANGAN MISKIN DENGAN JIWA
HIDUP BIAR DIPINGGIR INSAN
JANGAN SAMPAI DIPINGGIR TUHAN.

Cik Sue said...

Assalam Ummu..
Muhammad Setahun Ramadhan Giveaway
Selamat ulangtahun pertama kepada MUHAMMAD moga jadi anak yang baik seperti "Uwais Alqarni" yang sangat taat kepada ibunya sehingga segala doa yg dipohon diperkenaankan olehNYA. Moga Muhammad cepat membesar boleh jadi menantu acik sue hahahaha (yg nie x boleh blah...sory ummu gurau jerr)...Amin.

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam ummu Muhamad.Diharapkn masih semapat lagi nk ucapkn selamat ulangtahun tuk muhammad disamping menyertai GA ini.
Untuk Muhamad
'Semoga panjang umur,murah rezeki,diberikan kesihatan yg baik dr ALLAH serta semoga menjadi anak yg soleh...penyebar agama ALLAH & anak yg taat pada perintah ALLAH & kedua ibubapa yg sentiasa mendoakn Muhammad agar mendpt keredhoaan & perlindungan dr ALLAH.AMIN

Dyan Mustakip Lee said...

wah... cepatnye mase blalu.. da setahun rupenya muhammad cik dyan ni eh.. cik dyan doakan muhammad hebat ni sentiasa diberikan kesihatan yg berpanjangan.. menjadi anak yg soleh dan anak yg berbakti utk ibu dan ayah ye muhammad.. cik dyan syg muhammad.. ade rezeki kite jumpe ye muhammad..sayangggg muhammad :)

huhuhu said...

Muhammad... dah setahun ye... tapi Muhammad lagi nampak matang dari umur:)semoga hidup Muhammad dan family dirahmati Allah. bahagia tuk dunia dan akhirat...
~ sebab Muhammad la aunt anis slalu bace blog ibu Muhammad ni tau...nk tau perkembangan Muhammad tuk dijadikan panduan di hari mendatang..=) miss u much2 ibu+muhammad...

@LeenShamsh said...

Alhamdulillah..baru berkesempatan menghadap laptop ;)

insyaAllah MUHAMMAD SETAHUN RAMADHAN GIVEAWAY tamat secara rasmi ;)

Terima kasih atas doa2 antum. InsyaAllah nantikan susulan MUHAMMAD SETAHUN RAMADHAN GIVEAWAY insyaAllah!

FADLUL & FIFAH said...

oh..oh..oh..muhammad dah setahun rupanya..huhu..tak sempat nak berinternet dengan jayanya 3 4 hari kebelakangan ni..

walaupun hari nya sudah lepas,nak ucap juga!hehe...

selamat membesar wahai muhammad!!semoga muhammad berjaya merealisasikan apa yang ibu dan ayah muhammad impikan..jangan kecewakan mereka ye muhammad..

@LeenShamsh said...

aminn ya rabbal alamin! semoga doa2 kamu berbalik cari tasneem juga!