Bulan terang 12 Rabi'ulawal 1432H yang baru diambil di ruangan terbuka dari dalam Bayt Al-Iman.
Alhamdulillah dengan ini berakhir sudah Maulidur Rasul Giveaway
Anjuran Bayt Al-Iman buat pertama kalinya
Bertujuan menyemarakkan perasaan kasih, sayang, rindu dan cinta kita
Kepada junjungan mulia Nabi kita, Muhammad SAW
Semoga sedikit usaha ini dikira amal soleh disisi Allah.
Sebenarnya dunia akhir zaman menyaksikan ummah semakin tenat melupakan Rasulullah SAW
Pemikiran kita telah dijajah sepenuhnya oleh sekular (mengasingkan agama dan kehidupan)
Pernahkan kita bertanya kepada diri termasuk empunya diri yang menulis ini
Berapa peratus kita mengenali Rasulullah SAW berbanding kita mengenali ibu bapa kita?
Pernahkah kita tahu dengan baik bilakan Rasulullah SAW dilahirkan berbanding tarikh lahir kekasih kita?
Pernahkan kita jengah Al-Quran dan As-Sunnah untuk mengenali baginda berbanding mesej cinta panjang berjela?
Tahukah kita penderitaan dan penyiksaan yang diterima Rasulullah SAW berbanding hati yang terluka dek kerana cinta kekasih yang tidak kesampaian?
Berapa kalikah kita berselawat ke atasnya berbanding menyebut nama lelaki/perempuan yang haram bagi kita?
Lihat! Licik bukan?
Kita tanpa sedar telah meletakkan cinta bukan pada tempatnya
Cinta kita hanya khayalan mainan perasaan
Sedangkan cinta yang dituntut adalah cinta yang hanya berpaksi pada Allah dan RasulNya sahaja.
Sabda Rasulullah SAW:
Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api.
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)
p/s: insyaAllah keputusan Maulidur Rasul Giveaway telahpun berada digenggaman Muhammad...
No comments:
Post a Comment