19.2.11

SISTEM PENDIDIKAN KITA

Seperkara utama yang barat perlu buat untuk melumpuhkan umat Islam
Adalah dengan menguasai sistem pendidikan seperti hari ini
Kita telah didoktrinkan bahawa ilmu itu perlu dikelas-kelaskan
Contoh terbaik, tingkat tertinggi pendidikan ialah phD
Walhal dalam sistem kekhalifan dulu tiada unsur pengelasan
Tidak benar dakwaan Rasulullah menyuruh menuntut ilmu hingga ke negeri China
Kerana ilmu Allah ini luas dan mencakupi banyak aspek.

Mari kita tengok sistem pendidikan yang terdekat dengan kita
Ini ialah satu lagi sistem sekular yang barat buat
Pelajar lelaki dan perempuan duduk sekelas
Hatta berdua lelaki dan perempuan disuruh duduk sebelah menyebelah
Dengan alasan pelajar perempuan yang rajin boleh mengajar pelajar lelaki yang leka
Israel tidak membenarkan ini terjadi!
Pelajar mereka diasingkan kerana mereka telah membuat kajian
Apabila pelajar berlainan jantina diasingkan, maka produktiviti mereka sangat tinggi!

Lagi perlu kita lihat aspek pengelasan dalam sistem pendidikan
Sistem yang kita guna pakai sekarang
Silibus budak berumur 4-6 tahun ialah ABC 123
Silibus ini menyekat kebebasan fikiran dan kreativiti kanak-kanak
Kenapa imam syafie boleh berfatwa di usia 15 tahun?
Kerana Saidina Ali boleh menghafaz Al-Quran diusia 7 tahun?
Kenapa kanak-kanak zaman Islam ulung sangat hebat?
Kerana salah satunya tiada pengelasan dalam menuntut ilmu!

Ummat Islam hari ini memang terlalu mudah diperdaya
Tengok sahaja buku Biologi yang kita belajar zaman sekolah menengah dulu
Dalam buku disuruh makan hati ayam untuk tambah darah
Tetapi Rasulullah SAW tidak pula menggalakkan memakan organ dalaman
Kerana hati merupakan tempat toksin dikumpulkan dan dinuetralkan
Mudah sangat barat merubah fakta
Sistem pendidikan kita pula percaya sahaja.

Sebab itu sekiranya seorang guru yang telah ada tarbiyyah
Begitu bodoh sekali mengajar subjek sejarah
Kita memang telah dibodohi dengan fakta-fakta sejarah yang telah diubah
Kita diajar yang zaman beratus ratus tahun dahulu manusia tiada teknologi
Hanya pakai cawat tinggal di gua
Walhal dalam sejarah Islam setiap Nabi ada teknologinya sendiri
Contohnya Nabi Daud dengan teknologi besinya
Begitu juga dengan Nabi-nabi yang lain
Walaupun hanya 4 Nabi yang menerima kitab tetapi Nabi-nabi yang lain menerima syariat dalam bentuk mushlaf-mushlaf
Lagi dalam al-Quran pun ada menyebut perintah menutup aurat
Membuktikan memang sudah wujud pakaian
Ditambah dengan Rasulullah berdagang/berniaga
Semuanya membuktikan Islam memang canggih sehingga hari ini.

Oleh itu, bagaimana seorang guru mahu mengajar pelajaran yang salah kepada anak murid?
Ketahuilah sejarah yang sebenar hanya ada di Oxford!
Kerana setiap satu yang terjadi sejak sistem kekhalifan runtuh telah dirancang dengan begitu rapi
Seolah-olah yang terjadi hanya sebuah kebetulan
Hakikatnya ianya rancangan 'mata satu' sehingga ke hari ini.

Apa lagi yang ummat Islam harus tahu?
Orang Yahudi laknatullah hanya berkomunikasi dengan bahasa mereka
Yang bermaksud hanya mereka sahaja yang faham
Kerana khuatir yang rahsia mereka terbongkar
Mereka sangat kedekut dengan ilmu-ilmu yang semuanya berasal daripada sunnah Rasulullah SAW
Tetapi ditukar fakta apabila untuk umat Islam khususnya.

p/s: Selagi ibu ayah punya daya, insyaAllah Muhammad tidak akan disekolahkan di sekolah aliran sekular. Mudah-mudahan Allah bantu misi ibu ayah Muhammad!

6 comments:

puan nina said...

nk buat home-schooling untuk Muhammad ke? =)

ummu muhammad said...

boleh jga home-schooling..anta pindoklah hihi ;)

puan nina said...

oo...pakcik ngan cousin nina masuk skolah pondok gak...hmm..

ummu muhammad said...

pondok pun bermcm mcm nina..mudah2an Allah lorongkan pondok akhirat..insyaAllah..

ashie niesha said...

pegi kampung bujuk,hehe. dulu walid Ahmad pun hafiz kat situ.

ummu muhammad said...

insyaAllah! ;)