14.2.11

TAMAT SECARA RASMI

Malam hari itu berbeza dengan malam-malam sebelum dan sesudahnya
Subuh hari itu begitu indah berbanding subuh-subuh sebelum dan sesudahnya
Isnin hari itu lain dengan Isnin-isnin sebelum dan sesudahnya
Semuanya begitu istimewa sehingga hati-hati merasakan kedaiman yang
luar biasa
Begitu Allah menciptakan sebaik-baik hati dan manusia
12 Rabiu'ul awal bersamaan 20 April 571 Masihi
Lahirlah putera Abdullah sebagai Rasul utusan Allah
Memancar sinar kegemilangan disegenap pelosok dunia.

Kamu (wahai Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).
(Ali-Imran: 110)

Ya Rasulullah!
Menyoroti sirah kelahiran sehinggakan kewafatanmu
Menyelami perit getir perjuanganmu menegakkan Deen
Merenung sunah-sunahmu yang engkau ajarkan
Sungguh aku tidak layak akan syurgaNya!
Sungguh betapa kerdilnya aku mengharapkan redhoNya
Sungguh aku malu menyatakan rindu, cinta, kasih, sayang kepadamu
Namun belum sempurna makna disebalik pengakuan syahadahku
Masih belum jelas perbuatanku selaras ajaranmu
Hanya mengharap syafaat daripadamu.

Ya Rasulullah!
Kami ummatmu di akhir zaman yang penuh tipu daya menyesatkan
Mengamalkan sunahmu umpama menggenggam bara api membakar
Nista, keji, fitnah semuanya berpadu menjadi atom yang meledak hati
Namun kami mengerti lahirnya kami di dunia adalah sebagai hamba dan khalifah
Perlu thabat dan berani menyatakan kebenaran
Kerana kami pasti syurga itu memerlukan pengorbanan
Kepahitan dan kesengsaraan ada kemanisan dipenghujungnya.

Duhai kekasih Allah!
Hari ini genap 1440 tahun kami ditinggalkan
Namun dirimu seolah-olah hidup dengan sunnah-sunnahmu yang engkau ajarkan
Selagi upaya dengan keizinanNya kami ikut dan pelihara
Sebagai saksi amalan tiket melayakkan ke rumahNya
Duduk berhimpun bersamamu di Firdausi syurga idaman.

Ya Habibullah!
Kasihanilah kami sebagai ummatmu!
Lindungi kami dengan syafaatmu!
Moga Allah redho kami kerana redhomu ya Rasulullah!


Dengan lafaz:
MAULIDUR RASUL GIVEAWAY oleh Bayt Al-Iman ditutup secara rasmi tepat 12 Rabi'ulawal 1432H selepas maghrib mengikut kawasan masing-masing. InsyaAllah!


p/s: bila dah masuk maghrib, dah masuk hari lain kalender hijriah.

5 comments:

Ibu Yusuf Maryam said...

Assalamualaikum..
Kef halik ya ummu muhammad..

Shahdu rasa membaca n3 ini diirngi selawat dan puji2an ke atas Nabi saw yg sedang berkumandang di masjid..

Allahumma soli 'ala saiyidina muhammad wa 'ala ali muhammda..

@LeenShamsh said...

Alhamdulillah ukti zefa..kaifahaluki ya ukhti?

kdg rase diri begitu rendah nk capai redho Allah..byk sgt lagi yg belum beres..doa semoga mati kite sbg Islam yg Allah redho..insyaAllah.. ;)

Anonymous said...

salam maulidur rasul k.lin:)
-ain ipti-

@LeenShamsh said...

wahhhh...rindunye kat ainnn...!!!!sangat2 rindu!

Anonymous said...

heee nk ngis dgr...kmslsm muhammad ye:)