17.11.12

TAKJUB!

Rejim zionis sememangnya bangsa yang memang terkenal dengan putar belit alam. Pengecut! Setiap kali genjatan senjata, laknatullah ini yang melanggar perjanjian. Sekian kali lagi, ianya berlaku. Setelah HAMAS membalas, tahu pula takut dan kembali mahukan genjatan senjata. Kenal Benjamin (Bibi) Netanyahu? Laknatullah ini adalah Perdana Menteri Israel sekarang. Motif serangan zionis pengecut kali ini adalah kerana laknatullah ini cuba test market untuk pilihanraya. Nyawa saudara kita di Palestin seperti gula-gula sahaja buat mereka. LAKNAT KE ATAS ZIONIS PENGECUT!

TERKINI: Briged Al-Qassam mengumumkan sejak bermulanya operasi perang 'Hijarah As-Sijjil', pejuang-pejuangnya telah melancarkan 700 serangan roket dan peluru mortar ke arah pos dan pengkalan tentera. Roket-roket ini juga dihalakan ke Tel-Aviv. Pada hari ini sahaja, Al-Qassam melancarkan 211 serangan roket. Moga sasaran mereka sentiasa tepat kepada pihak musuh! Kredit: Aqsa Syarif.

Di bawah antara peristiwa-peristiwa keajaiban yang berlaku semasa peperangan yang saya jumpa ketika google berkenaan isu Palestin kali ini. Takjub! Terasa bagai kisah sirah Islam seperti perang Badar berulang kembali. Allahuakbar!

****************************************************************************

Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu. Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4
Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!

Peristiwa 5
Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6
Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!". MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.
Allahu Akbar!!!

#ALLAH BERSAMA KITA...
DOA JGN PERNAH BERHENTII...SAYA BUKAN ORG MALAYSIA,SAYA BUKAN ORG SYRIA, SAYA BUKAN ORG PALESTIN,.,TAPI SAYA ORG ISLAM..ADA SAUDARAKU DI SANA PERLUKAN AKU DAN KAMU..TOLONG MEREKA...WALAUPUN DENGAN DOA.

Kredit: DISINI
************************************************************************

Allah boleh sahaja memberi kemenangan mutlak buat saudara kita di Palestin tetapi persoalannya, kenapa Allah tidak memperkenankan kemenangan itu semudahnya? :)

1 comment:

insan_marhaen said...

Tentera ALLAH sentiasa bersama mereka..kan..