17.11.12

McD RUGI BESAR

McDonald Akan Beri 200,000 Burger Secara Percuma Isnin Ini 

PETALING JAYA: McDonald Malaysia akan memberikan 200,000 buger 'Egg McMufin'secara percuma Isnin ini.

Dikenali sebaga 'McDonald Breakfast Day',semua cawangannya seluruh negara akan memberikan burger 'Egg McMufin' secara percuma kepada 1,000 pelanggan pertamanya.

Pengarah Urusan McDonald, Sarah Casanova berkata inisiatif tersebut diperkenalkan sebagai langkah memberitahu masyarakat kepentingan mengambil sarapan pagi yang berkhasiat.

“Dengan tawaran rakyat Malaysia bersarapan bersama kami, kita mahu memulakan langkah bagi mengalakkan masyarakat untuk mengambil sarapan yang berkhasiat untuk lebih cergas pada waktu pagi,” kata Casanova yang juga Pengurus McDonald Wilayah Malaysia dan Singapura dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut McDonald Malaysia, burger 'Egg McMuffin' diperbuat daripada telur segar daripada ladang bersama dengan keju keemasan serta disaluti hirisan daging disertakan dengan mufin segar.

Bagi 1,000 pelanggan pertama di 215 cawangan McDonaland seluruh negara, termasuk di Genting Highlands dan lapangan terbang, mereka akan mendapat burger percuma bermula pada pukul 7 pagi hingga 10 pagi selagi stok masih ada.

Hanya satu 'Egg McMufin' bagi setiap pelanggan yang datang sendiri ke cawangan, bawa pulang mahupun pembelian secara penghantaran ke rumah.

Kredit: DISINI


SANGGUPKAH KITA MAKAN 'Egg McMufin' SAUDARA KITA DI PALESTIN ?

3 comments:

insan_marhaen said...

akak nak kata tak pernah macam pedooh sangat tapi mmg dah sangat3 lama dah tak menyentuh benda alah ni.. sejak kempen boikot yang dulu2...

NoEn said...

dah nama fastfood, xde maknanya berkhasiat...
alhamdulillah kita mmg dari dulu kurang gemar fastfood..
insyaAllah xjadi masalah untuk boikot terus...
berbulan2 sekali pun payah kita nk makan fastfood

IntaNBerliaN said...

Saya kurang sikit dgn McD ni lgpun hubby xsk..