19.11.12

TEMPAH SAHAM SYURGA


Jet dan kereta kebal rejim zionis Israel ke Gaza kerana mencari mangsa untuk mereka cuba bunuh dan hancurkan, namun truck rakyat Malaysia ke Gaza kerana ingin menyelamat dan menyerahkan bantuan-bantuan makanan, perubatan dan kain selimut bagi melindungi rakyat Palestin dari rejim zionis zalim dan musim sejuk yang sedang melanda Gaza. Palestin akan terus dibela oleh Rakyat Malaysia, Tahniah...! Teruskan menyumbang ke dalam TABUNG A2G EMERGENCY RELIEF AQSA SYARIF BERHAD di: Maybank Islamic 551575004299 atau Bank Islam 12092010034904. [sumber]

Allah sesungguhnya Maha Pengasih Penyayang. Sungguhpun kita jauh untuk mati mulia sebagaimana saudara kita di Palestin tetapi antara hikmah peperangan ini, Allah luaskan peluang untuk kita meraih syurga seperti mana mereka melalui INFAQ. Teruskan memberi kerana saudara kita di Palestin memerlukan makanan sebagai asbab sumber tenaga mereka untuk terus berjihad. Moga ada saham jariah berpanjangan buat kita menanti DISANA in syaa Allah! Mari sama-sama TEMPAH SAHAM SYURGA!

1 comment:

insan_marhaen said...

semoga semakin ramai yang membantu...