16.11.12

AMBIL KESEMPATAN

InsyaAllah dengan berkat hari Jumaat, marilah kita sama-sama ambil kesempatan membuat amal jariah yang kekal hidup walaupun kita sudah meninggal dunia. Infaqlah untuk diri kita, suami isteri dan anak-anak hatta sanak saudara walau hanya RM1 setiap seorang dengan niat mudah-mudahan Allah redho dan pandang dengan kasih sayang dengan kesempatan dan kesesuaian usaha yang berbeza antara kita. Mudah-mudahan usaha kecil kita dengan doa, sedeqah dan boikot barangan zionis laknatullah, Allah kurniakan kita panglima-panglima dan srikandi-srikandi kecil berjiwa jihad seperti saudara kita di Palestin!

Tunggu apa lagi? Hanya klik melalui online banking di akaun di atas, insyaAllah nama kita sudah direkod Allah. Calon syurga mungkin ;)

JOM INFAQ!

Infaq dikeluarkan setiap muslim baik dalam keadaan lapang mahupun sempit.
(QS.Ali 'Imran 134).

1 comment:

insan_marhaen said...

InshaAllah sama2 kita infaqkan apa yang kita mampu...JOM..!