26.11.12

HIDUP PM MURSI!


"Diriku untuk seluruh Mesir. Aku tak akan bersikap berat sebelah terhadap mana-mana anak Mesir," sebahagian daripada ucapan Morsi pada hari Jumaat di hadapan beribu-ribu penyokong beliau di luar istana presiden, pertama kali bilangan sebegitu besar dibenarkan berhimpun di kawasan tersebut.

Beribu rakyat Mesir pada masa yang sama juga berhimpun di Medan Tahrir bagi menyatakan bantahan mereka terhadap deklarasi Morsi yang memberikan beliau kuasa mengatasi badan kehakiman negara. Laungan "rakyat mahukankan kejatuhan rejim" bergema, merujuk kepada 'rejim' Ikhwanul Muslimin.

Tambah Morsi lagi, tujuan di sebalik tindakannya adalah untuk memastikan keselamatan serta kestabilan ekonomi dan sosial di Mesir. Untuk berbuat demikian beliau perlu menghapuskan halangan-halangan lampau yang bertanggunjawab membantutkan pembangunan negara tersebut.

IKRAM Mesir 2012

No comments: