30.10.11

SABAR DALAM MENDIDIK

Suami: Kita mesti minta dengan Allah supaya anak-anak tidak dibebani dengan dosa-dosa kita.
Isteri: Maksudnya?
Suami: Yelah dosa mengumpat, dosa hati, pelbagai lagi dosa-dosa kita yang telah lalu, kini dan akan datang. Ini mesti minta sangat pada Allah. Mohon Allah jauh anak-anak menanggung beban dosa-dosa kita.

Doa, Doa, Berdoalah!
Perbualan saya dan suami semasa di dalam insyirah mengenai perihal anak beberapa hari sudah. Saya mengadu yang saya tepuk lengan Muhammad dengan kuat sehingga membawa kepada perihal berdoa dan terus berdoa. Mungkin emosi menguasai diri ketika itu. Rasa menyesal berbuat demikian kerana Muhammad hanya seorang anak yang sedang melalui proses pembelajaran kendirinya secara alami. Apa yang membuat saya begitu menyesal, saya baru sahaja membaca artikel berkenaan anak-anak di blog usrah sakeenah, namun, marah menguasai diri. Maafkan ibu Muhammad!

Sabar Dalam Mendidik
Antara kandungan artikel tersebut adalah seperti berikut yang saya salin dari blog usrah sakeenah:
‎1) Jangan pukul anak dari lutut keatas.
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak. Sabda Rasulullah s.a.w. Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran) dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...
4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12).Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. 'Amr bin Abdillah berkata kepada isterinya yg sedang menyusui bayinya, Janganlah engkau menyusui bayimu seperti haiwan menyusui anaknya. Haiwan pun menyusui anaknya kerana kasih sayang. Akan tetapi, susuilah bayimu dengan niat mengharap redha Allah dan agar dengan air susumu ini hiduplah seorang yang mentauhidkan Allah dan beribadah kepadaNya.

'Anak-anak ibarat kain putih. Ibubapalah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi'.

Bertuah
Peringatan demi peringatan yang cukup terkesan dihati saya sehingga kini. Peristiwa kanak-kanak 2 tahun yang dilanggar di china baru-baru ini, cukup memberi implikasi mendalam terhadap diri saya sebenarnya. Saya semakin mengerti erti ehsan kepada Muhammad. Betapa Allah pinjamkan anak-anak sebentar cuma. Boleh jadi anak-anak adalah modal pelaburan berpanjangan disana dan boleh jadi menjadi ujian buat kita. Walau bagaimanapun, disisi lainnya, saya dan suami berpendapat, kanak-kanak tersebut cukup bertuah. Hakikat perjanjian rohnya dengan Maha Pencipta, membawanya ke syurga tanpa hisab. Berbeza dengan kita, jalan menuju ke syurga bukan mudah. Penentu syurga mahupun neraka cukup menggerunkan. Berbahagialah wahai anak di istana kekal abadi penuh cinta!

Menjadi seorang pendidik bukanlah mudah. Acap kali emosi akan teruji. Mudah-mudahan Allah kurniakan saya kesabaran yang cukup tinggi. Semoga Allah tidak membebani mujahid-mujahiddah kami dengan dosa-dosa lampau, kini dan mendatang. Ya Rabb, perkenankanlah!

Tadika & Sekolah Rendah Islam Tahfiz As-Salahuddin.
Tadika Ahmad, sahabat Muhammad ;) Boleh klik sini untuk keterangan lanjut. InsyaAllah dijamin mantop!

16 comments:

Ibu Yusuf Maryam said...

Ohh.. tadika satu seksyen dgn tadika maryam sekarang..

NoEn said...

panduan yg cukup bagus...kadang2 kesabaran mmg teruji bile si kecik tu buat perangai..itu la anak, bila kita peluk dia, cepat saja dia ok balik..dia buat 'perangai' tu pn sbb nk perhatian dr kita aje kn..

semoga Allah permudahkan dalam mendidik anak ini..org ckp, beranak tak payah, tp bab mendidik anak itu yg mencabar kn..

@LeenShamsh said...

kak zefa: kite failed jln kl hehe ;)

noen: tulah kdg hot dibuatnye..kesian sungguh anak kalau tengah panas..mudah2an Allah kurniaan kesabaran yg bukan sikit buat ibu2 terutamanye..

As-Salahuddin Smart Tahfiz School said...

express sungguh ummu Muhammad update ye. hehe. syukran promote tadika =)

@LeenShamsh said...

mesti promote! same mengembleng tenaga nk lahirkan huffaz kecil insyaAllah! ;)

IntaNBerliaN said...

tiba2 sy terasa sayu je byk entry ni... terus teringat dkt alisha... sy akn berusaha utk ikut tips2 yg telah diberi ni..

stakat ni alhamdulillah.. sy blm pnh terpukul alisha lg.. harap2 Tuhan beri lbh kesabaran dlm mnjaga alisha...

esfa said...

kak lin, nak tanya la, tapi malu, tapi nak tanya juga sebab nak belajar, 'macam mana nak buat line through word' or warnakan tulisan tu?

saya ni buta IT...=)

@LeenShamsh said...

intan: ibu muhammad ni selalu lagi2 kalau die menggigit tengah menyusu..aduhh sakitnye...tepuk mane yg dapat. picit hidung..last2 die senyum sambil kecikkan mate die..saba jelah..

esfa: k.lin dah komen kt entry yg latest tu. harap membantu ;)

kayzie said...

orang pun kdng2 terlepas jugak..tp bila dh buat cpt2 minta maaf sbb tak smpai ati tgk muka dia..nk print out n tmpal ni di rumah spy sentiasa dlm ingatan..:)

kayzie said...

orang pun kdng2 terlepas jugak..tp bila dh buat cpt2 minta maaf sbb tak smpai ati tgk muka dia..nk print out n tmpal ni di rumah spy sentiasa dlm ingatan..:)

@LeenShamsh said...

good idea tu...tmpl supaye ingt selalu..nk tirulh ;D

mummyrinazone beauty said...

kdg2 tleps gk geram2 tp cpt2 pelukalik dia.huhuhu..mmg pnuh kesabaranlh.

@LeenShamsh said...

betul2..ibu memang kurg saba berbanding ayah..dah anak kite kelek 24 jam..makan dgn minum die ade kat ibu die hehe sebab tu ibu kuat bebel..ayah anak syg..ibu marah punye pnjg, ayah berdehem je dh cukup gerun..

d'La Fadelia said...

Good tips...insya-Allah akan ummi dilla praktikkan kepada my young generation.

@LeenShamsh said...

cheD nape tk dpt ekses ur blog??

Feri said...

Semoga kita diberi kemudahan dan kesabaran dalam mendidik anak.