9.10.11

PILIHLAH TERBAIK KERANA ALLAH

InsyaAllah entry ini khas untuk Puan Nur Iryani yang berminat tentang penyusuan eksklusif 2 tahun tanpa makanan pejal. Saya memohon kemaafan kerana saya tidak dapat mengakses blog puan nur iryani untuk memaklumkannya. InsyaAllah saya cuba kongsikan pengetahuan saya yang tidak seberapa dan minta jasa baik rakan-rakan yang lain untuk membetulkan andai saya tersalah dan menambah baik apa-apa yang saya tidak tahu insyaAllah. Sebelum itu, untuk makluman semua, saya bukan siapa-siapa mahupun pakar dalam bidang apapun namun keinginan ingin tahu saya tentang pemakanan, pendidikan semua yang berkaitan anak-anak, Allah datangkan setelah saya bergelar seorang ibu.


Penyempurnaan 2 Tahun
Sebelum ini pengetahuan saya cukup terhad dan alhamdulillah Allah kurniakan kami pengetahuan-pengetahuan tentang keibubapaan sedikit demi sedikit setelah dikurniakan Muhammad dan saya rasa saya perlu berkongsi bersama. Dahulu saya juga berfikiran yang bayi boleh diperkenalkan dengan makanan pejal seawal 6 bulan tetapi hasil pembacaan, menghadiri kuliah-kuliah ilmu sama ada usrah mahupun seminar pemakanan, juga kajian-kajian, kami mendapati kandungan susu ibu sangat unik dan khasiatnya mencakupi sehingga 2 tahun seperti mana firman Allah di dalam Al-Quran. Ianya juga mempuyai kaitan dengan najis mukhaffafah yang mana najis ringan air kencing bayi barusia 2 tahun ke bawah yang hanya menyusu dengan susu ibunya. Ianya cukup konkrit yang air susu ibu mampu mengenyangkan sehingga 2 tahun. Inilah hikmah sunnah dan suruhan Allah insyaAllah. Ada tazkirah pendek oleh Puan Noen diblognya yang saya fikir begitu bermanfaat untuk kita bersama. Boleh berkunjung ke blognya disini. Salah satu frasa ayat yang masih lekat dihati saya, ibu Rasulullah SAW ditakdirkan Allah air susunya kering dan sebagaimana kita maklum Rasulullah SAW menyusu dengan beberapa ibu susuan dan kemudian setelah tamat penyempurnaan penyusuan, Baginda hanya meminum susu kambing sahaja. Kisah ini cukup membuktikan keutamaan susu ibu dan susu sunnah iaitu susu kambing insyaAllah.

Cabaran
Walau bagaimanapun, sekiranya susu ibu tidak dapat menampung keperluan anak, maka wajiblah kita menampungnya demi kesihatannya. Sebagai contoh, anak baru berusia 10 bulan dan Allah kurniakan lagi zuriat untuk kita. Ada sesetangahnya akan kekeringan susu. Ada juga yang anak sendiri tidak mahu dan tidak kurang juga dikurniakan air susu yang lebat sehingga selamat melahirkan. Jadi, keperluan setiap ibu berbeza. Alhamdulillah setakat hari ini, Allah masih izinkan air susu saya cukup untuk menampung makan dan minum buat Muhammad. Namun, Muhammad tidak diizinkan menyusu susu ibu sahaja kerana Muhammad sudah makan seperti kurma, kismis tetapi bukan makan yang berjadual. Kadang-kala, Muhammad sendiri lebih pantas mencapai makanan dan terus dimasukkan ke dalam mulutnya. Tambahan lagi, kita bakal berhadapan dengan orang-orang sekeliling yang tidak biasa dengan penyusuan penuh sehingga 2 tahun dan contoh terbaik semestinya keluarga kita sendiri. Kita mungkin akan digelar 'zalim' kerana membiarkan anak melihat sahaja kita makan tetapi si anak tidak diberi makan. Cabaran-cabaran diatas sedikit sebanyak menjadi gangguan kajian saya terhadap Muhammad namun saya pasti ianya punya hikmah disisi Allah insyaAllah!

Pencemaran Makanan
Selain itu, terlalu banyak pencemaran makanan dizaman ini dan ianya memberi implikasi kepada kesihatan si anak. InsyaAllah susu ibulah susu terbaik untuk anak kita kerana apa yang si ibu makan dan minum, turut dimakan dan diminum oleh si anak melalui tapisan halus susu ibu. Kami mengambil inisiatif untuk mencegah daripada mengubati dengan izin Allah. Contohnya, sebelum ini saya sering memperkatakan sayur-sayuran beracun, ikan yang dijual dipasar diberi ubat agar kelihatan segar, juga ayam yang banyak tercemar dan boleh mengundang virus H5N1 (virus yang sangat patogen dapat bertahan hidup dalam najis ayam selama 6 hari), campylobacter dan sebagainya menurut kajian Dr. Mohamad Zainol Bin Ahmad Haja, ketua penyelidikan & pembangunan pusat inovasi. Pencemaran-pencemaran yang ada di dalam kandungan makanan kita sehari-hari ini kami khuatiri memberi implikasi kesihatan untuk anak-anak kecil seperti Muhammad. Jadi, insyaAllah jalannya hanya susu ibu untuk Muhammad sehingga 2 tahun dengan izin Allah dan mudah-mudahan rezeki Muhammad sehingga 2 tahun penuh.

Vaksin, Imunisasi & Ubat-ubatan
Sama juga seperti vaksin dan imunisasi. Bagi kami, abu dan ummu muhammad, kami mengambil keputusan untuk tidak memberi suntikan kepada Muhammad hanya selepas sedar akan hal ini ketika Muhammad berusia 5 bulan. Pada mulanya kami juga sukar untuk mempercayainya dan kami membuat research, insyaAllah kami yakin dengan keputusan ini insyaAllah dengan izin Allah dan sejujurnya, kami meragui tentang status halalnya dan kandungan-kandungannya yang cukup tidak dapat diterima dek akal. Sebelum itu lagi, abu muhammad sudah merasa berat untuk membiarkan anaknya disuntik kerana dia bukan seorang yang makan ubat apabila sakit dan menurutnya, ubat pasti ada dadah. Tidak sanggup melihat anaknya disuntik dengan dadah dan gerakkan hatinya insyaAllah ada kebenarannya. Menurut sumber lagi, 'mereka' yang mencipta vaksin ini menguji vaksin buatan mereka pada binatang-binatang sebagai contoh tikus. Samakah komposisi tikus dengan manusia? Apabila tikus menunjukkan reaksi positif, maka vaksin itupun tidaklah memberi mudarat kepada manusia. Begitukah? Berkenaan ubat-ubatan pula, insyaAllah kami juga sedayanya mengelak selagi boleh dengan izin Allah. Biarkan antibodi badannya yang Allah kurniakan membuat kerjanya. Berbeza dengan ubat, sampai masanya apabila selalu dimakan, ubat seakan-akan tidak berfungsi. Tambahan lagi, status halal ubat-ubatan hari ini juga meragukan kami. Menurut pihak yang menjalankan kajian tentang pemakanan, pihak yahudi, golongan kuffar memberi makan orang-orang islam babi/khinzir bukan secara terang-terangan seperti menghidang asam pedas, masak lemak dan sebagainya tetapi ianya cukup halus melalui ubat-ubatan. Ada sesetangah yang mengambil mudah dengan mengatakan 'darurat' walhal sekiranya ada alternatif lain, maka relevenkah 'darurat' tersebut? Ditegaskan, ini keyakinan kami dan mudah-mudahan ada keberkatan disisi Allah dan pasti ianya bertentangan dengan ilmu kedoktoran diluar sana. Maafkan kami, ini bukan bidang kami tetapi insyaAllah kami yakin jalan yang kami ambil ini. Mudah-mudahan Allah mudahkan kami hingga ke akhirnya.

Berhati-Hati Memilih Susu Formula
Berbalik kepada isu susu, bukan semua orang Allah izinkan tahu tentang kebaikkan susu ibu namun nasihat saya kepada ibu-ibu, berhati-hatilah memilih susu formula untuk anak anda. Saya pernah berbual dengan ibu hawa Muhammad tentang orang yahudi menjadikan susu kambing sebagai minumannya. Mereka mempromosikan susu lembu buatan mereka tetapi mereka sendiri meminum susu kambing iaitu minuman Rasulullah SAW. Saya pernah membelek buku HALAL HARAM oleh persatuan pengguna Pulau Pinang tentang susu formula bayi yang mengandungi wei iaitu sejenis lemak babi disebuah kedai buku dikampung abu Muhammad namun tidak pula membelinya. Namun saya mampu mengingat dengan baik salah satu susu formulanya adalah susu lactogen keluaran nestle. Milik siapakah nestle ini? Inilah jawapan untuk kekerapan saya cuba untuk mengajak anda bersama-sama memboikot semua keluaran yahudi. Kandungannya cukup meragukan.  Boleh lihat forum disini.

Demi kesihatan jasmani apatah lagi rohani anak-anak kita, rajin-rajinlah mengkaji dan membaca. Nasihat untuk diri saya terutamanya. Ini adalah beberapa bahagian buku HALAL HARAM yang dikeluarkan oleh persatuan pengguna pulau pinang yang saya google sebentar tadi dengan izin Allah.

Akhir kata, apapun yang yahudi bawa dan hidangkan untuk kita walau ianya nampak begitu berkhasiat dan menyihatkan waima sebagai alat mencegah penyakit, namun bagi kami, ianya cukup meragukan. Ditegaskan, ini hanya protokol Bayt Al-Iman dan ianya adalah pegangan dan keyakinan kami insyaAllah. InsyaAllah inilah pilihan terbaik kami kerana Allah. Walau apapun pegangan anda, yakinlah dengan pilihan anda dan serahkan bulat-bulat kepada Allah insyaAllah! Semoga kita sama-sama dikurniakan kefahaman dalam beragama dan keupayaan untuk mengamalkannya semata-mata mengharap redho Allah. Wallahua'alam.

20 comments:

Marlina Mohtar said...

a'ah...ummi ada juga baca nuku tu. Susu lactogen..bebelac...auni memang tak minum susu2 tu pun. Lagipun mahal hehe. Ummi baru nak tukar susu auni ke susu Ilham. Dulu minum Dumex

huhuhu said...

salam.. sharing is caring dear... good information here... teruskan tau ibu muhammad...:)

@LeenShamsh said...

ummi na: susu ilham pun ok n susu kambing karihome pun boleh cuba..

anis: wah bekalan kpd pengantin nih ;)

kayzie said...

bila pikirkan tentang maknan tu mmg kdng2 menakutkan, 'mereka' semakin menguasai dunia, kita pula selalu terpedaya..smpai skrg, Muhammad belum mkan sepenuhnya la ya?kagum dgn ummu muhammad..thanks 4 sharing..

Unknown said...

tq share...bagus info tu...harap-harap dapat susukan aisy sampai 2 tahun...

IntaNBerliaN said...

info yg sgt berguna!!

sy pun suka minum susu kambing.. kambing tu mkanan favorite sy n suami.. hihii

@LeenShamsh said...

kayzie: tahniah! bestnyerrr! tadi dah g jengah blog tntg brite itu hehe

my aisy: amin mudah2an! ;)

intan: bestkan? (tetibe teringat dah lame tak makan daging kmbg)

NoEn said...

dalam susu baby pun mereka letak macam2..hmmm...

@LeenShamsh said...

yelah noen..diorang takkan letih nak menghancurkan umat islam..kite je selalu tak sedar tapi insyaAllah Islam ni agama Allah dan Allah akan pelihara hingga akhirnya

Anonymous said...

Assalamualaikum ummu muhammad

Terima kasih sebab sudi buat entri khas untuk saya. Pertama sekali maaf sbb tak dapat akses blog saya kerana sedang ditutup untuk sementara waktu. InsyaAllah akan dibuka suatu hari nanti untuk dikongsikan pada semua tentang visi dan misi saya yg tak seberapa ini.

Alhamdulillah, pendapat saya pun sama seperti ummu muhammad ttg penyempurnaan susu ibu selama 2 tahun itu. Nutrien dalam susu ibu akan meningkat/ berubah seiring dgn tumbesaran bayi yg semakin perlukan tenaga. Suami saya sangat galakkan ttg hal ini.

Saya sangat bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah sbb mempunyai ibu bapa serta ibu bapa mentua yg sangat galakkan saya terhadap penyusuan eksklusif tanpa solid foods 2 tahun penuh insyaAllah (jika tidak apa2 aral spt pregnant/ sakit/dll)

p/s : saya selalu ikuti perkembangan blog ummu muhammad semenjak saya baru berkahwin lagi. 13/2/2010...syabas, teruskan penulisan ilmiah diiringi dgn dakwah yg sangat menyentuh jiwa. :))

@LeenShamsh said...

waalaikumussalam iryani ;) saye bukan sape2..bukan pakar ape2..dan tiade ape2..hanye insan yg mengharap Allah bantu dari mase ke mase dan mengharap dapat same2 sume orang menjayakan misi hamba dan khalifah insyaAllah ;)

nikmat yg cukup besar sokongan daripada mertue lebih2 lagi suami. sumber kekuatan kite. semoga kekal bertahan dan tidak diganggu anasir luar dalam misi penyusuan eksklusif..saya teringin benar mahu membuat research tentang penyusuan eksklusif..insyaAllah nanti blog iryani dah aktif..saye bole buat sample ;)

insyaAllah anak2 yg tk biase dgn makanan, insyaAllah die tak mintak..mcm Muhammad sudah kenal makanan..sekrang Muhammad semakin besar..keinginan die begitu tinggi juga. kdg siap panjat sendiri atas kerusi kat meje makan..kdg tengah makan, tangan die lagi pantas capai nasi..memang rezeki dielah tu ;)

setakat hari ini muhammad hanye teringin mahu makan ketika kami makan. insyaAllah makan berjadual pagi petg siang malam memang takde..cuma kalau kami makan dan die mahu juga makan..suap jugalh sebutir dua butir nasi bagi die diam selain kurme..iryani dgn suami myb ade care lain utk menangani hal ini mase anak diusia muhammad nanti..mudah2an dimudahkan urusan ;)

doa kami mengiringi perjuangan iryani dan bait muslim..doakan kami juga ya! ;)

Anonymous said...

ameen..doakan saya berjaya

saya juga sedang buat research n adala sikit interview pada beberapa org yg da berjaya ttg sengaja nak exclusive bf lebih setaun-2 taun. setakat ni dah 5 org sbb termasuk mak saya sendiri terhadap kami adik beradik. insyaAllah nanti saya kongsikan sama.

:))

@LeenShamsh said...

alhamdulillah! maksudnye eksklusif semate susu ibu ke? kalau demam bagaimana ye nk atasi?

Anonymous said...

alhamdulillah mereka sume hanya bagi air susu ibu sahaja tanpa apa2 air atau makanan. Kalau demam, bagi susu ibu juga dan turunkan panas badan secara natural (lapkan/mandikan).

@LeenShamsh said...

allahuakbar! hebatnyeee!!! keyakinan seratus peratus kepada Allah..saye kene belajar hakikat ini..jgn mudah gelabah..mudah2an Allah kurniakan nikmat ini utk anak kedue..teringin nak renjis2 je air kepada najis mukhaffafah ;)

mummyrinazone beauty said...

memang dunia sekarangnie banyakterdedah pada makanan tak sihat.pencemaran makan mmg menggerunkan..mmg kesian tgk bayi bila diberi imunisasi..nak jugak cuba susu kambing karihome tp agak mahal jugakkan?susu tepung berasaskan soya mmg tak elok ada terbaca..harap untuk sofia bleh menyusu sehingga 2 tahun

@LeenShamsh said...

setin dalam 33-35 susu karihome..boleh try utk merah..susu soya tak payahlah mummy..kite pun ade bace muslihat yahudi disebalik soya

nabilah said...

yani was my schoolmate. hehe kecik dunia... ntahlah kak lin, bila semua org suruh bagi makanan pejal pada baby sy pun bagi. tp ttp tak mengetepikan makanan sunnah.. moga akak dgn iryani terus istiqamah...

@LeenShamsh said...

aminnn..sekrg sgt risau..mudah2an kembali meriah..rase nk pegi mkn briani kmbing weekend nih ;)

NurulJannah said...

As Salam Ummu Muhammad,

Terima kasih untuk perkongsian ini. Saya juga seorang ibu yang meneruskan penyusuan susu ibu semata2 tanpa makanan untuk bayi perempuan saya yang berusia 12 bulan 2 minggu.

Walaupun tahu hukum najis mukhafafah valid bagi bayi lelaki saja, tapi saya yakin susu ibu cukup segala nutrisi utuk tumbesaran anak :)

Ada juga suap anak kismis & kurma sejak usia 10 bulan & diteruskan hingga sekarang. Melalui pembacaan & kajian sendiri (saya bekerja & mengepam susu hari2 untuk bekalan anak di rumah pengasuh), kalori dalam susu ibu bertambah seiring usia anak & bila sejukkan susu perahan, lapisan lemak semakin tebal :) pertambahan kalori juga buat anak lebih kenyang walaupun menu utama susu ibu :)

Alhamdulillah, sejak anak 6 bulan saya menggali tentang vaksin. Syukur Allah bukakan mata hati saya untuk mencari maklumat & sebagai orang Islam, saya rasa bertanggungjawab menyebarkan maklumat sebenar berkaitan vaksin ni. Sebagai ibu bapa Islam, wajiblah kita tinggalkan vaksin yang mengandungi sel babi, sel fetus, DNA binatang seperti monyet dan sebagainya. terdapat kandungan merkuri & aluminium juga...bayangkan bagaimana badan anak kita nak terima segala bendasing ini yang dimasukkan ke dalam salur darah melalui suntikan? kini saya beralih pada makanan sunnah, natural remedies & perubatan homeopathy. Apa pun, Allah dah cipta vaksin terbaik buat bayi iaitu susu ibu :)

Sekian saja perkongsian saya, teruskan menulis bahan ilmiah seperti ini :)