4.8.11

MENCARI SUAMI HILANG

Mungkin ramai blogger yang sudah tahu akan hal suami Siti Salwa yang hilang semenjak 2 Ramadhan 1432H. Saya telah BW ke beberapa blog seperti Puan Intanberlian dan Kak Yong, yang menyiarkan kisah si suami yang hilang sebagai hebahan ramai. Mudah-mudahan hebahan melalui Bayt Al-Iman sedikit sebanyak membantu insyaAllah!

Kronologi Hilang
Cerita kehilangan bermula apabila suami Salwa keluar dari rumah pada pukul 3 pagi ke keretanya untuk mengambil Tafsir Al-Quran. Setelah 20 minit, dia mendapati yang suaminya tiada di hadapn rumahnya. Suaminya tidak membawa apa-apa pengenalan diri mahupun telefon. Lenyap begitu sahaja. Kehilangan suaminya telah dilaporkan di balai polis. Menurut artikel yang saya baca juga, kehilangan si suami telang banyak dihebahkan melalui FB mahupun blog.

Nama: Ithnin Ngadiman
Hilang pada: 2 August 2011, kira-kira pukul 3 pagi
Maklumat: Keluar tanpa ic. wang, dan hp, memakai baju merah dan seluar hitam. 
Nombor uk dihubungi sekiranya anda mempunyai maklumat:
Sarjan Radha - 012-6059997, Salwa - 0133101221 atau ibu Salwa 0163743248

Sebagai muslim yang bersaudara, sama-sama kita mendoakan keselamatan suami Salwa. Mudah-mudahan doa-doa kita semua Allah angkat untuk meleraikan kekusutan dan kerisauan keluarganya ketika ini dengan kepulangan bapa kepada 3 orang anak ini. Semoga Allah mengurniakan kekuatan kepada keluarga Salwa dan diberi ganjaran sabar disisiNya insyaAllah!

9 comments:

Ibu Yusuf Maryam said...

Semoga dipermudahkan semua usaha. Semoga suami salwa dpt ditemui dgn selamat.. :D

Unknown said...

huda pun dh baca cite ni..moga beliua selamat pulang ke pangkuan keluarga. amin ya Allah

myamyza said...

ye, semoga selamat kembali pulang..

@LeenShamsh said...

jom sama2 doa utk saudara kita..mudah2an Allah mudahkan mereka amin!

Marlina Mohtar said...

ummi pun ada baca sekilas lalu cerita ni. Erm, cara dia "hilang" tu membuatkan banyak pertanyaan....

@LeenShamsh said...

ha'ah sebab tanpe ape2..mudah2an tiada apelah ummi..

::Mama Annaufal♥Aunie:: said...
This comment has been removed by the author.
Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

dia hilang atau dia melarikan diri?????

@LeenShamsh said...

mama naufal n aunie: mane message? ;P

kak BSB: alhamdulillah jumpe dah kak ;)