Aku seperti mencari manusia yang masih hidup di celah timbunan mayat di sini. [Abu A'ala Al-Maududi].
Saya pernah tuliskan berkenaan fikrah beliau di entry IJAZAH = SIJIL KEMATIAN.
Perjuangan dalam sistem sekular hari ini bukannya mudah. Terlalu banyak kerenah biokrasi yang perlu kita hadapi dengan perasaan yang bercampur baur. Pandangan sebagai dewasa saya hari ini, membenarkan kata-kata Al-Maududi yang sistem pendidikan kita hari ini mempersiapkan manusia-manusia untuk berkhidmat dalam sistem manusia yang melekakan, melalaikan, 24 jam hiburan, tanpa haluan dan matlamat yang tidak pernah jelas.
Umpama mayat yang telah mati tanpa tujuan hidup.
Tidak perlu jauh. Waktu solat. Marilah kita sama-sama kira bilangan kepala yang boleh berhenti daripada melakukan sebarang pekerjaan sebaik mendengar azan berkumandang? Situasi ini terlalu jauh. Mari pula perhatikan waktu solat anak-anak yang dianggap masih kecil di usia 7 dan 8 tahun. Tidak tahu menjaga kebersihan, maka mereka tidak perlu waktu solat.
Saya fikir dan terus berfikir. Dimanakah selayaknya anak-anak saya bakal mendapatkan pendidikan yang sewajarnya. Sedarkah kita yang tentera-tentera Allah dipelihara akhlaknya semenjak kecil mereka. Bagaimanakah kualiti jiwa kehambaan mereka sehingga Umar Al-Khattab dan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi mampu membuka kota Palestin? Bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh membuka kota Konstantinopal?
Mereka bukan sahaja menjaga waktu solat tetapi mereka cukup menjaga kualiti solat-solat mereka. Antara insan-insan pilihan Allah untuk tidak tinggal solat berjemaah, solat tahajjud dan solat sunat rawatib.
Selama ini, sebagai ibu ayah yang berkesedaran yang kejayaan itu bukan diukur melalui pelbagai kertas yang dinilaikan tetapi kejayaan kita adalah berjaya bertemu Allah di syurga sana, adalah cukup MENGERIKAN memperjudikan anak-anak saya dalam sistem pendidikan yang terlalu sekular dan ketempangan arah tujuan ke destinasi hakiki.
Bagaimana sistem pendidikan hari ini mampu membina generasi yang berkualiti persis generasi awwal sedangkan waktu solat murid, tiada siapa yang mahu perjuangkan. Allahu! Dosa paling besar apabila bukan ustaz atau ustazah mengajar apa itu keindahan Islam kepada anak-anak.
Maka tidak pelik terlalu ramai ibu-ibu yang sanggup mengorbankan profesion mereka untuk homeschool anak-anak mereka. Mereka ibu-ibu berjaya dalam kerjaya seperti doktor, usahawan tetapi memilih untuk tidak memperjudikan nasib anak-anak mereka. Solusi mereka, berhenti kerja dan mengajar anak-anak mereka ilmu-ilmu yang sepatutnya mereka dapat di awal usia. Tenang dan lapang.
Boleh rujuk sahabat-sahabat para puan tabib yang mengorbankan kerjaya mereka demi anak-anak mereka seperti Dr. Siti Rohana dan Dr. Aida Fazlin.
Sebagaimana mereka, kami juga pening memikirkan pendidikan selayaknya buat anak-anak. Dalam fikiran kami memang HOMESCHOOL yang menekankan pendidikan akhlak dan Al-Quran. Bagaimana aturan masa buat mereka dalam keadaan kedua-duanya bekerja. Terlalu banyak cabang dalam fikiran sehinggalah Allah kurniakan ilham penubuhan Tadika Tahfiz Muhammad dengan sokongan padu dan semangat serta doa tidak putus sahabat-sahabat yang saya cintai kerana Allah. Mohon doa Allah kumpulkan kami dalam syurga tertinggiNya.
Terlalu banyak hak anak-anak kami yang perlu ditunaikan dan kami tidak mahu dipertanggungjawabkan atas kelalaian kami dalam sistem yang diibaratkan Al-Maududi sebagai sistem penyembilihan manusia. Sistem yang terancang rapi.
Dari segi jagaan pemakanan anak-anak. Dari segi kualiti didikan. MashaAllah kasihan anak-anak saya di luar sana. Tatap muka-muka mereka menjadikan sayu sungguh hati. Mereka yang berlatar belakangkan pelbagai jenis ibu ayah. Berat sungguh hati, merantai kaki ini untuk melangkah meninggalkan mereka pergi. Apakah nasib anak-anak saya. Berapa banyak manusia yang bakal keluar dari sistem manusia ini tanpa kualiti jiwa kehambaan.
Jangan terkejut, sehingga hari ini kami sengaja tidak memperkanalkan anak-anak dengan ABC dan 123 malah tidak pernah ada walau sedikit kerisauan saya anak-anak belum pandai baca BM bercakap orang putih dan masih dengan 'lungatul jannah' mereka. Kami tidak menafikan kepentingan ilmu-ilmu ini tetapi perjalanan hidup Ar-Rasul SAW itu sungguh menjadi suri tauladan.
Menyusuri sirah Baginda SAW, bagaimana wahyu Allah itu turun melalui Jibril yang mana Rasulullah SAW adalah ummi, tidak tahu membaca. MashaAllah sungguh bertepatan dengan anak-anak kita diusia bayi. Mengapa bayi dan anak-anak kecil memang cepat atau lebih dahulu menghafal daripada mengenal.
Dakwah dan tarbiyyah Allah melalui usrah membawa saya untuk memahami sabda Rasulullah SAW supaya memperbaiki diri dan serulah orang lain. Untuk menanti kesempurnaan dalam memulakan dakwah, inshaAllah sampai mati sekalipun kita tidak akan berjaya kerana manusia sifatnya tidak maksum dan tidak akan pernah sempurna.
Kemashlahatan ummah hari ini membuat kami terfikir, bagaimana untuk masuk ke dalam masyarakat yang tidak dekat dalam dunia internet di hujung jari untuk mengajak maaruf dan mencegah mungkar. Bagaimana mahu masuk ke dalam masyarakat hari ini melalui didikan Al-Quran seawal bayi. Bagaimanakah cara terbaik untuk menyuntik kesedaran ummah, wahai manusia, mari menyembah Allah dan kembalilah kepada sunnah Rasulullah SAW.
MashaAllah wa tabarakallah! InshaAllah rupa-rupanya Allah sediakan permulaan tapak yang baik buat para tentera Allah yang keluar dari rahim saya dan tentera-tentera Allah melalui rahim-rahim manusia sekeliling saya untuk saling menguatkan di akhir zaman ini. Allah kurniakan TTM dengan matlamat jelas serta inshaAllah menghidupkan sunnah yang inshaAllah kami nampak kesinambungannya.
Impian saya, moga ada sekolah rendah kesinambungan dari TTM buat TTM (baca: TENTERA-TENTERA al-MALIK) untuk mendalami sunnah-sunnah para Nabi Allah seperti mengembala kambing, menternak dan pelbagai aktiviti-aktiviti alam buat mereka untuk membentuk akhlak mulia. Sekolah rendah untuk usia 7-15 tahun untuk mereka hafal Al-Quran dan bermain dengan alam sebelum dilepaskan untuk bertalaqqi dengan tuan-tuan guru muktabar seluruh dunia.
Takdir saya adalah bidang akademik. Mudah-mudahan TENTERA-TENTERA al-MALIK melalui dan bermula dengan TADIKA TAHFIZ MUHAMMAD, graduasi sebagai orang-orang alim yang sungguh terkenal dikalangan penduduk langit yang bakal menarik tangan-tangan kami orang tuanya untuk berkumpul dalam syurga tertinggi Allah inshaAllah wa biiznillah.
Semoga Allah memuliakan rahim saya dan rahim-rahim anda semua.
Antara koleksi buku terbaru yang dibeli untuk TTM buat TTM dan selamat diulangkaji sepanjang cuti raya haji 1436 di kampung zauji.
2 comments:
Saya juga sedang mempertimbangkan dgn seriusnya utk homeschool anak2. Homeschool mempunyai byk kelebihan namun byk pengorbanan juga perlu dibuat.
Ada byk keburukan di alam persekolahan (aliran biasa) yg kita cuba nafikan, cth mudah adalah
1. ikhtilat lelaki perempuan.
2. Separuh hari di sekolah, kemudian ke kelas agama pula. Jam 7mlm baru jumpa ibu bapa. Bila masa nak didik anak2? Bila anak2 buat hal di sekolah bukankah ibubapa ditegur supaya "jangan lepaskan tanggungjawap mendidik anda kpd guru sekolah"
3.Pelajar pula belajar semata utk lulus kerana sistem peperiksaan. Bagaimana ilmu nak masuk ke dalam hati?
Namun utk keluarkan anak2 dr normal masyarakat bukanlah mudah. Kalau semua sekolah mcm TTM kan bagus :)
Just my 2cent. Para guru please dont be offended.
Puan Anna Ruslina yang dirahmati Allah ;)
1. Ya ikhtilat memang isunya. Bukan di sekolah sahaja malah semua tempat. Andai seketul daging bernama hati tidak didasari iman, memang buruk padahnya.
Antara punca kemashlahatan ummah seperti hamil anak tidak sah taraf, pembunuhan bayi2 ini, perceraian suami isteri apabila suami orang dan isteri orang bercinta, semunya bermula dgn ikhtilat.
isu ikhtilat sememangnya bukannya remeh. Islam memandang berat kerana permulaan inilah yang menyebabkan banyak kerosakkan di atas muka bumi Allah ini.
Anak2 dalam kelas yang didudukan berlainan jantina juga adalah masalah besar yang perlu ditanggung guru.
Pendek kata, jadi manusia ini kalau tidak mampu banyak, sekurang-kurannya tidak jahil.
2. kita tidak menafikan guru terikat dgn beban kerja yang melibatkan luar drp tugas2 mengajar yang menekan dan stress. pelbagai aplikasi sistem yang tidak cerdik.
pendek kata, kita juga terikt dgn sistem bodoh ini. dapat pula org atas sekular yang terlalu protokol, mmg sgt masalah.
3. sy juga sgt tidak setuju sistem peperiksaan tetapi mereka mahu gantikan dgn satu sistem yang konon2 bebas peperiksaan tetapi sgt membebankan..kami terbeban dgn dokumentasi yang lebih byk menipu dari yang benar..nilah antara korupsi yang kami guru2 juga pening.
benar puan. mahu keluar dari norma kebiasaan masyarakat kita hari ini adalah satu masalah besar dan kita adalah dagang.
Islam adalag dagang dipermulaannya dan akan kembali dagang di pengakhirannya..maka, beruntunglah orang2 yang dagang ;)
Post a Comment