26.10.14

BESAN SEFIKRAH

Sekali seumur hidup.

Asbab ayat ini, ramai anak-anak muda sanggup menghabiskan puluhan ribu ringgit untuk mencapai darkat 'raja dan ratu' sehari. Idamkan cantik dan kacak ala-ala puteri dan putera raja golongan bangsawan sehingga sanggup berhabis puluhan malah ratusan ribu ringgit.

Harga hantaran perkahwinan sekarang mashaAllah. Sekiranya saya seorang lelaki juga saya boleh pitam. Bak kata Ustaz Azhar, goreng ikan pun hangit, tumit kaki pecah, minta hantaran berpuluh ribu. Semoga Allah melindungi para ulama' kita di hujung usia dunia ini.

Alhamdulillah, Allah beri sedikit kesedaran dan kematangan kepada zauji dalam urusan walimah kami lebih 6 tahun sudah. Tiada sebarang pinjaman peribadi dan hasil simpanan berhemahnya dari gaji permulaan dan Alhamdulillah mak abah juga tidak meletakkan sebarang harga. Ikut semampu suamiku.

Kesedaran fenomena belanja kahwin yang sangat membebankan, kami berhasrat supaya anak-anak kami tidak akan terbelenggu dek hutang piutang yang terikat. Saya tolong sayangkan wang para bakal pengantin yang mengalir terlalu banyak semata-mata untuk satu hari itu sahaja kerana kita bukan orang berada, golongan bangsawan, anak raja yang wang bukan menjadi masalah.

Satu hari bahagia, 20 tahun menderita.

Alangkah eloknya sekiranya pengantin dan keluarga mempelai memandang sedikit ke hadapan yang anak-anak akan terbeban dengan hutang perkahwinan dengan keadaan mereka baru hendak memulakan hidup yang memerlukan pelbagai perbelanjaan sebagai asas rukun untuk hidup. 50K yang dibelanjakan boleh sahaja dikembangkan untuk permulaan perniagaan selepas berkahwin.

Bertitik tolak dengan fenomena hari ini, kami suami isteri telah memulakan tabungan bulanan buat anak-anak dengan harapan apabila mereka dewasa, anak-anak kami tidak perlu berhutang itu dan ini. Biarlah mereka hidup bahagia tanpa hutang keliling pinggang seperti mana kita hari ini.

Kini saya mengerti mengapa murabbi saya tidak beli rumah, tiada kereta, kerana mereka sangat faham yang dunia hanya untuk mereka menjalankan tugas mengapa manusia diciptakan. Mereka terlalu faham yang dunia hanya tempat persinggahan untuk kehidupan yang kekal.

Rupanya, kami silap. Masih ada manusia yang berfikiran luar biasa! Berkahwin dengan cara paling barakah dengan syarat kita punya orang tua yang sangat faham agama dan tuntutan insaniah. MashaAllah tanpa hantaran, tanpa jurugambar, tanpa kos sampingan, majlis akad nikah selesai dengan hanya bermaskahwinkan seset kitab. Subhanallah!


Anak-anak masing-masing baru berusia 4 tahun dan 2 tahun, mak anak-anak sudah fikirkan bakal-bakal besan :D. Doa saya moga anak-anak saya dan bakal-bakal menantu saya dikurniakan perkahwinan yang paling barakah disisi Allah, hidup bahagia tanpa hutang sampai jannah inshaAllah!

4 comments:

As-Salahuddin Smart Tahfiz School said...

Indah dan lebih mudah begini. Tidak perlu nak menunjuk beg tangan paling mahal, kasut berjenama tinggi,set wangian penuh lagha. mudah-mudahan anak-anak syurga kita bertemu jodoh yang solehah dan tidak membebankan di kemudian hari.

@LeenShamsh said...

masih ade rupenye insan2 begini..bertuah punya mak ayah yang sgt faham realiti kehidupan..mudah-mudahan anak2 kite semua juga sebertuah pengantin barakah ini ;)

Barakallahulakuma!

ummu amir hamzah said...

InsyaAllah set2 kita ni yang paham erti kesederhanaan..kami pun ada kesedaran macam ni, nak sangat walimah yang mengikut syariah. Tak berpeluang rasa zaman sendiri, harapnya dapat memudah carakan zaman anak...

masalahnya kita ni tiga2 semua hero guane nak tempah ni? hahahha...

@LeenShamsh said...

ho tulah za..kalau ank pompuan, inshaAllah senang nk praktik..kite mudahkan menantu2 lelaki soleh lagi musleh kite heh..ni anak lelaki, kene keluarga menantu perempuan mcm makpak pengantin luar biase ni!

inshaAllah doalah same2 bakal2 solehah2 ni keluar ya nanti hihi..booking! :P