22.10.14

KAIN DI DALAM

Ada beberapa siri ceramah VCD Ustaz Dr Abu Anas Mandani yang dibeli zauji. Allahu! Banyak sangat saya terlepas disini. Betapa terasa begitu tidak lengkap rukun hidup sebagai seorang manusia yang bukan sahaja punya tanggungjawab kepada diri malah kepada ummah keseluruhannya. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang telah, sedang dan akan datang.

Kubur masing-masing.

Antara dialog terkenal orang-orang yang tidak mampu menerima teguran. Mungkin orang seperti ini yang akan menguruskan jenazahnya sendiri. Memandikan, memakaikan kain kafan, solatkan dan tanam diri sendiri di dalam perut tanah nanti.

Tidak dan sama sekali tidak.

Kita hidup sehinggakan mati malah di padang mahsyar sekalipun, kita memang tidak terlepas dari tanggungjawab sesama insan. Tanggungjawab kepada Allah dan Ar-Rasul. Melaksanakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Tanggungjawab kita kepada masyarakat. Tanggungjawab isteri kepada suami dan anak-anak dan paling berat tanggungjawab pemimpin kepada yang dipimpinnya. Skop lebih kecil suami kepada isterinya.

Pada pendapat saya, seorang lelaki memerlukan asas agama yang kukuh seperti sifat cemburu yang menepati syariat. Contohnya, cemburu melihat isteri kita senda gurau gelak ketawa dengan lelaki ajnabi. Cemburu melihat isteri bersolek berlebihan ke tempat kerja. Cemburukan isteri berpakaian tetapi seolah-olah telanjang.

Telanjang?

Wahai para suami yang diredhai Allah, lihatlah pakaian-pakaian yang dipakai para isterimu. Pastikan isteri anda, berbaju kurung hatta berjubah sekalipun bersama KAIN DI DALAM. Kasihanilah lelaki-lelaki yang tipis iman mereka lagi jahiliyyah.

Tanggungjawab kita sangat luas. Bukan untuk diri kita sendiri. Berapa ramai yang melihat kelibat dan bayang-bayang kaki-kaki isteri anda. Suami adalah pakaian isteri. Begitu juga sebaliknya. Saling peliharalah pakaian-pakaian kita di dunia untuk mencapai redha Allah sampai syurga.

2 comments:

ily♥ said...

Terima kasih kerana mengingatkan kak..
Alhamdulillah, sudah terbiasa memakai kain berlapis-lapis di dalam. Alhamdulillah, suami juga pernah menegur. Gara-gara seluar yang dipakai di dalam jubah bersifat nipis kainnya, maka terlihat garis yang tidak sepatutnya diperlihatkan walaupun kain jubah tu tidak bersifat jarang. Puas seharian jadi malas untuk bangun dari kerusi pejabat, gara-gara risau dilihat orang. Dan sehari suntuk ber-kot dari pejabat sampai ke rumah. Thus, setiap kali berjubah, padanan di dalam adalah seluar jeans supaya insiden tidak berulang..

ily♥ said...
This comment has been removed by the author.