11.3.13

ROADTAX

Berehat sekejap dari kumpasan rejim Monggol yang mengganas sehingga Baghdad lumpuh. Banyak aktiviti BAi yang tertangguh antaranya ialah perkongsian mudah hanya di hujung jari.

Unta kecil kami yang Allah pinjamkan, Insyirah (nama bukan main) sudah kali ke-5 diperbaharui cukai jalan dan insurannya. Walaupun kecil dek asbab pernah cedera sehingga masuk hospital 2 minggu lamanya dan merasa jugalah patah kaki dan ditakdirkan hanya Murad si pacuan 2 roda kepunyaan ayahanda Muhammad dan Abdullah menjadi tempat pergantungan kami jalan-jalan petang selain meminjam unta nenek Muhammad ;). Jadi, cukai dan insurannya bukanlah begitu murah asbab-asbab di atas ;).

Perenggan di atas bukanlah untuk tajuk di atas. Sekadar imbasan kenangan merasa nikmat 'kesusahan'  yang hanya sebentar dan sangat manis untuk bersyukur. Bagaimana agaknya Palestin, Syria kita yang berdepan dengan orang-orang zalim sehinggakan ada yang terpaksa merobohkan rumah sendiri kerana diberi pilihan oleh zionis laknatullah. Sama ada mereka yang meruntuhkan dan si keluarga perlu membayar upah mereka merobohkan atau merobohkan sendiri. Laknat Allah ke atas zionis zalim!

Semenjak tahun lepas, kami telah menggunakan khidmat online untuk baharui cukai jalan. Alhamdulillah rupanya ianya mudah sahaja sebagaimana kita membayar segala bil secara online. Bayaran insuran dibuat di takaful berkaitan yang berdekatan. Biasa kami pilih cover paling rendah. Kemudian, sebagai pengguna internet tegar, saya perlu daftar dan isi form memperbaharui cukai jalan.

MYEG. Klik gambar untuk pautan ke laman web tersebut.

Pelbagai versi perbaharui cukai jalan. Ada upah runner yang siapkan dokumen takaful sekali. Ada yang suka ke pejabat pos. Kami pula, suka guna online :). Saya sangkakan yang nama dan kata laluan akan relevan sampai bila-bila. Rupa-rupanya apabila saya hubungi operator, ianya hanya sah untuk 3 bulan sahaja. Selepas itu, perlu daftar semula dan kemudian, isi borang yang berkenaan. Jadi, saya daftar nama dan kata laluan baru dan terus sahaja mengisi 'Road Tax Renewal'. Alhamdulillah hari Jumaat isi, hari Isnin sampai.

 Cukai jalan unta kecil kami, Insyirah untuk tahun 2013.

Insuran dan cukai jalan unta kecil telah selesai. Unta kurus pula hujung Mei nanti. 4 kali ganda. Itu pun cover paling rendah. Bilalah mahu jadi orang paling bahagia T__T. 

3 comments:

nurbijen said...

senangkan urusan hujung jari... balik M'sia nanti boleh la nak cuba :)

Ruse Sulaiman said...

Tak pernah guna khidmat online utk yg ini.. :)

NoEn said...

xpernah cuba lg guna myeg ni...lgpun tempat insuran ngan jpj sebelah menyebelah jer...

sebenarnya husband yg buat semua tu...hehe