20.8.11

CENDERAHATI MUHAMMAD SETAHUN RAMADHAN GIVEAWAY

Alhamdulillah cenderahati daripada Muhammad sempena MUHAMMAD SETAHUN RAMADHAN GIVEAWAY telah sampai semalam dan telah siap dibungkus. InsyaAllah ianya sedia dipos bila-bila masa mengikut kesempatan kami ke pejabat pos. InsyaAllah esok atau lusa. Mudah-mudahan ianya sampai sebelum pejabat pos cuti beroperasi.


Diharap semua menyukai hadiah daripada Muhammad ini. Sebenarnya saya sendiri tidak tahu mahu membeli apa. Ditakdirkan Allah ketika saya memeriksa kotak mesej email saya dalam menanti beberapa peserta GA yang masih belum menghantar details, hati saya tertarik dengan tawaran Ramadhan Puan Lina Karim tentang flashcard yang dibuat oleh syarikatnya. Flaschcard biasa yang dijualnya, terputus bekalan sekian lama. Jadi, dia mengambil inisiatif membuat flascardnya sendiri memandangkan masa yang begitu berharga. Alhamdulillah saya membuat tempahan dengan segera dan alhamdulillah telah sampai  semalam.

Cenderahati kecil daripada Muhammad untuk sahabat-sahabat kecilnya ;)

InsyaAllah mudah-mudahan ianya berguna untuk anak-anak kita sebagai persediaan awal sebagai huffaz kecil. Penggunaan flashcard menurut ajaran Puan Lina Karim, kita perlu menampalnya di dinding sebanyak 5 keping dan menukarnya setelah anak-anak kita menghafal kelima-lima huruf berbaris tersebut. Ilmu baru buat saya dan mudah-mudahan kita semua insyaAllah! ;)

Berikut adalah peserta MUHAMMAD SETAHUN RAMADHAN GIVEAWAY insyaAllah:
1. che' adil
2. pengemis cinta (PC)
3. mawar
4. ummu abbudey
5. puan nina
6. mama alya
7. hani
8. naziffa
9. ummu aziz
10. FCU
11. kayzie
12. myamyza
13. mama annaufal & aunie
14. cik sue (CS)
15. azatiesayang
16. dyan
17. hanis zainal
18. miftahul jannah
19. ibu yusof & maryam
20. huda
21. fifah

Kepada Hani dan Miftahul Jannah, Bayt Al-Iman sangat mengalu-alukan details daripada anda untuk kami dipos hak anda bersama-sama cenderahati yang siap sedia dipos bila-bila masa daripada Muhammad sempena MUHAMMAD SETAHUN RAMADHAN GIVEAWAY, sudi-sudikanlah. ;)

Terima kasih kepada semua doa-doa anda yang sangat hebat dan begitu cantik sekali untuk Muhammad. Semoga segala doa-doa itu Allah makbulkan dengan berkat Ramadhan dan terbias kembali mencari anda dan semua zuriat keturunan anda untuk sama-sama menjayakan misi hamba (51:56) dan khalifah (2:30) di kampung sementara ini sebagai bekalan disepanjang perjalanan menuju KESANA. Semoga Allah melimpahkan kita semua taufik dan hidayahNya untuk sama-sama istiqomah menuju Allah dan Rasul insyaAllah!

9 comments:

IntaNBerliaN said...

flashcard tu nmpk mcm menarikla.. nanti nk try buat jugakla.. :-)

muhammad dah setahun ek... alisha lg 2 minggu nk stahun.. hihii

semoga muhammad membesar sebagai anak yg taat pd perintah Allah & sentiasa mendoakan kesejahteraan ibubapa nya :-)

As-Salahuddin Smart Tahfiz School said...

salaam, pn.lina jual juga ye yang baris atas bwah depan tu? ingat yang baris atas je dia jual.

FADLUL & FIFAH said...

wah..tasneem pun dapat..

Unknown said...

eh? kenapa ada nama huda? musykil ni :)

Ibu Yusuf Maryam said...

Err, no 19 tu kami ke? Rasanya bukan dah tetinggal keretapi hari tu..?
Apapun, ucapan dari kami utk Muhammad mujahid yg hebat adalah tulus dan ikhlas dari kami.. semoga segala doa2 kebaikan utk anak2 kita dimakbulkan dan menjadi nyata..

@LeenShamsh said...

ibu alisha: amin! alisha pun solehah yg hebat! ;)

ummu ahmad: betul baris atas je. yang ats, bwh depan tu dlm 2,3 keping je..tak byk..yg lain baris atas

fifah: dapat insyaAllah! ;)

huda: teringat kat husna n lukman yg baye2 muhammad..best diorang boleh membesar mcm darwish darwisha
hehe ;)

kak zefa: utk yg ke3 ;P

Anonymous said...

amin..Alhamdulillah..;)

Anonymous said...

salam kak lin.

terima kasih utk hadiah tu..sgt menarik tp sy rasa malu pulak nak terima..

kita cukup dekat sbnrnya..tp x mengapa la hadiah tu kak lin simpan la dulu ye..insyaAllah sampai masa nanti sy akan memunculkan diri.. ;)

terima kasih..


:: hani ::

@LeenShamsh said...

amboi cik hani berahsie pulak..kite sgt dekat..siapelah tu..mnculkanlah diri ;)