23.5.11

KEMUNCAK MLCC!

Alhamdulillah pertama sekali, Bayt Al-Iman memohon kemaafan kerana melengahkan pengumuman pemenang utama MLCC bagi tujuan menunggu details peserta ke 16 MLCC. Namun, saya masih menunggu. InsyaAllah paling lewat sehingga isnin atau selasa bergantung kesempatan masa kami untuk ke bandar untuk pos semua hadiah dan cenderahati secara berjemaah insyaAllah!

Selain itu, alasan penangguhan pemenang utama MLCC adalah kerana saya sibuk membuat bookmark yang simple sebagai kenangan MLCC kepada semua peserta. Tidak secantik mana tetapi cukup sekadar tanda ingatan kenangan untuk kita semua. Ukhuwwah fillah insyaAllah! ;)

Semua peserta ( no.1-23) bukan sahaja menerima cenderahati baju baby boy atau girl, malah kami juga memberi buku amalan harian, infaq daripada seseorang yang kami sendiri tidak tahu yang sesuai untuk diamalkan setiap hari, pagi dan petang. Bayt Al-Iman turut mengamalkannya setiap hari pagi dan petang. Mudah-mudahan Allah beri kekuatan untuk istiqomah insyaAllah! ;)

Ini adalah hadiah dan cenderahati yang telah siap dibungkus dan disampul suratkan. Tunggu masa untuk dipos disamping menanti details peserta ke 16 untuk dipos sekalian. Kami memohon maaf sekiranya baju baby di dalam sampul surat tersebut 'kedut seribu' ;) Sesungguhnya saya silap memilih saiz sampul surat. Anda boleh menseterika baju tersebut untuk kelihatan cantik semula ;) Selain itu, hadiah dan cenderehati ini kami pos menggunakan pos biasa sahaja mengikut budget yang ada ;) Pemberitahuan awal supaya anda tidak ternanti-nanti.

InsyaAllah tanpa melengahkan masa, diumumkan PEMENANG UTAMA MLCC pilihan Allah melalui penilaian Pengetua Bayt Al-Iman jatuh kepada...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


yang insyaAllah bakal menerima

2  x Cloth Diaper (CD)
1 x Wet Bag GO GREEN
1 x Washable Liner
1 x Laundry Net

TAHNIAH USRAH SAKEENAH!

v
v
v
v
v
v
v
v
v

TAHNIAH juga kepada pemenang TEMPAT KEDUA MLCC iaitu...

yang insyaAllah bakal menerima

1 x Cloth Diaper (CD)
1 x Wet Bag GO GREEN
1 x Laundry Net

TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!

Tahniah kepada semua peserta! Terima kasih kerana sama-sama memeriahkan MLCC dan terpenting kita semua dapat merasai ukhuwwah fillah sesama kita walau kita tidak pernah bersua muka, namun saya rasakan kemanisan ukhuwwah kerana Allah ini. InsyaAllah saya sangat merasai kemanisan ukhuwwah ini! Sayang kamu semua kerana Allah! ;)

Semoga bertitik tolak dari MLCC ini, Allah mengurniakan kefahaman mendalam tentang hidup beragama kepada kita sebagai pendidik khususnya pendidik kepada anak-anak kita supaya kita dan anak-anak kita JELAS tujuan manusia itu diciptakan dan SEDAR kepada siapakah kita bakal dikembalikan. Sesungguhnya doa anak-anak yang soleh dan solehah adalah saham jariah berpanjangan apabila kita semua kembali ke kampung halaman yang kekal disana. Semoga anak-anak kita yang soleh dan solehah inilah yang membantu menyejukkan kita ketika di dalam perut bumi nanti. Mari sama-sama usaha untuk membina modal insan MUSLIM YANG HEBAT kerana Allah insyaAllah!

Akhir kata, kami memohon maaf kepada anda sekiranya ada terdapat keterlajuran, keterlewatan dan ketidak senangan hasil khilaf saya, mohon diampunkan! ;) Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa saya dan kita semua serta melimpahkan keberkatan dan keredhoanNya untuk sama-sama kita beramal dengan segala amalan yang dapat mendekatkan kita semua dengan syurgaNya insyaAllah!


UKHUWWAH FILLAH ABADAN ABADA
INSYAALLAH!

9 comments:

Nida n' Hanafi said...

Alhamdulillah, syukur....

Terima kasih Ummu dan Tuan@Puan Pengetua kerana memilih kami untuk tempat kedua...

Semoga Allah terus melimpahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan olehNya....ameeeeeeennnnnn

terima kasih sekali lagi...:)

IntaNBerliaN said...

Tahniah kepada pemenang.. terima kasih jugak kpd ummu muhammad sbb sudi bg cenderahati kepada yang tak menang... hihii :-)

IntaNBerliaN said...

Tahniah kepada pemenang.. terima kasih jugak kpd ummu muhammad sbb sudi bg cenderahati kepada yang tak menang... hihii :-)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Ummu Muhamad...Tahniah tuk semua pemenang.

QisAina Kreatif ( 002212275-D ) said...

dah terlambat ke saya reply msg ni.. saya ni mama aqis...

E-08-20 Ppr Kq Batu Muda,
Batu 5 Off Jalan Ipoh,
52100 Kuala Lumpur

@LeenShamsh said...

belum pos insyaAllah esok! belum terlmbt ;)

esfa said...

Alhamdulillah, rezeki anak. terima kasih kepada pengetua bayt Iman kerana memilih kami. Terima kasih juga kepada ummu muhammad kerana menganjurkan contest ini. Ukhwah fillah fid dunnya wal aakhirat..=)

nabilah said...

excited nye. i love all yr gifts kak lin. nak tanya, sy baru nak beli CD. kalau beli 5, dpt free 10 inserts, 1 bamboo inserts, 1 wetbag for RM136. murah tak kak? CD brand "Minky OS Pocket Diaper".

Thanks kak lin. seronok tgk hadiah :)

@LeenShamsh said...

esfa: rezeki tasneem ;)

nabilah: wah sude mule mau research itu khadijah yg cantik..;) material die k.lin pun tak tahu brand tu n kire murah dah tu..memang CD didatangkan dgn 2 insert setiap satu CD..bamboo insert tu die bg free..wetbag selalu 10 gitu..kire 136 dgn postage ke? insyaAllah ok je nabilah utk basahan die 3jam sekali..cume pengalaman k.lin, nak tidur malam kene pakai yg mahal sket supaye tk bocor..kirenye beli ini utk siang n malam belilah pakej yg mahal sket..

mule2 memang selalu bocor kalau tak kat tepi kat atas sebab daya serapan die masih lemah..lame2 basuh insyaAllah ok..mule k.lin give up jugak selalu bocor je lagi2 waktu malm2..lame2 jalan2 tgk blog org ambek ilmu..alhamdulillah sekrg pandai sket dah heheh ;)